Tips Perjuangan
Friday May 30th 2008, 10:20 pm
Kategori : Tips

Palestinian militants from Islamic Jihad take part in an armed exercise in Gaza April 6, 2007. REUTERS/Mohammed Salem (GAZA)
Palestinian militants from Islamic Jihad take part in an armed exercise in Gaza April 6, 2007. REUTERS/Mohammed Salem (GAZA)

Aku tak tahu mahu letak tajuk apa untuk entri kali ini.Jadi aku hantam! saja bubuh tajuk di atas.Entri yang mahu aku kongsikan ini sebenarnya dari saudara Syakir, seorang sahabat dan senior aku semasa di sekolah ketika bersama-sama dalam Pembimbing Rakan Sebaya.

Sabarmu bukanlah kelemahan tetapi itulah sebenarnya kekuatan, sebab engkau kuat mengendalikan diri.- Dr. Hamka

Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. - Allen Tate

Orang yang hilang harapan boleh hilang segala-galanya. - Congreve

Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis. - Aristotle

Sabar adalah kunci syurga kerana itu sifat mulia. - Marah Rusli

Kesabaran bukan bererti tiada perasaan. Kesabaran ialah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih menimpa. - Dr. Hamka

Berharap tanpa usaha adalah pekerjaan yang sia-sia. - Fattham

Ada satu kata yang dapat membebaskan kita dari beban dan luka kehidupan. kata tersebut adalah cinta.

Tidak ada kekayaan sebaik akal yang sempurna, tidak ada kemelaratan seburuk kejahilan, dan tidak ada warisan sebaik adab dan akhlak

Orang-orang yang senantiasa memikirkan bagaimana dapat membantu memperbaiki kehidupan orang lain, dia tidak akan pernah membenci sesiapa pun.

Ciri-ciri orang yang akan berjaya di dunia dan akhirat adalah hari ini selalu menjadi lebih baik dari semalam.

Mengenal kekurangan diri adalah langkah awal seseorang akan bertambah menjadi semakin baik.

Hindarilah tiga perkara dalam tiga hal, bangga dengan ilmumu saat berdiskusi dan berdebat, merasa hebat di depan orang-orang yang mengenalmu, dan menunda berbuat baik ketika mendapat kesempatan.

Tulislah apa yang terbaik dari yang anda dengar, peliharalah apa yang terbaik dari apa yang anda tulis, dan sampaikanlah yang terbaik dari yang anda dengar.

Nafsu manusia suka menguasai dan memerintah orang lain dan merasa tidak ada halangan untuk mengeksploitasi orang lain dan merampas hak mereka.

Nafsu manusia tidak suka pada peraturan, cenderung menyukai kekacauan dan lepas dari segala beban dan ikatan.

Banyak keberanian yang melahirkan kerugian, disebabkan keberanian itu atas jalan yang buruk dan tidak benar.

Esok aku ke Port Dickson



Kehidupan Aku #7
Thursday May 29th 2008, 9:45 pm
Kategori : Aku

Entri tidak berfoto.Haha

Pagi tadi aku nekadkan diri aku.Jogging di Taman Shamelin.Keluar jam 8.00 dan 40 minit kemudian.Sampai saja rumah, cek emel, salin baju, terus baringkan diri dan tertidur.Aku bangkit pukul 12 tak silap.Sambung ber’internet.

Lepas Asar tadi, aku ke Tesco Ampang.Mahu ke Popular untuk mencari perkakasan sedikit gara-gara bakal bergelar budak “U”.Lain yang dicari, lain yang dijumpa.Aku sekadar membeli gel & minyak rambut.Damn! dan gula-gula getah berharga RM1.

Di Pandan Indah, dalam perjalanan pulang ke rumah aku telah disuruh ke tepi pihak berkuasa.Ini semua-gara-gara roadblock.Aku dan penunggang-penunggang lain meraba-raba punggung mengeluarkan dompet masing-masing.Lain yang diminta, lain yang aku beri.Aku menghulurkan lesen P kereta walhal aku sedang menunggang WRE4879.Lebih kurang begini.

“Lesen.” titah pegawai itu.

“Nah.” aku menghulurkan lesen aku bagaikan aku ingin ‘cucuk’ kad Maybank aku di mesin ATM.

“Lesen P ke L ni?” tanya pegawai itu sambil mencari sticker yang ditampal.

“Oh sorry.” sambil tangan di mulut dan terus memberikan lesen L aku.

“Mintak yang ada gambar.” cis! dah beri betis mahu peha.

