Isu Hindraf Di Fahmishah.Com
Thursday November 29th 2007, 10:53 pm
Kategori : Macam-macam

Kesalahan Tatabahasa Tidak Menjadi Isu.

Pada mulanya, aku tidak begitu mengambil tahu apakah itu Hindraf.Sehinggakan aku sendiri terpaksa melawat satu blog ke satu blog yang lain.Akhirnya, Alhamdulillah.Aku berjaya mendapat informasi yang perlu aku lekatkan dalam kotak pemikiran aku.Isu kaum India yang tidak berpuas hati dan ingin menyaman pihak British dan menunding kepada pihak tersebut tentang kemunduran kaum mereka.Kalau salah fakta tolong Buzz! aku.

Berpuluh-puluh maklum balas mengenai isu Hindraf ini aku baca baris demi baris pada entri-entri dalam setiap blog yang aku baca.Ada orang melayu kata itu, orang india pula serang dan salahkan melayu tak lupa menunding jari kepada Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi serta dikuti serangan balas oleh pihak melayu sendiri.Kata-kata yang begitu tidak menyenangkan memang tidak sah kalau tidak disertakan.

Itu pokok iaitu kemunduran kaum minoriti di negara ini menjadi penyebab berlakunya permasalahan ini.Bagi akulah, sebelum nak menunding jari kepada orang lain lebih baik dan bijaksana jika kita cermin diri kita.Sebelum mahu menyabitkan sesuatu perkara melibatkan orang lain sila perhatiankan diri.Kaum minoriti mengatakan mereka tertindas hidup di Tanah Melayu (Malaysia).Kita yakni kaum bumiputra diberi layanan istimewa dan mereka mengatakan “Ini Tidak Adil!” (dengan gaya Abdul Wahub, Tiga Abdul).Eh Hello! Jangan nak salahkan orang melayu.Kalau betul-betul kaum minoriti ditindas dari mana datangnya peguam-peguam ? doktor-doktor ? cikgu-cikgu ? polis-polis ? dan yang penting siapakah Menteri Pengangkutan Malaysia sekarang?

Kesimpulan aku yang mudah aku sertakan di sini untuk Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain.Kita tidak akan ditindas sekiranya kita berusaha mengeluarkan diri kita dari belenggu masalah.Kita tidak akan menyalahkan orang lain sekiranya kita sendiri mencari kekurangan diri sendiri.Sekian.

* Cis! Aku benci betul isu-isu ini.



Sami Yusuf - Ya Mustafa
Wednesday November 28th 2007, 9:05 pm
Kategori : Layan

Sami Yusuf - Ya Mustafa

Artis : Sami Yusuf
Tajuk : Ya Mustafa

Mustafa, Mustafa, Mustafa.
Ya Mustafa ya Mustafa ya Mustafa
Allahumma salli ‘alal Mustafa
(O Allah send your blessings on the Chosen One)
Mustafa Mustafa Mustafa

Solo
You’re our prophet,
Our beloved,
Truly you are,
Most just and kind (3)

Chorus
Allahumma salli ‘alal Mustafa
Mustafa Mustafa Mustafa
Ya Mustafa ya Mustafa ya Mustafa
You’re the Guide
Sent by Allah
To lead us
Towards the light (3)

Chorus
In your manners
And in your deeds
All the Prophets
You did exceed (3)

Sami Yusuf merupakan salah satu penasyid yang aku gemari selain Yusuf Islam.Irama nasyid sungguh lain dari yang lain.Unik.



Fahmishah.com Dengan Imej Baru
Wednesday November 28th 2007, 8:22 am
Kategori : Blogging

Belon terlepas mak!

Artis: The Cats
Tajuk : Aku Dan Diriku

Alhamdulillah.Hanya tinggal beberapa lagi tahap yang perlu aku lepasi untuk menyelesaikan projek wajah baru pada blog aku.Projek menukar kepada tema satu kolum ini telah lama aku jalankan secara sulit tanpa pengetahuan mereka-mereka yang jarang melawat blog aku.Kepada mereka yang setia kepada blog ini mungkin telah melihat beberapa kastomasi yang aku lakukan tehadap beberapa tema satu kolum.Aku memilih tiga tema 1 kolum dan aku menjalankan kajian dan cubaan satu persatu supaya tema tidak mengacau isi kandungan blog aku ini.Konsep kali ini ialah lebihkan membaca daripada melihat sidebar.

