
Setelah sekian lama tidak di’tag oleh sesiapa, kali ini Ikhwan Nazri memberanikan diri menyenaraikan nama aku sebagai 16 orang yang kena tag. Antara syarat untuk tag kali ini ialah :
- Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
- Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
- Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
- Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
Jom mula’kan.
- Aku seorang yang kuat berimaginasi, sampai boleh tersenyum seorang diri.
- Pernah kena jahit di kening sebelah kanan akibat terkena kipas siling yang sedang berputar. Tinggi betul aku.
- Cita-cita pertama mahu jadi juruterbang, kedua mahu jadi saintis, ketiga mahu jadi askar, keempat mahu jadi pereka animasi, kelima mahu jadi programmer, keenam mahu jadi fotografer bebas, ketujuh mahu tubuhkan kompeni sendiri dan masih tercari-cari kompeni yang bagaimana dan apa khidmat’nya. kepada masyarakat dan negara.
- Pernah tangkap gambar di hadapan rumah, padahal dalam kamera tidak ada filem. Pakcik sebelah rumah memandang aku bagaikan aku ini pro. Waktu itu masih di sekolah rendah.
- Seorang yang susah nak tidur malam. Bila susah nak tidur, mula berimaginasi dan senyum seorang diri.
- Pernah ada laman web direktori, www.tebaboom-directory.com tapi dah dijual dengan harga USD $30. Buat modal beli beg kamera Tamrac.
- Sepanjang hidup aku, aku hanya ada satu helai seluar jenis jeans waktu zaman KIKO dan KIKI LALA. Aku bukan seorang pemakai seluar jens. Benci jeans.
- Pernah kena tendang kat perut waktu darjah satu di SK Pandan Jaya, gara-gara rebut tempat duduk. Aku kalah dalam perebutan.
- Masakan kegemaran ialah, masakan masam-masam manis, orang kampung panggil Sweet Sour. Si Shukri kawan aku pernah berkata. “Nak makan lauk mahal-mahal ajee.”. Mak aku masak’lah woi!
- Sudah satu bulan lebih tak cuci motorsikal. Sayang nak cuci, nanti berhabuk balik.
- Menu harian waktu makan tengah hari di kolej ialah Roti John, RM1.20 dan Air Limau Suam, RM0.80. Jadi RM2.00. Jimat’kan?
- Kalau tak orang pertama pacak’kan motor di KPTM, mesti orang kedua atau ketiga. Lepas pacak motor, sumbat helmet ARC dalam box GIVI dan keluarkan BrylCreem WetLook Gel. Aku make-up di tempat parkir motor. Tahun depan tak pakai jenis WetLook Gel dah, pakai Reshaper Gum pula.
- Aku seorang yang susah nak berhenti gelak. Lebih-lebih kalau buat lawak kaw-kaw. Kalau aku paksa diri aku untuk berhenti gelak, nescaya aku akan gelak seorang diri atas motorsikal.
- Pernah berazam dari 1 Disember 2008, mahu bangun awal dan jogging tiap-tiap pagi. Tapi sampai sekarang misi tak terlaksana. Sebagai balasan, azam baru mahu turunkan berat badan sehingga 60kg dan kekalkan nilai tersebut mulai entri ini ditulis pada baris ini.
- Aku telah merancang penggunaan duit pinjaman MARA aku. Rancangan’nya begini, masuk semester dua nanti aku akan dapat RM3,200 atau lebih. RM700 digunakan untuk beli PSP, RM300 digunakan untuk beli beg. RM300 sebagai modal tukar rim dan tayar tubeless motorsikal. Baki RM1900 simpan dalam ASB. Tiap-tiap bulan aku akan simpan RM400. Akhir tahun mungkin sudah RM4400 (RM400x11). Campurkan RM1900 dengan RM4400 dapat RM6300. Boleh angkat SLR baru akhir tahun hadapan dan satu lensa ultra wide angle.
- Akhir sekali, aku seperti Ikhwan Nazri. Sangat kedekut untuk diri aku. Dari bulan November lalu mahu dapatkan BG-E3 tapi sampai sekarang tak beli-beli. Bulan Ramadhan lepas pergi Jusco Taman Maluri, bawa beberapa not RM50 konon-konon mahu hadiahkan diri sendiri beberapa helai baju. Tapi tak beli. Mahu riangkan diri dengan figura Gundam tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Tayar motor dan botak tapi tak tukar-tukar. Aku dapat rasakan yang perancangan nombor 15 mungkin tak kesampaian kerana kedekut’nya aku walaupun aku paksa diri aku.
Dan 16 orang yang akan kena tag ialah;
- Dayang Shahila
- Suraya
- Nazrin
- OmarBahrin
- FendyZaidan
- Catzer
- Silenteve
- Abah
- Azlina
- Cypherhackz
- Farez
- SeorangSoultan
- Amanz
- Adib
- Hariz
- Azmie
Jalan’kan tanggungjawab anda jika masa terluang dan Sekian.
oit2 ape aku pulak kene2 tag2 nih.. ades.. nih yang aku malas nih.. lama x kene..>.<
# Naz, kau pernah kena tag? kau tak pernah tag aku pun!
haa..elok laa jgk nih..aku leh laa bt modal post akhir tahun
2009 and 16 Tags by Fahmishah…
Google New Year 2009 Doodle
Welcome 2009,nothing special for me. Just another WordPress blogger try to make some new year entry . Just like last years want to lose weight, wake up earlier than before, and most important is I want to passed my STAM exa…
hoho..aku pun kena gak ker? haha. aku on da way nak buat blog personal, kalo tak wat gak, aku jawab kat twitter…hehe
Uih patut la mimpi cam malang je ari ni, skali mmg malang lew.. baru prasan kene tag. Hahaha
#Adib, haha. Apa lagi, Jalan’kan tanggungjawab anda.
#Amanz, kau memang king of blogger’lah. Maju dah, Banyak blog kau dah.
#Hepan, macam tak biasa kena tag pulok.
adeih.. sorry sangat. .aku lom buat lagi tag ni.. adeih.. sorry sesangat.. sat lagi aku buat.. tak ngantuk lagi ni..
[...] tak terkata. So, dah kenapa nak ingat barang yang lepas, kan? 6. Saya tatau apa itu camera Tamrac. Fahmishah tau. Ohoho. Yang pastinya, saya tak pernah menjual barang kepunyaan saya untuk mendapatkan sesuatu [...]
#ikoko, take your time
tag ko tak mendatangkan kesan terhadap aku kerana aku kebal daripada tag-tag ko…muehehe
malas tol le nak tulis karangan…:P