“Nah!.” sekali lagi seperti men’cucuk’ kad Maybank ke dalam mesin ATM.

“Ok Jalan.” kata pegawai itu.

Preeenggg! Haha.Sebelum menuju ke rumah.Aku singgah sebentar di beberapa buah kedai alat tulis untuk meneruskan misi mencari barang yang dikehendaki.Hampa, tiada satu kedai pun yang ditemui ada barang itu.

Dalam perjalanan pulang ke rumah.Ada seekor anjing putih hitam yang rendah dari segi ketinggian dan panjang jika diukur dari kepala hingga ke ekor.Macam tak betul aku lihat.Dia menuju ke arah bertentangan dengan aku.Shit! anjing itu mahu menerkam aku dan aku melakukan aksi ‘kona’ 45 darjah ke kiri dan kanan semula sebab ada lubang.Semoga berjumpa lagi anjing.Aku pulang dengan selamat.Sekian



DSLRku Kembali
Thursday May 29th 2008, 1:27 pm
Kategori : Aku, Fhotografi

Saya Geng Putih

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 18-55mm @55 mm
Exposure : 1/5sec at f/5.6
Editor : Adobe Photoshop CS3

Aku terlepas event Hari Guru SMKPI tapi tak bermakna aku akan terlepas juga event Hari Keluarga Telekom Malaysia (TM) Bahagian Procurement di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada hari Sabtu dan Ahad.Mesti Shoot!

Jun 14 nanti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat bersama wakil-wakil Pakatan Rakyat yang lain akan turun ke Padang MPAJ, Pandan Indah.Shoot! Shoot! Shoot!.Huurrmm..speedlite? Adoi!



Pulau Batu Putih Tinggal Kenangan
Monday May 26th 2008, 7:35 pm
Kategori : Ragam Malaysia

Letter of Pulau Batu Putih

Imej di atas merupakan salinan surat yang dikatakan diberi kepada pihak Singapura oleh M.Seth Bin Said (Wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Johor).Sebarang respon?



Personaliti Aku
Sunday May 25th 2008, 11:19 pm
Kategori : Aku

Photo ehsan dari Feliker

Berikut merupakan hasil ujian personaliti yang aku lakukan kurang dari 5 minit.Ujian ini aku peroleh dari blog Yepan.

Fahmishah’s Existing Situation

Physical illness, over-tension, or emotional distress have taken a severe toll. His self-esteem has been reduced and now needs peaceful conditions and considerate treatment to permit recovery.

Fahmishah’s Stress Sources

Feels that life must yield more than it is and that his hopes and desires must somehow be realized–that they must be granted in their entirety. The existing uncertainty causes considerable worry and he is tensely on his guard against missing any opportunity. Anxious to avoid further setbacks, and loss of standing or prestige. Tries to make sure that he will not be overlooked and badly needs security.

Fahmishah’s Restrained Characteristics

Feels that he is receiving less than his share and that there is no one on whom he can rely for sympathy and understanding. Pent-up emotions and a certain egocentricity make him quick to take offense, but he realizes that he has to make the best of things as they are.

Fahmishah’s Desired Objective

Seeks affectionate, satisfying and harmonious relationships. Desires an intimate union, in which there is a love, self-sacrifice and mutual trust.

Fahmishah’s Actual Problem

Needs to achieve a stable and peaceful condition, enabling him to free himself of the worry that he may be prevented from achieving all the things he wants.

Fahmishah’s Actual Problem #2

Disappointment at the non-fulfillment of his hopes and the fear that to formulate fresh goals will only lead to further setbacks have resulted in considerable anxiety. He is trying to escape from this into a peaceful and harmonious relationship, protecting him from dissatisfaction and lack of appreciation.

Foto ehsan dari Feliker



Masih Menunggu dan Terus Menunggu
Thursday May 22nd 2008, 10:48 pm
Kategori : Aku, Fhotografi

Canon EOS 350D

Seorang lelaki mengambil sehelai kertas yang merupakan resit dari beg Tamrac’nya.Setelah itu, dia terus menuju ke arah telefon dan mendail nombor yang tertera pada resit berkenaan.Menunggu panggilan untuk dijawab dengan sabar.

“Hello, *** ***,” suara perempuan yang pernah dia dengar.

“Hmm, saya nak tanya, kamera yang saya hantar repair hari itu sudah siap?” tanya lelaki tadi.

“Nombor resit?” dibalas dengan satu soalan yang ringkas.

“Err? Nombor resit? 8***” lelaki tadi jawab dengan penuh yakin.

