Peristiwa Dahi Berdarah #2
Sunday March 30th 2008, 12:29 pm
Kategori : Aku

Aku terus di bawa ke bilik guru.Ramai berkumpul di luar bilik guru ingin melihat keadaan aku.Ustazah yang mengajar aku menyapu minyak gamat di kepala aku sambil berkata “Tuhlah! Main panjat-panjat lagi”.Aku diam saja.Malas aku nak berkata lagi.Nanti tak berkat ilmu yang dicurahkan.

Ustazah kemudian sambung “Ini kena bawa jahit nih”.Ini bermakna, aku akan dijahit kali kedua dalam sejarah hidup aku.Kali pertama ketika aku berusia 7 tahun dan kali kedua ini bakal aku hadapi sebentar nanti.Aku terus dibawa keluar oleh Ustaz Diman sambil aku menutup dahi aku dengan tisu.

Van Ustaz Diman terus memecut meninggalkan sekolah agama rakyat menuju ke klinik.Tiba di klinik, aku sudah tahu siapa yang akan menjahit dahi aku.Dr.Latiff jawapannya.Dia merupakan jiran di taman perumahan aku.Aku kenal anak dia.Ayah aku kenal si doktor ini.Jemaah suraulah katakan.

Sambil Ustaz Diman berurusan di kaunter, aku terduduk di tepi akuarium.Anak ustaz pun ada ketika itu.Ustaz duduk di sebelah sambil menanyakan kalau-kalau aku terasa denyutan di dahi atau pening-pening.Aku tak rasa apa-apa kecuali sedikit.Aku pun tak tahu apa yang aku rasa, cuma aku terasa kini kulit aku terkoyak.

Pintu di buka, nama aku disebut.Aku dan Ustaz Diman serta anaknya melangkah masuk ke dalam….



Terlepas Untuk Menembak
Thursday March 27th 2008, 10:29 pm
Kategori : Aku

Petang tadi aku ke pasar malam bersama ayah aku.Baru beberapa langkah keluar dari pintu kereta, aku mendongak ke arah barat dan aku cuba meraba-raba saku seluar aku.Malang! Aku tidak bawa handset secara sengaja.Aku terlepas untuk ‘menembak’ satu visual yang jarang sekali aku dapat lihat.

Visual cahaya mentari yang terlindung dek awan dan terdapat jalur-jalur cahaya di bahagian kanan.Aku tak dapat nak ceritakan bagaimana rupanya kerana aku tidak sempat untuk merakam kejadian yang mempersonakan.Aku cuba terangkan tapi mesti kamu semua tak dapat bayangkan.

Maaflah yer! Selepas ini aku cuba untuk tidak meninggalkan handset aku di rumah.

Lain kali’lah yek..!



Ferrari Dari Shell
Tuesday March 25th 2008, 12:19 am
Kategori : Fhotografi

Ferrari Dari Shell

Lens : EF-S 18-55 mm
Shutter : 1/6
Aperture : 5.6
ISO : 200

Ayah aku sekarang isi minyak pakai Shell.Tak silap aku sudah ada 7 kereta Ferrari cuma masih belum lengkap modelnya sebab tak ada stok.Mungkin nanti.

Lain kali’lah yer..!



Kehidupan Aku #5
Sunday March 23rd 2008, 11:08 pm
Kategori : Aku

Masjid Jamek

Jumaat lalu, aku sempat ke Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur.Aku pergi ke sana bersama dengan ayah aku untuk menunaikan solat fardu jumaat yang dalam masa yang sama menyambut perayaan masjid yang kini berusia 100 tahun.Apa yang paling mengujakan pada hari itu ialah dua orang imam Masjid Al-Aqsa, Palestin turut bersama-sama menyambut perayaan masjid itu yang berusia 100 tahun.Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan seterusnya bacaan ayat suci Al-Quran.

Selepas kuthbah dibaca, imam Masjid Al-Aqsa mengimamkan solat fardu jumaat.Alunan surah yang dibaca memang tip top! macam aku kini berada di negara arab.

Imam Masjid Al-Aqsa

Mujur aku solat di dewan solat utama, aku berkesempatan bersalaman dengan dua orang imam yang juga saksi penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman dan kerakusan Israel.Aku tak sempat nak snap gambar imam yang mengetuai solat sebab dia keluar terlalu awal.Aku cuma sempat snap gambar imam yang satu lagi.Ayah aku yang berkopiah putih menanti giliran itu.Menteri Wilayah pun datang.

Kambing Senyum

Itu dia, Aku, Azwan dan Rabani.Tapi malang, kami dilabel sebagai Pegurusan Fotografi.Kalau difikirkan, mahu saja dilabel terus Kambing Senyum.Tapi, sidang redaksi yang menguruskan majalah ini mempunyai kuasa yang lebih dari kami.Ikutkan saja.

Musim hujan sekarang.Semalam hujan lebat.

Lain kali’lah yek..!



