Assalamu’alaikum
Thursday February 28th 2008, 8:32 pm
Kategori : Aku

Selepas saja emak aku meletakkan kereta, aku terus menuju ke kedai serbaneka 24 jam yang terletak di hadapan Fajar *kini The Store di Pandan Indah.Aku terus menuju ke kaunter bayaran.

“Akak, Slurpee satu!” beritahu aku kepada kakak yang comel berpakaian merah berlogokan kedai serbaneka 24 jam.

“Hijau atau ungu?” tanya seorang kakak yang ditugaskan di mesin Slurpee.

“Assalamu’alaikum.” tiba-tiba kakak yang comel tadi memberikan salam kepada aku.

“Wa’alaikumussalam.” aku menjawab dengan penuh hairan.

“Oh! Ingatkan cina tadi” kakak yang comel beritahu aku.

Aku tersenyum sebentar.

“Muka macam cina” kakak tadi memberitahu.

Aku hulurkan wang untuk membayar Slurpee yang aku beli dan mengambil baki.Aku tersenyum dan terus keluar.Selepas saja keluar dari kedai itu, aku hairan.Muka aku yang macam ini pun nampak macam cina? Aku masuk ke dalam kereta dan aku ceritakan kepada emak aku.Emak aku tersenyum.

Sebenarnya, peristiwa ini berlaku ketika aku berumur 11 tahun pada tahun 2001.Waktu itu, aku baru pulang dari tusyen.Aku ingat lagi sampai sekarang.Adakah benar muka aku ini seperti manusia berbangsa cina? Aku rasa tidak.Kamu?

Lain kali’lah yek..!



Aku Pengguna Sony Ericsson
Thursday February 28th 2008, 9:18 am
Kategori : Aku
Sony Ericsson K850i
 
Sony Ericsson K850i 2
 
Sony Ericsson K850i 3
 

Ops! Aku pinjam saja.Nokia N73 yang aku selalu pakai terpaksa aku hulurkan kepada emak aku.Dia punya Nokia 6680 sudah di paras kritikal.Ayah aku dapat percuma K850i ini dan kebetulan ayah aku tak suka dengan jenama Sony Ericsson, terpaksalah aku pakaikan untuk ayah aku.Aku sendiri tak berminat dengan jenama Sony Ericsson, tapi akan aku paksa diri aku untuk suka.

Sepatutnya, aku akan ke Pavillion hari ini untuk meluangkan masa.Boleh juga aku bawa sekali Canon EOS 350D untuk tatapan umum.Tapi, si Farhan itu sakit perut pula.”Aku tiap-tiap jam masuk bilik air” kata Farhan dalam telefon talian tetap.

*Entri ditulis pada jam 9.17 pagi dan aku masih belum mandi.Masih berkain pelikat.Belum sarapan

Lain kali’lah yek…!



Aku Sudah Lulus !
Wednesday February 27th 2008, 11:14 pm
Kategori : Aku

Aku sudah lulus untuk ujian lesen P! Aku penatlah.Kaki aku lenguh.Hampir 2 jam untuk menunggu giliran ujian jalanraya.Memang seksa betul! Entri agak pendek.Mungkin terpendek untuk blog ini.

Lain kali’lah yek..!



Kehidupan Aku #3
Monday February 25th 2008, 9:09 pm
Kategori : Aku

Semalam aku sibuk.Tak sempat nak tulis entri.*memang tak mahu pun Pagi semalam aku bangun lewat.Pukul 10 lebih aku sudah bergerak ke rumah Pak Ngah aku.Anak dia bertunang.Sepupu aku bertunang.Sebab itu aku kata tahun ini meriah.Selepas ini adik dia pula akan ke Butterworth untuk bertunang.Aku mahu follow sebab sudah lama tak adakan family trip.Kalau tak silap aku, kali terakhir yang family trip diadakan ketika aku berusia empat tahun.Kami ke Cameron Highland.Aku masih ingat, rambut aku terkena gula-gula getah.

Semalam juga, aku sempat melaburkan beberapa nilai PayPal untuk aksesori kamera baru aku.Aku beli filter, screencover dan lens hood.Aku nak giatkan lagi buat duit online.Aku mahu beli speedlite.Berapa harga ya?Aku sudah gila kamera! Nasib baik aku tidak mempunyai sebarang kemudahan, jika tidak sudah tentu aku pergi ke ibu kota untuk tembak beberapa gambar.

Pagi tadi aku training.Berlatih pandu kereta Perodua Kancil tayar empat untuk sesi bukit, parking dan tiga penjuru.Buat pertama kali, aku berjaya menjatuhkan salah satu tiang semasa parking.Cikgu aku tepuk tangan.Aku buat-buat dunno *padahal dah naik malu

*Entri ditulis ketika otak masih blur

Lain kali’lah yek



Penat Seh!
Saturday February 23rd 2008, 8:56 pm
Kategori : Aku

Kejap! Aku penat.Kakak aku yang sulung baru saja bertunang tengah hari tadi.Projek pertama aku kini siap.Aku tak sempat nak sajikan entri yang menarik.Esok aku kena jadi fotografer, sepupu aku pula bertunang.Tahun ini memang meriah, memang ramai sepupu aku akan ke jinjang pelamin.Termasuk kakak aku.Insha Allah

Lain kali lah yek..!