Hold on baby” respon ringkas dan perempuan tadi menyemak nombor resit.

“Hmm, belum lagi” beritahu perempuan itu.

“Oh! Okey” lelaki tadi menjawab dengan ringkas.

Lelaki tadi ialah aku.Walau apa pun, aku akan terus menunggu.Baru sebentar tadi Cikgu Zahariah, pengurus Kambing Senyum Production memberikan mesej kepada aku.Beliau mahu aku beraksi bersama 350D aku untuk sambutan hari guru peringkat sekolah esok.Malangnya, takdir telah menetapkan untuk tidak membenarkan aku beraksi pada hari esok.

Cikgu kata, kamera sekolah ada budak “chop!” dulu dan cikgu amat bimbang jika gambar yang di’shoot tidak begitu fantastic.Aku membalas mesej cikgu dan memberikan jawapan “Mesti cantik punya!”.

Sebenarnya, aku sendiri tak berupaya unuk menghasilkan gambar yang fantastic kerana masih belum tinggi makam aku di sisi dunia fotografi.Lagi pun, esok pagi mungkin aku akan ke MMU Melaka untuk membawa kakak aku pulang.Dia akan mulakan pratikal pada bulan hadapan.Aku pula akan ke Cyberjaya pada bulan hadapan juga.

Psst! Nikon D300 berapa harga sekarang? Mahu kumpul wang.Mahu lompat “parti”.



Manchester United Raja Eropah 2007/2008
Thursday May 22nd 2008, 2:17 pm
Kategori : Macam-macam

Raja Eropah 2007/2008

Walaupun hanya sekadar menonton di rumah tetapi semangat tetap ada untuk menyokong kelab kegemaran aku untuk merangkul juara kejohanan liga eropah.Berbaloi juga aku berjaga malam semata-mata mahu menonton perlawanan akhir antara Manchester United dengan Chelsea yang akhirnya kejuaraan menjadi milik Manchester United.

Jam 7 lebih pagi tadi, aku sempat membeli nasi lemak dan akhbar Kosmo!.Aku hanya sempat mem’bedal’ nasi lemak sebelum aku tidur kekenyangan.Musnah harapan aku untuk jogging pagi tadi kerana takutkan benda tak baik berlaku akibat kekurangan tidur.Petang ini pasti aku akan jogging.



Amaran Pertama Untuk Karpal Singh
Wednesday May 21st 2008, 7:19 pm
Kategori : Ragam Malaysia

Karpal Singh : Bukit Gelugor MP

“Karpal Singh, kau jangan cuba persoalkan keistimewaan orang Melayu, kau jangan cuba mempersoal kuasa raja-raja Melayu, kalau kau tak berhenti, peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau, ingat kau jangan lupa ini adalah amaran pertama!”

Ha! Itu dia petikan dari surat layang berisi peluru hidup yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.Ini semua gara-gara Pengerusi DAP ini yang telah menimbulkan isu kuasa seorang sultan dalam campur tangan kuasa kerajaan negeri.Hanya disebabkan isu ini, rata-rata orang melayu bangkit menyuarakan kemarahan terhadap Karpal Singh kerana menyoalkan ketuanan seorang sultan.

Aku tidak mahu berbicara mengenai isu Karpal Singh menentang kuasa seorang sultan tapi mari aku bentangkan pendapat aku serba sedikit mengenai amaran pertama di diterima oleh Karpal Singh.Memang aku solute rakyat Malaysia yang ada semangat menegakkan keistimewaan orang melayu khususnya kuasa sultan tapi tindakan makhluk asing ini juga memperlihatkan kebodohan diri sendiri khususnya diri makhluk asing itu sendiri.

Macamlah tiada cara penyelesaian yang lain yang boleh dicapai sehinggakan mahu membuat ugutan.Bodoh juga makhluk asing ini, mahu pertahankan hak tapi berselindung di belakang tabir.Kalau betul mahu perjuangkan hak ketuanan dan keistimewaan melayu mengapa tidak mahu berdepan bersua muka dan sama-sama mencari penyelesaian sewajarnya.Ini merupakan tidakan mengikut emosi bukannya menggunakan akal.Menegakkan hak sambil mem’bogel’kan bangsa sendiri.Aku lastik nanti baru tahu.

Foto oleh FatBidin

Psst..Ragam Malaysia sekarang merupakan topik terbaru di Fahmishah.Com.Ragam Malaysia memperlihatkan keadaan semasa yang berlaku di Malaysia.Aku sedang memperbagaikan topik di Fahmishah.Com