Kategori : Al Kisah


Yosh! Pada 27 Januari 2008, tercipta satu kenangan istimewa bagi bekas-bekas pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan Pandan Indah (SKPI) batch 2002.Setelah hampir 5 tahun tidak bersua hampir kesemua rakan-rakan memang terasa kebestan’nya apabila bertemu semula walaupun dalam jangka masa yang agak singkat.Seramai 22 orang kalau tak silap aku dan jumlah sepatutnya lebih ramai tapi mereka ada urusan lain.
Reunion diadakan di Times Square.Waktu yang diselaraskan untuk berkumpul ialah pada jam 11.00 pagi tapi ada juga makhluk-makhluk yang datang lambat seperti aku dan yang lain-lain.Kepada yang datang awal, aku ucapkan tahniah kerana berjaya menepati masa.Acara yang dicadangkan ialah berkumpul di hadapan pintu Times Square, bowling, makan dan tukar-tukar hadiah.
Kita merancang dan tuhan tentukan.Acara bowling terpaksa ditunda dan dijadikan acara terakhir kerana tempat bowling boleh dikatakan ramai kerana ada hari keluarga.Kami jadikan Aras 10 sebagai tempat untuk menjamu selera (memang takde tempat lain pon).Memang letih juga menunggu si gadis-gadis membeli makanan dan si jejaka-jejaka terpaksa makan makanan sejuk.Cis!
Selepas itu, acara tukar-tukar hadiah dijalankan.Ada yang dapat itu, ada yang dapat ini dan ada juga yang dapat kotak tisu saja.Kesian sey!. Makan sudah, tukar-tukar hadiah pun sudah, kini kami menuju ke arena bowling.Aku lupa apa nampak tempat itu.Main pun biasa-biasa saja sebab ramai juga yang tak tahu main macam aku tapi team aku mendapat markah tertinggi walaupun banyak juga yang masuk longkang semalam.
Selepas puas ber’bowling, kami pun sempat bergambar di tempat bowling itu juga.Aku pun sudahlah segan untuk ditangkap gambar jadi terpaksa juga.Cis! Apa pun, salah seorang rakan yang bernama Hafiz tidak dapat menyertai reunion ini kerana tersalah informasi dan membuatkan dia begitu letih untuk ke Times Square.
Reunion akan datang mungkin akan diadakan dalam jangka masa setahun dari sekarang.Insha Allah