Pesan Seorang Pengetua
Thursday March 20th 2008, 3:29 pm
Kategori : Aku, Al Kisah

Pesan Seorang Pengetua

Semalam petang, aku, Rabani dan Azwan melakukan rutin seperti biasa.Pergi ke sekolah lama dan mencari guru untuk menemu duga beberapa orang guru.Menemu duga beberapa orang guru “veteran” yang telah lama berkhidmat bersama pengetua untuk sekolah merupakan salah satu agenda yang akan dimuatkan dalam dokumentari sempena persaraan pengetua pada bulan Julai-Ogos nanti.Penat juga bila difikirkan apabila menjalankan projek ini tetapi bagi aku inilah usaha kecil aku yang dapat aku berikan untuk Pn Hjh Zakiah Bt Md Lassim.

Dipendekkan cerita, selepas keluar dari pejabat sekolah, aku, Rabani dan Azwan terserempak dengan pengetua dan beliau berkata lebih kurang begini “Cikgu ada air sembahyang, cikgu nak sembahyang, lepas ni jumpa cikgu ya”.Aku, Rabani dan Azwan terus ke pondok untuk memberi masa kepada pengetua.Kami sempat berbual mengenai pelbagai topik dan kami sempat melihat beberapa ekor ayam disembelih di sebelah sekolah.Kemudian, perut memberi isyarat supaya kami bergerak ke kantin.Aku sempat menjamah sandwich berserta air kacang soya, Rabani makan roti sosej, Azwan tak makan apa-apa.Sedang leka berbual, tiba-tiba Rabani terus berkata “Pengetua!”.Sah! Kami memang lupa dengan pesanan pengetua.Berapa lama agaknya pengetua tunggu kami.Aduh

Tiba di bilik pengetua, pengetua mengajukan satu soalan “Mengapa lambat?” Rabani yang mendahului jalan memberikan jawapan sambil tersenyum.Pengetua ketika itu telah siap sedia untuk pulang.Jam lebih kurang pukul 5 begitu.Pengetua menyuruh kami bertiga duduk sambil pengetua menarik kerusi untuk duduk sekali.Maka, bermulalah cerita dari mulut pengetua sendiri.

Beliau menceritakan bagaimana suaminya bekerja, dia memberi sokongan kepada suaminya, menceritakan pengalaman beliau, menceritakan kawan beliau yang murah rezeki.Semua diceritakan kepada kami.Suasana pejabat ketika itu sudah sunyi kerana semua staf sokongan sudah pulang.Cuma kami berempat ketika itu di pejabat.Kami memang begitu rapat juga dengan pengetua kerana pernah menemu duga beliau dalam dokumentari sekolah dengan dokumentari ICT peringkat negeri Selangor.Kami juga turut ke hulur ke hilir mengambil gambar beliau sekiranya ada aktiviti yang melibatkan beliau.

Kemudian, beliau sempat memberi satu pesanan kepada kami.Pesanan’nya lebih kurang begini,

“Biar pun kamu ini selekeh *sambil tangan menunjuk ke arah kami tetapi kamu disayangi di semua tempat”

Memang aku, Rabani dan Azwan akui yang pakaian kami selekeh ketika menjalankan projek di sekolah.Tapi kami tetap slumber.Selepas itu, beliau sambung cerita sedikit.Kami khusyuk mendengar.Beberapa minit selepas itu “Okay” beliau memberi isyarat yang beliau sudah mahu pulang.Kami faham dan terus keluar dari bilik beliau sambil beliau jalan di belakang.Semasa turun tangga, beliau sempat berkata lebih kurang begini “Tapi satu, kamu bertiga badan tetap sama.Makan tidur”.Kami gelak bersama.

Aku, Rabani dan Azwan terus ke surau dan menunaikan solat Asar.Pukul 6.40 lebih kurang, kami pulang dengan semangat baru dan kata-kata seorang pengetua tetap aku ingat.Terima kasih kerana sudi membaca.

Lain kali’lah yek..!



Peristiwa Dahi Berdarah
Tuesday March 18th 2008, 10:36 pm
Kategori : Aku

Kepada pembaca yang menghidap penyakit jantung, ibu yang mengandung tidak digalakkan membaca entri ini* Macam seram

Semua warga Sekolah Agama Rakyat Al-Huda sedang bertungkus-lumus mengemas meja, menyusun kerusi.Ada yang lap tingkap, ada yang sapu lantai, ada yang ke hulu ke hili buat-buat sibuk.Aku dan kawan-kawan aku di tempat dan itu merupakan tempat khas untuk abang-abang senior.Aku ketika itu, baru saja datang semula ke sekolah selepas pulang ke rumah sebentar mengambil beg pakaian.Ketika itu, sekolah akan mengadakan program bangun malam atau dalam bahasa arab Qiyam Al-Lail or Qiyammulail.