Manji.Satu tema keluaran Broken Kode telah berjaya dipilih sebagai tema terbaru untuk Fahmishah.com setelah beberapa aku kali aku menekan butang keyboard dan memusing-musing mouse sambil menjulingkan mata aku.Serius aku cakap, aku tiada bakat dalam mereka bentuk lblog.Padahal aku minat gila dengan mereka bentuk blog.Pelik.Tapi tak mengapa, kalau ada minat mesti boleh jalan punya.

Masih tinggal beberapa lagi proses yang belum siap.Aku sedang cuba untuk memasang rotate banner system supaya bertukar-tukar mood setiap kali datang ke blog ini.Nampak canggih sedikit.Bahagian menu masih ada kecacatan dan image shadow effect berjalan dengan lancar dan aku perlu bermain dengan saiz imej supaya nampak lebih baik dan berkualiti.

Imej sekadar perhiasan.
Ehsan Deviantart.
Lagu sebagai penghibur kepada kebosanan



Sudahkan Anak Anda Didaftarkan?
Saturday November 24th 2007, 6:20 pm
Kategori : Wow

Sudahkan Bayi Anda Didaftarkan?

Baru saja sebentar tadi aku mengaktifkan diri aku di Portal Jiwang semula.Hampir dua tahun aku tidak menjenguk portal itu sejak aku beralih kepada Forum Jiwang.Rupa-rupanya wujud lagi forum di ruangan Portal Jiwang jadi aku pun teruslah menjenguk manalah tahu ada artikel-artikel menarik untuk dijamu.Rakan-rakan di Portal Jiwang semua memang banyak berkongsi artikel menarik sehinggakan aku sendiri menyebarkan artikel-artikel itu kepada rakan sekelas aku.

Tadi aku nampak ada satu topik yang menarik iaitu “Penipuan SPR Terbukti!!!”.Aku yang begitu sangat sensetif dengan isu-isu panas seperti ini teruslah menekan butang tetikus aku untuk mendapat tahu isi kandungan.Dalam minda sudah terbayang-bayang perkara negatif yang aku sendiri tak tahu dari mana datang.Kamu semua nak tahu apakah penipuan yang dilakukan SPR? Bagi aku, apa yang aku akan kongsi di sini bukanlah penipuan yang sebenar tetapi dalam minda aku mungkin kerana data yang bercampur aduk dan mungkin kesalahan teknikal.Mana tidak’nya, cuba kau bayangkan budak setahun jagung pergi mengundi.Pelik bukan? Budak-budak manalah tahu apa itu Pas, Umno, Dap dan segala macam parti.Mereka tahu pangkah saja!

Cuba pergi ke laman web SPR untuk semakan status pemilih.Kemudia cuba taipkan nombor-nombar kad pengenalan seperti berikut

  • 991214740101
  • 981231081137
  • 890520610089
  • 961231742099
  • 910815750017

Sudah? Apa yang kamu semua nampak? Budak-budak sudah distatuskan sebagai pemilih bukan?Ada pula satu budak sudah bergelar Haji.Aku mula rasa was-was dengan sistem SPR.Bukan aku ragu-ragu dengan sistem suruhanjaya tapi sistem aplikasi dalam internet seperti ini.Sebelum apa-apa pihak cuba memanipulasikan SPR aku rasa lebih baik SPR betulkan sistem.Kalau tidak, sila buang perkataan cekap sebagai cogan kata.Sekian.



Perancangan Selepas Ini
Thursday November 22nd 2007, 6:36 pm
Kategori : Aku

Perancangan Selepas Ini

Fuuuwh! Akhirnya tinggal satu lagi subjek untuk aku terus menentukan masa depan aku.Selepas itu, sudah tentu aku menjadi “penganggur” selama beberapa bulan.Sudah tentu aku perlukan perancangan yang teliti untuk aku mengisi masa aku dengan bijaksana.Kalau mahu ikutkan lumrah selepas SPM, rata-rata mahukan pekerjaan sementara.Biasalah mereka, perasan diri sudah dewasa mahukan duit.Tak salah kerja tapi kalau mahu bekerja pun terlalu bangga dengan gaji yang tak seberapa itu dan beli benda-benda yang diidamkan seperti iPod Nano, Mac, Nokia N82 dan beribu gajet lagi.

