
Apa yang boleh aku kata’kan, aku kecewa dengan kereta yang paling kanan. Dan juga pemilik kereta itu. Sekian.
Foto di’curi tanpa kebenaran bertulis dari Nazmi
iklan malaysia ber'VARIASI

Apa yang boleh aku kata’kan, aku kecewa dengan kereta yang paling kanan. Dan juga pemilik kereta itu. Sekian.
Foto di’curi tanpa kebenaran bertulis dari Nazmi
iklan malaysia ber'VARIASI
→ 6 CommentsTags: kereta·langkawi·sewa·waja
Michael Jackson kini sudah tiada. Berita kematian beliau pun aku terbaca di web Yahoo!. Terkebil-kebil mata aku, macam tak percaya pun ada. Tapi apa boleh buat, yang mati tetap mati. Legasi mesti mati. Tak begitu ?
Aku memang minat Michael Jackson sejak kecil lagi. Waktu itu aku umur 5 tahun kalau tak silap. Dia punya persembahan memang tak nak kalah. Kalau dia buat persembahan dia punya kaki memang tak tahu duduk diam. Goyang sana goyang sini. Bahu kanan aku pun terikut naik kalau dia menari. Peh! Dia punya aura persembahan boleh buat orang pengsan. Tapi apa boleh buat, legasi mesti mati. Tak begitu ?
Dah lah, aku tak nak cerita panjang. Bukan kau orang tak tahu pasal mamat kulit hitam bertukar putih ni. Kau orang boleh tengok CNN atau BBC. Memang media tersebut tribute habis pasal Michael Jackson ni. Apa pun, legasi mesti mati. Tak begitu?
Michael Jackson, Michael Jackson juga, Isu Palestin jangan lupa woi!
[ Imej dari DeviantArt]

Sekarang memang musim durian. Kalau kat Taman Kosas sana, memang depan sekolah tu berderet orang jual durian. Pasar malam tak payah cerita, bukan musim durian pun dia kata musim durian. D24, D99, D101, Musang King, Raja Kunyit, Durian Siam, Durian Kampung, semua ada. Semasa dalam perjalanan ke dusun atok aku di Terachi, sempat juga beli sebiji. Dalam perjalanan balik pun sempat makan sebiji.
Imej di atas, memang seulas durian yang asli dari kebun di Negeri Sembilan. Tapi jenis apa aku pun tak tahu. Belum ada ijazah nak kenal durian. Kebun durian aku memang betul-betul depan Ladang Burung Unta Jelita di Jalan Pantai, Negeri Sembilan. Memang tempat strategi kalau nak diikutkan, sebab para pelancong dari London, Australia, Paris dan Jepun boleh singgah makan durian kat kebun aku. Kau orang semua jangan pandai-pandai nak curi masuk kebun dan curi durian-durian kat situ sebab aku dah pasang jin.
Tapi yang tak best‘nya, kebun aku itu sendiri ada musuh yakni tupai dan ada sejenis burung. Sebelum durian sempat gugur dah berlubang kat atas pokok. Siap busuk sekali atas pokok. Memang tak best. Klik sini untuk hasil’nya.
→ 8 CommentsTags: d101·d24·d99·durian·dusun·kebun·krim·kuning·lemak
Imej di atas, menggambarkan konon’nya mereka penyokong Mir Hossein Mousavi .
Tapi imej kedua ini pula, menunjukkan yang mereka sebenarnya penyokong Mahmoud Ahmadinejad, gambar imej tadi telah di’crop.
Syarikat media seperti BBC telah menjadi ejen kepada setan untuk memberikan berita palsu atau fitnah kepada dunia. Hanya kerana gambar, rakyat boleh berubah pandangan. Hanya kerana pandangan, lantas rakyat juga boleh berubah fikiran dan kepercayaan. Harap media Malaysia, jangan jadi macam BBC, mereka sudah menjadi contoh untuk menyebarkan berita palsu.
Kredit : Faisal Tehrani
→ 5 CommentsTags: bbc·iran·malaysia·media

