World of EOS 2008 Di Penang, JB dan KL
Wednesday April 30th 2008, 8:27 am
Kategori : Fhotografi, Macam-macam

Dunia EOS 2008

Canon Marketing Malaysia’s upcoming World of EOS events at the following cities.Admission is free.

(1) World of EOS @ Penang
Venue: Gurney Plaze
Date: 08/05 - 11/05/2008
Time: 10am - 10pm

(2) World of EOS @ Johor Bharu
Venue: AEON Tebrau City
Date: 14/05 - 19/05/2008
Time: 10am - 10pm

(3) World of EOS @ Kuala Lumpur
Venur: Suria KLCC
Date: 30/05 - 02/06/2008
Time: 10am - 10pm

Interesting things to expect:

(1) Photography Contest
(2) Eyes of EOS - display of telephoto lenses
(3) Studio Corner - Learn portrait & macro photography
(4) Family Corner - Learn to get the best pictures of your kids
(5) Canon Camera Service Clinic - Free check up & basic service
(6) Ladies’ Corner - EOS just for ladies
(7) Photography seminars - Photography talks & tips

Siapa yang berminat untuk pergi? Boleh pergi sama-sama.



SPR Awasi Kempen Internet
Wednesday April 30th 2008, 8:09 am
Kategori : Ragam Malaysia

Pidato di Padang MPAJ Pandan Indah

Semalam aku baca surat khabar Berita Harian edisi hari Isnin.*apa jadah lambat baca berita?! dan mata aku tajam memandang ke headline akhbar tersebut yang bertajuk “SPR awasi kempen internet”.Setelah penyebaran maklumat melalui media cetak dan media elektronik dirampas, kini mereka mengawasi pula penyebaran maklumat melalui dunia tanpa batasan seperti melalui blog, laman web dan sistem pesanan ringkas.Apa jadah!



YUI - Laugh Away
Thursday April 24th 2008, 7:02 pm
Kategori : Layan

YUI - I Loved Yesterday

Penyanyi - YUI
Tajuk - Laugh Away
Album : I Loved Yesterday

Miagetara hikoukigumo ashita e to kieta
Boku wa soredemo zutto jitensha wo kogitsuzuketa

Noborisaka kake agaru ano sora no mukou
Itsuka oikoseru you na sonna ki ga shiteiru kara

Haguresou na get away get away
Jounetsu wo get away get away
Nogasanai you ni te wo nobashite

Chippoke na koto ni nayanjatte
Tonikaku kimi ni aitakunatta yeah

Umaretate no haru no nioi ni
Sakihokoru sakura no hanabira
Itsudatte makenai you ni nee

Sou waratte sotto waratte laugh away
Sou waratte itsumo waratte

Oka no ue iki wo kirashi machi wo mioroshita
Tabun kimi no uchi no yane kurai wa mieru hazu

Mado no sotto umi ga sugu da yo nante hanashiteta
Dakara ano basho watari onaji ma kanjiteiru

Afuresou na get away get away
Jounetsu wo get away get away
Kobosanai you ni te wo nobashite

Chippoke na koto ni nayanjatte
Tonikaku kimi ni aitakunatta yeah

Me no mae ni hirogaru keshiki wo
Wasuretewa ikenai ki ga shita
Itsudatte makenai you ni

Never mind never mind ochikondara
Yeah yeah koko ni kite kaze ni fukaretai

Chiisa na egao ga mitai kara
Boku datte tsuyoku nareru no sa yeah

Umaretate no haru no nioi ni
Sakihokoru sakura no hanabira
Itsudatte makenai you ni nee

Sou waratte itsumo waratte



Teknik Panning
Wednesday April 23rd 2008, 10:00 pm
Kategori : Fhotografi

Apabila Pacuan Empat Roda Di\'Panning lantas di\'Shoot!

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 55-250mm @ 250mm
Exposure : 1/50 sec at f/7.1
Editor : Adobe Photoshop CS3
Location : Middle Ring Road II Highway

Aku suka betul dengan teknik Panning.Hari-hari aku paksa diri aku untuk berdiri di hadapan rumah menghadap lebuhraya MRR2 untuk shoot satu per satu kenderaan yang melintas di hadapan lensa DSLR aku.Aku meinggunakan burst mode supaya prestasi gambar yang ingin di shoot lebih mantap!Kadang-kadang ada saja kereta yang terlepas dari DSLR aku.Geram juga dibuatnya.

Mahu belajar panning? Jom baca Mastering Panning - Photographing Moving Subjects



Kembali Seperti Biasa
Tuesday April 22nd 2008, 10:56 pm
Kategori : Aku, Blogging

Longkah Di Hadapan Makmal STIC

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 194mm
Exposure : 0.8 sec at f/32
Editor : Adobe Lightroom & Adobe Photoshop CS3
Location : Hadapan Makmal STIC SMKPI

Alhamdulillah.Semuanya jadi seperti sedia kala.Blog bahasa inggeris aku kini akan berkhidmat untuk pembaca seperti dahulu.Blog bahasa inggeris aku akan terus memberikan aku pendapatan sampingan untuk aku.Mungkin dua tiga bulan lagi aku dapat satu Canon 580EX II atau Canon EF 50mm f/1.4 USM atau mungkin benda-benda yang menguntungkan aku dan orang lain.

Sebenarnya, aku terkejut juga masalah yang aku hadapi.Pelik juga masalah itu.Entah macam mana boleh timbul.Gara-gara aku tidak online hampir seminggu, masalah itu timbul dan menjatuhkan semangat aku untuk terus blogging.Sehinggakan aku mengambil keputusan untuk melepaskan tanggungjawab aku dari terus menyebarkan informasi teknologi dan web kepada pembaca setia.