Bagi aku kerja semua itu tak penting sangat kerana banyak lagi perkara yang boleh lakukan.Emak ayah aku pun tak pernah pun membuka mulut bertanyakan sama ada aku akan bekerja atau pun tidak.Emak ayah aku lebih suka kalau aku mengisi masa lapang selama beratus hari ini dengan pergi ke kursus-kursus yang begitu faedah bagi aku.Kehidupan selepas sekolah sudah tentu berbeza dengan kehidupan menuntut ilmu yang lebih tinggi dan ekstrim.Aku perlukan semua yang diperlukan sebagai persediaan jika aku melangkah ke alam menuntut ilmu yang tinggi itu.Insha Allah.

Sebenarnya aku lebih berminat kepada benda-benda yang boleh dikategorikan sebagai multimedia.Multimedia itu luas bidangnya bukan? Aku lebih suka kepada seni rekaan dengan menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan sebagainya.Aku juga berminat untuk belajar aplikasi Flash.Sebenarnya aku minat dengan Flash ini sejak aku berusia 14 tahun atau pun di tingkatan 2 cuma aku tiada mentor dan tiada rujukan.Insha Allah jika ada mana-mana pihak yang menganjurkan seminar atau pun kursus aku akan ikuti.

British Council merupakan sasaran utama aku selepas sekolah.Bukan kerana aku terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris tahu! tetapi bahasa itu juga satu ilmu.Kadang-kadang orang mempertikaikan mengapa kita mahu menguasai bahasa asing ini tetapi bahasa sendiri masih terkapai-kapai.Ada juga mengatakan orang asing tak pandang bahasa kita mengapa kita mahukan bahasa asing.Eh! Pelik aku dibuatnya.Itulah, kadang-kadang mereka yang berkata begini ialah mereka yang kurang menguasai bahasa asing.Mereka mengambil jalan pintas dengan menyebarkan pemikiran mereka untuk menyalahkan kita.Well, what can I say if they say like that.



Tak Dapat PLKN? Pondan !
Tuesday November 20th 2007, 8:00 pm
Kategori : Macam-macam

Tak Dapat PLKN? Pondan !

Pagi tadi, selepas selesai calon-calon SPM seluruh Malaysia menjawab Matematik Tambahan Kertas 1 aku dan rakan-rakan yang lain terus menuju ke kedai serbaneka popular iaitu 7 Eleven.Pada mulanya hasrat nak membeli nasi lemak untuk dijadikan sarapan tetapi rakan aku yang bernama Nizam mahu makan kuih sahaja.Aku sungguh-sungguh memang tak boleh makan yang aku nak kalau rakan yang lain tak makan benda yang aku makan.Segan.Pelik’kan?

Hasrat tercapai setelah Nizam bersetuju untuk membeli nasi lemak setelah 7 Evelen tidak menjual kuih.Haha.Aku, Nizam dan Farhan pun terus menuju dengan hasrat mahukan nasi lemak.Empat nasi lemak ingin dibeli dari pakcik yang sememangnya sporting.Memandangkan pakcik sibuk melayan customer yang lain jadi aku pun masuk semula ke 7 Eleven diikuti Farhan.Beli air dahulu’lah.Nizam pula sibuk cari makanan untuk rakan-rakan yang setia menunggu di kantin.Biar’lah dia.

Nizam sudah bayar biskut dia jadi aku yang sibuk memilih air aku pun memberikan wang kertas bernilai RM4 kepada dia supaya dia yang belikan nasi lemak.Ice Lemon Tea Green aku capai manakala Farhan pula Apple Aloe Vera.Sampai saja di kaunter ada budak perempuan yang juga merupakan calon SPM sedang berborak dengan brador atau “abang cashier”. “Aku dapat PLKN kat Tawau, Sabah” Tiba-tiba saja budak itu memberitahu padahal aku tidak tergolong dalam proses pembincangan mereka tadi.Brador pula bertanyakan soalan kepada aku.”Kau dapat PLKN?” lebih kurang begitu ayat’nya.”Tak” aku menjawab dengan penuh rasa keyakinan sambil menggeleng kepala.”Pondan!” dengan tidak best‘nya dia memberikan tindak balas yang begitu pantas.