Anak kepada kakak aku, atau lebih senang, anak buah aku sudah di’beri nama iaitu Alya Imaani Binti Mohd Farez. Beliau kini sah menjadi warganegara Malaysia setelah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Ok’lah, nak tengok anak buah yang sedang tidur.
→ 5 CommentsTags:

Sedang aku dengan ayah aku makan nasi berlauk’kan sup tulang di rumah, aku terima panggilkan daripada kakak aku yang nombor dua. Memberitakan yang kakak sulung aku selamat melahirkan puteri sulung beliau pada jam 3.02 petang semalam, 13 Jun 2009 di Hospital Pusrawi.
Sampai di hospital, aku dengan ayah aku pun berpeluang melihat keturunan baru. Aku pun terus ambil beberapa keping gambar sementara ayah aku menyuapkan kurma bercampur air zam-zam ke dalam mulut bayi baru. Macam tak percaya yang aku dah jadi pakcik. Haha.
Apa pun, semoga zuriat baru menjadi anak yang solehah. Amin
Lagi gambar di Flickr
→ 2 CommentsTags:

Imej di atas hasil dari Superheadz Ultra Wide & Slim yang aku beli sebelum menjejak ke Langkawi. Menggunakan Kodak UltraMax 400. Tiada settings diperlukan untuk mengambil gambar. Hanya keluarkan kamera dan klik saja. Pendek cerita, aku agak berpuas hati walaupun ada beberapa keping gambar yang rosak. Hantu mana yang buat kamera aku gila, aku pun tak tahu. Lagi imej lomo aku di Flickr.
Apa pun, dengan pakai kamera filem, secara langsung naik pangkat pakai kamera fullframe. Sekarang aku mahu jenguk Lomokids. Mahu borong filem banyak-banyak.

Aku rasa, Kuey Teow Sup paling ringkas dan paling sedap memang terletak di sebuah gerai lori sederhana di tepi pantai sebelah lapangan terbang. Aku ingat kalau gerai lori tepi pantai sebelah lapangan terbang sebegini, makanan dia ala kadar. Tapi sangkaan aku terbatal hukum’nya dia apabila suapan pertama aku membuatkan aku jadi macam orang tak makan seminggu. Memang tak tipu.
Selain kuey teow sup, laksa dia memang power. Kepekatan kuah dia memang nombor dua selepas laksa emak aku. Agak pro abang-abang pemilik gerai lori tersebut masak. Sempat’lah juga aku pau sesuap dua laksa si Farid. Siapa suruh makanan dia sampai dulu. Selain kuey teow sup dan laksa, gerai lori tepi pantai sebelah lapangan terbang ini juga turut menyajikan rojak buah. Rojak dia pun boleh tahan. Sampai terlupa nak bayar.
Selain makanan-makanan yang di’sebut, ada juga dihidangkan cendol. Agak tak kena dengan tekak aku cendol dia. Walaupun tak serasi dengan tekak aku, tapi aku yang habiskan cendol si Nazrin. Rasa macam nak pesan satu walaupun rasa cendol dia tak macam cendol kat masjid-masjid selepas solat Jumaat.
Terima kasih kepada Syafick kerana rekemen‘kan gerai lori tersebut kepada kami. Kalau kau orang nak pergi sana, senang saja. Cara paling mudah dengan menempah tiket AirAsia ke Langkawi. Gerai lori tersebut memang betul-betul tepi pantai sebelah lapangan terbang.
p/s: Perasaan gila aku terhadap kuey teow sup memang gila. Pernah aku hirup saki baki sup milik Nazmi, hirupan yang ke berapa entah, baru perasan ada lalat dalam sup tersebut. Nak di’luak memang mustahil sebab sudah ditelan. Mungkin itu punca aku terkentut-kentut dalam hotel. Hantu betul.
→ 10 CommentsTags: kuey teow sup·laksa·langkawi·pantai·power