8 Perkara Tentang Fahmishah
Thursday February 21st 2008, 12:16 am
Kategori : Aku

8 Perkara Tentang Fahmishah

Aku di’tag dengan penuh hormat oleh Khai dan aku dikehendaki menyenaraikan 8 perkara tentang diri aku.Aku akan senaraikan 8 perkara yang berbeza dengan 8 perkara yang pernah aku senaraikan di 8 Things That You Did Not Know About Me.Jom mulakan.

  • Ketika dilahirkan, aku mencipta rekod sebagai bayi yang terberat dan mengalahkan berat kakak-kakak dan abang aku ketika dilahirkan.
  • Aku lebih selesa bekerja dengan mesin daripada bekerja dengan manusia.
  • Konsep untuk aku bergaya ialah clean & simple.
  • Berat aku ketika ini ialah 69kg.
  • Aku suka berjalan daripada bayar RM1 untuk RapidKL dari stesen LRT Cempaka ke rumah aku.
  • Aku tak pernah beli telefon bimbit.Ayah aku pinjamkan untuk aku.
  • Aku pengguna Celcom.
  • Aku peminat Zhang Ziyi.Dia sungguh comel dalam Memoirs of Geisha dan House Of Flying Daggers.

Menurut syarat tag, aku dikehendaki menge’pass’kan tag ini kepada 8 blogger bertuah.Aku pilih secara rawak dan tiada rasuah aku terima serta tiada belas kasihan aku hulurkan.

Aisyah
Adib
Qaiyum
Nazri
Gie
Eizil
Hariz
Izzatz

Semoga berjaya.



Kambing Senyum Production Kembali !
Tuesday February 19th 2008, 11:34 pm
Kategori : Al Kisah

Kambing Senyum Production Kembali !

Kambing Senyum Production, syarikat tidak rasmi lagi tidak berdaftar dan tidak diiktiraf kini kembali dengan projek terbaru yang bakal diterima.Jika sebelum ini hanya bekerja tanpa elaun dan hanya diberi makan minum tetapi kali ini akan bakal menerima projek berbayar.Maklumlah, kami sudah bergerak sendiri dan bukannya menerima arahan terus dari pihak sekolah kerana produksi ini telah terbatal kontraknya dengan sekolah.

Projek pertama, projek pertunangan kakak aku.Kakak aku mahu bertunang Sabtu ini.Jadi untuk menjimatkan kos, dia mengambil aku dan rakan yang lain untuk bekerja sebagai jurugambar dan juruvideo.Projek kedua pula ialah projek dokumentasi lisan.Disebabkan produksi ini pernah memikul tanggungjawab untuk menghasilkan dokumentasi ICT Peringkat Selangor, jadi guru bahasa melayu mahu mengambil produksi ini untuk menjalankan projek.Projek ketiga, projek Persaraan Pengetua SMKPI.Esok aku akan ke sekolah lama aku untuk menjalankan sesi interview bersama AJK PIBG untuk memberikan sepatah dua kepada Pengetua Pn Hjh. Zakiah Md Lassim sebagai tanda kenang-kenangan.

Aku akan lakukan satu kategori khas iaitu In Action! khas untuk perjalanan projek Kambing Senyum Production.

Bye!~



Budak Baru Belajar
Monday February 18th 2008, 12:49 pm
Kategori : Aku

I Am Beginner Photographer

Kamera : Canon EOS 350D : 1/15 sec f/5.6
Lensa : EFS 18-55mm
Editor : Adobe Photoshop CS3

Dengan bermodalkan Canon EOS 350D, aku harap hobi aku ini dapat berkembang tanpa halangan.Penat juga aku duduk seorang diri sambil mencuba mengasah kemahiran menggunakan kamera ber’teknologi’kan digital refleks lensa tunggal.Terpaksa aku membaca manual untuk fahamkan fungsi yang berada di kamera ini.Apa itu Shutter? Aperture? ISO? Terpaksa aku cuba satu-satu.

Aku kini merupakan ahli komuniti Fotopages.com.my dan terima kasih kepada mereka yang memberikan cadangan kamera manakah yang perlu aku grab.Selepas ini, dapat juga aku menghantar hasil syot aku di Persetankan.Mungkin aku boleh cipta satu akaun dia Fotopages.

Misi aku, aku mahu beli flash dan lens.Tapi, terpaksa aku menunggu duit dari Paypal untuk aku tunaikan..Berapa ya harga flash dan lens? Aku kurang puas hati dengan lens sedia ada dan built-in flash aku tak semantap mana.