Panas betul aku dibuat’nya.Brador pula bercerita bagaimana dia boleh terlepas dari menjalani program kebanggan negara selama tiga bulan itu.Kata’nya dia terlepas dari PLKN setelah terbabit dalam satu kemalangan yang begitu dasyat iaitu terlanggar pokok sambil menunjukkan kesan di mata’nya.

Bagi aku’lah kan.Tak semestinya tak mengikuti PLKN dianggap pondan.Apa kau fikir kami yang tak jalani program pondan?Boleh jalan! Cakap sedap mulut tapi tak fikir hati orang.Panas hati aku dan nak saja aku katakan “Kalau dan perasan diri bukan pondan dan kuat sangat kenapa jadi “abang cashier”?.Panas.Panas.Panas! Pantang betul kalau orang kata aku pondan.Woi! Kalau aku betul-betul pondan mari kita beradu tenaga dengan mengadakan acara lumba lari 500 meter ataupun aktiviti tempur tanpa senjata.

Walaupun aku ini kau gelar “pondan” tetapi Puncak Gunung Nuang telah aku tawan tau!



Kuatkan Tangan Dengan PowerBall
Monday November 19th 2007, 4:33 pm
Kategori : Aku

Hari Sabtu yang lepas iaitu 17 November 2007, aku turun menuju ke dapur untuk mengalas perut dengan mi goreng yang dimasak oleh kakak aku.Selepas itu, emak aku pula baru pulang dari Pasar Tani Kampung Pandan dan membawa pulang tak lain dan tak bukan tosei dan putu mayam.Aku pun terus mem’bedal’ tosei dan selamat jalan kepada putu mayam.Aku tak minat sangat putu mayam.

(more…)



Mahu Menyerah Hanya Kerana Google
Sunday November 18th 2007, 3:30 pm
Kategori : Macam-macam

Hanya Kerana Google Mahu Mengalah?

Google dengan rakus dan angkuhnya telah membuatkan para pembuat duit online hilang semangat.Mana tidaknya, rata-rata pembuat duit online yang berjaya seperti Lilian, Menj, JohnChow, Problogger dan segala macam nama telah pun dipenalti oleh Google.Google bukan menghukum dari segi kedududan dalam Search Engine Results Page (SERP) tetapi mereka menghukum melalui Google PageRank.

Pada 17 November 2007, problogger tempatan yang mahir dalam membuat duit online iaitu MENJ telah pun menyatakan beliau ingin berhenti dari dunia blog dalam entri I am quitting from blogging .Lilian pula telah menyerah kalah kepada Google dalam entri Dear Google…(I Surrender) .Google bukan saja “menendang” mereka tetapi berjaya menghilangkan semangat mereka untuk mencari rezeki melaui alternatif internet.Lihatlah para pembuat duit online sekarang, Google yang dahulu kita agung-agungkan kini menyusahkan dan menghampakan kita.Dulu kita anggap Google yang terbaik dan kini Google telah beri yang terburuk untuk kita.Apa perlukan kita lakukan?

Aku sarankan kepada mereka yang di’tendang’ habis-habisan sehingga Google PageRank 0/10, jangan berhenti setakat ini.Ada apa dengan Google PageRank sekarang?Walaupun kau kau di’tendang’ sehingga sifar tetapi kau masih memiliki pelawat yang setia dan linkback yang banyak serta trafik yang tinggi.IZEA, kompeni PayPerPost kini sedang giat berusaha untuk melawan semula Google PageRank dengan sistem yang sedang diusahakan yang dipanggil RealRank.Mereka yang menawarkan membuat duit online seperti PayPerPost faham yang rata-rata blogger yang menggunakan khidmat mereka di’tendang’.

Aku berharap dengan adanya RealRank dapat memusnahkan harapan Google untuk melenyapkan para pembuat duit online.Jika staf-staf Google fasih berbahasa melayu jadi sila baca kenyataan di bawah.

“Kami Bukan Milik Engkau Google Yang Perasan”

Jangan kerana kenyataan di atas aku di’tendang sehingga mendapat nilai negatif sudah ya.Lagi satu, apakata kita kenakan Google dengan tidak menggunakan Google Adsense.Hahaha!