Aku melangkah masuk ke dalam kelas yang kini secara automatik menjadi tempat penginapan untuk aku dan kawan-kawan yang lain.Memang menjadi lumrah, setiap kali aktiviti ini dijalankan, meja menggantikan tilam yang empuk.Meja memang sudah disusun untuk dijadikan tempat tidur.Aku masuk, memang sudah tersusun.Kurang kerja aku untuk susun meja dan kerusi.

Aku dengan slumber *tak ada kerja katakan naik ke atas meja, dan aku terus melakukan aksi yang selalu aku idam-idamkan iaitu, meletakkan jari telunjuk pada piring kipas *yang tengah-tengah tu.Ketinggian kipas ketika itu hanya paras dahi aku.Aku pun terus melakukan aksi itu tanpa sebarang masalah.Aku kagum dengan aksi yang aku lakukan.Lama juga aku lakukan.

“Fahmi!!!!” kawan aku yang bernama Afiq menjerit memberi amaran kepada aku.Panggg!!!! Satu bilah kipas terkena dahi aku.Aku terus tercangkung sambil tangan aku menutup dahi aku.Aku dapat merasakan lelehan cecair mengalhir dari dahi ke tangan aku.Aku lihat ada darah! Aku terus ke tandas yang sememangnya terletak di hadapan kelas.Aku basuh dahi aku.Aku terdengar Khalaf sedang menjerit “Ustaz! Kepala Fahmi berdarah!”.

Aku keluar dari tandas.Ustaz Diman tiba di hadapan tandas dan menjerit “Ya! Allah!”.Ustaz terus mencubit dahi aku.Aku dapat rasakan seperti ada benda tertarik.Ustaz suruh aku pegang.Aku dapat rasakan kulit aku terkoyak betul betul di atas kening.

Kemudian…..



Mahu Jalan-Jalan
Friday March 14th 2008, 8:29 am
Kategori : Al Kisah

Mahu Jalan-Jalan

Sudah beberapa kali projek “Jalan-jalan” tidak menjadi.Ada yang kerja, ada yang menghadiri kursus.Kalau tidak semalam sudah ke KLCC tetapi ada pula yang malas mahu pergi padahal dia yang mencadangkan tempat.Ada yang mahu ke Aquaria, ada yang mahu ke Petrosains.Kalau aku, aku lebih suka Aquaria kerana aku lebih suka melihat ikan-ikan yang comel.Comel ke?Ada pula yang mahu ke Petrosains sebab ada yang tak pernah pergi dan dia kata boleh main-main di sana.Kali terakhir aku ke Petrosains pada tahun 2002 dan tak tahulah kalau-kalau ada perubahan dan penambahan di Petrosains.

Aku sudah muak ke Times Square apatah lagi Pavillion yang “kosong”.Times Square boleh dikatakan sudah biasa dan Pavillion, tempat terlalu ekskusif bagi aku.Aku lebih sukakan aktiviti santai berbanding aktiviti semata-mata untuk menontong wayang.Hmmm, aku kebuntuan idea untuk pergi ke mana.Boleh bantu aku? DSLR aku sudah lapar!

Lain kali’lah yek..!

p/s: gambar di atas ditembak di Times Square.Bulan lalu.



Pembangkang Perintah Negeri Aku
Monday March 10th 2008, 8:17 am
Kategori : Macam-macam

Goodies PRU12

Usai sudah Pilihanraya Umum Ke-12.Akhirnya parti pembangkang berjaya menawan 4 negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang di samping Kelantan yang masih digenggam PAS.Pihak BN aku rasa pasti terkejut dengan kemenangan mendadak pihak pembangkang dan mereka cuma menyorokkan rasa terkejut mereka.Syabas diucapkan kepada mereka yang mengundi untuk perubahan.

Selangor, tempat aku tinggal *aku tinggal di sempadan Selangor dan Kuala Lumpur, aku menetap di dua tempat dalam satu masa.Kool! kini akan diperintah oleh parti pembangkang.Tiada lagi surau akan dirobohkan oleh penguatkuasa.Selepas ini, boleh panggil lebih ramai ustaz PAS untuk memberikan tazkirah di surau dan masjid.Orang-orang BN kini boleh duduk diam dalam rumah.

Sabtu lepas, aku sempat menjenguk beberapa kawasan untuk mengundi di sekitar Pandan hingga ke Bandar Tun Razak.Aku dapat goodies.Aku sempat untuk me’nembak’ beberapa gambar tapi hasilnya kurang memuaskan kerana hujan yang renyai-renyai dan aku me’nembak’ gambar sambil membonceng motor si Azwan.Aku tidur hampir pukul 4 pagi untuk mendapatkan keputusan akhir sambil makan roti bakar dan segelas Horlicks ais.*mengalahkan orang yang mengundi

Thank you Allah.Samy Velly, Sharizat dan Zainuddin dapat ditundukkan.

Pautan menarik :

Dr M mahu Paklah berundur
Khalid Ibrahim akan lakukan perubahan besar di Selangor Yay!

Baca MalaysiaKini untuk berita sahih *fixed

p/s: bilalah Anwar Ibrahim boleh bertanding..

Lain kali’lah yek..!