Gara-gara akal yang dikurniakan Allah.Aku cuba untuk kali terakhir.Aku terus upload database yang bertarikhkan 9 April.Poooh! Menjadi.Semangat blogging kembali mekar.Duit sampingan akan terus-menerus dikira, dianalisi dan dibayar kepada aku.Gembira betul aku.

Tebaboom.org kini sudah menjadi salah satu hotspot untuk mendapatkan Y! Points yang dikendalikan oleh YouthMalaysia.Com.Jadi aku mengajak para pembaca sekalian ke blog aku untuk mengumpul Y! Points dengan menjawab soalan yang disediakan oleh YouthMalaysia.Semoga Berjaya



Selamat Tinggal Tebaboom.Org
Saturday April 19th 2008, 5:27 pm
Kategori : Aku, Blogging

Bata

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 250mm
Exposure : 1/80 sec at f/5.6
Editor : Adobe Lightroom

Aku sudah mula rasa malas dan bosan untuk melayari internet mencari maklumat untuk dikongsi.Aku sudah mula rasa bosan untuk membuat duit online melalui Google Adsense.Kesimpulannya, aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada blog kesayangan aku iaitu Tebaboom.org.Jika ada orang yang sudi menjaga blog aku, sila hubungi aku dan jika ada sesiapa yang mahu beli blog aku, sila hubungi aku.

Ilustrasi di atas hanya untuk tatapan umum.



Kehidupan Aku #6
Thursday April 17th 2008, 9:02 am
Kategori : Aku

Anak Kucing

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 250mm
Exposure : 1/30 sec at f/5.6
Editor : Adobe Lightroom

Untuk makluman, aku tidak turut serta perkhemahan KRS.Ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.Aku hanya mampu jenguk mereka pada hari Sabtu tengah hari bersama Azwan, Rabani dan Azwan (Tingkatan 4).Tiada sebarang fhoto dirakam.Tiada yang menarik untuk dirakam.

Aku sudah mula serasi dengan WRE4879.Setiap pagi akan aku lap WRE4879 dengan kain yang tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.Aku mahukan WRE4879 bersinar-sinar ketika mencucuk udara atas jalanraya..Aku harap harga minyak dapat turun dengan drastik.Aku sekarang pengguna jalanraya.

Aku sudah semakin sibuk berbanding dengan kerja-kerja produksi yang sebelum ini dalam proses mengumpul.Produksi sekarang telah melangkah setapak ke proses membangun.Dari pagi aku sudah ke sekolah, sunting itu sunting ini dan tengah hari pulang ke rumah.Pukul 2.30 tengah hari, pergi semula ke sekolah.Petang balik semula ke rumah.Pukul 9 malam sekali lagi menyusun kaki menunggang WRE4879 ke sekolah.Pukul 12 begitu pulang semula.Itulah kehidupan aku sekarang.Sudahlah sibuk, bertambah sibuk lagi.

Sabtu ini bersamaan 19 April 2008, satu majlis dialog bersama rakyat akan diadakan.Y.B Iskandar Bin A Samad (Adun Chempaka) dan Y.B Janice Lee (Adun Teratai) akan menjadi panel untuk majlis dialog ini.Majlis bermula jam 10.00 pagi di Padang Awam, Taman Maju Jaya Fasa 3

Ilustrasi di atas tiada kena mengena untuk entri kali ini.Hanya untuk pameran.

Lain kali’lah yek..!



WRE4879 & Gunung Nuang
Thursday April 10th 2008, 5:08 pm
Kategori : Aku

WRE4879

Kepada sesiapa yang sedang memandu, yang mahu melintas, yang mahu mencari jodoh, jika terjumpa seorang penunggang motorsikal yang sedang mencucuk udara jalanraya dan nombor pendaftaran jentera yang ditunggang ialah WRE 4879 maka itu adalah seorang blogger dan seorang pengguna Canon EOS 350D.Lelaki OK!Kalau kamu terserempak dengan lelaki itu, jangan lupa bertanyakan khabar, apa entri terbaru, apa aksesori terbaru untuk Canon EOS 350D, apa kau sudah makan dan lain-lain.

Selepas ini boleh aku pergi ke sana ke sini tanpa mengharapkan membonceng motor si Azwan dan Rabani.Segan juga aku.Asyik-asyik muka aku saja yang menjadi pelanggang mereka.Baru tengah hari tadi aku renew lesen L aku di Pejabat Pos Taman Seraya.Preeeng! Preeeng!

Esok, insha allah aku akan ke Gunung Nuang.Aku tak daki, cuma aku turut serta untuk perkhemahan KRS peringkat sekolah.Tapak perkhemahan pun di kaki bukit dan tiada sungai.Kalau mahukan sungai, kena naik sampai ke Kem Lolo.Aku pernah naik sampai ke puncak Gunung Nuang.Memang dari kaki bukit sampai ke Kem Lolo memakan masa satu jam tak silap aku.Bergantung pada keadaan tanah.

Kalau ada kelapangan, mungkin aku dan senior saja yang akan daki ke puncak esok.Kalau lutut masih kuat.Ha! Ha! Ha!Ok lah.Cukup.Kalau ada rezeki, boleh aku bawak DSLR aku.Boleh tayang di sini.Tapi ayah aku mahu guna pula.Tengoklah nanti.

Lain kali’lah yek..!