

Ini merupakan hasil tulisan abang aku.Aku grab dari Bulletin di Friendster.
Jika aku seorang NC:
- aku turunkan harga bayaran yuran kolej.
- aku turunkan harga bayaran yuran pengajian.
- aku tak akan menCATU air kepada kolej-kolej kediaman.
- aku akan buang guard-guard yang makan gaji buta.
Sebab:
Aku akan mintak peruntukan mengikut kadar yg sesuai daripad kerajaan.Sebenarnya mereka (pemerintah) pandai membuat bisnes.Mereka tak perlu menabung.Merek hanya perlukan bisnes kotor dengan menaikkan minyak dan kelabukan kami dengan berbagai subsidi yg sebenarnya kurang enak bagi kami.Apa mereka alpa.Kami di sini ada ramai pelajar matematik tulen, statistik, komputer dan aktuari.Kami boleh mengira dengan otak, dengan jari, dengan sempoa, dengan mesin pengira, dengan komputer.Apa kamu (pemerintah) ingat kami tidak tahu membezakan atau mengintegrasikan nilai minyak yg naik VS subsidi yg kamu berikan.Jangkaan kamu meleset.Kami boleh gunakan taburan chi-square.
Subsidi yg kamu berikan tetap membawa kerugian yg besar keppda rakyat.Itu lah,siapa suruh perkenalkan matematik di Malaysia.Kan dah kena ludah oleh rakyat.Huh! jangan sangka kami sebagai mahasiswa/i subset kpd rakyat subset kepada pemerintahan kamu ini jahil tentang minyak.Kebanyakan daripada kamu-kamu (pemerintah) pun dari UM bukan? Pandai juga kamu membuat bisnes kotor.Kami juga ada rakan-rakan ambil bisnes.Lepas kamu masuk kubur.Kami pula memerintah.Kamu boleh duduk dalam kubur diam-diam.Siapa yg akan menemani keteransingan kamu? Siapa yg akan menemani kesendirian kamu di sana? Tiada siapa.Babai… (^^!) Ada sebarang bantahan? Mari-mari..
Aku penat sekarang.Malam tadi aku tidur pukul 3 pagi lebih gara-gara tak boleh lelapkan mata.Bila sudah lelap, nyamuk pula cuba menagih darah daripada aku.Mentang-mentang darah aku manis.
Pagi tadi pula, pukul 7.15 pagi sudah ke sekolah.Ada lawatan oleh timbalan menteri pelajaran.Nanti aku upload di Flickr.


Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak. (GERAMM)telah pun menubuhkan satu laman web baru - Geramm.org khas untuk mereka-mereka yang secara total’nya menentang kenaikan harga minyak.Yeah! Akhirnya internet sekali lagi menjadi medium pilihan bagi puak yang protes kenaikan harga minyak.Sekurang-kurangnya internet di negara minyak mahal ini dimanfaatkan dan taklah hanya blogger-blogger saja yang memeriahkan dunia internet Malaysia.
Baru-baru ini, GERAMM telah pun mencipta satu petisyen untuk mendesak kerajaan turun harga minyak dan bagi mereka yang berminat boleh menurunkan tandatangan di laman web Petition Online.Walaupun sudah pasti kerajaan tidak mengendahkan segala macam petisyen tapi sekurang-kurangnya ada juga usaha yang dilakukan daripada tidak melakukan apa-apa.
Aku tak tahu ini kali berapa aku cakap tapi aku nak cakap lagi.Kepada mereka yang taat, setia, patuh, apa lagi? menjunjung? kerajaan sekarang.Aku harap kamu semua tak bising mengenai kenaikan harga minyak dan aku harap kamu semua suka hati dengan keputusan kerajaan.
Laporan berkaitan perarakan aman bantah isu minyak kini di Malaysiakini - http://malaysiakini.com/news/84464
Pemberitahuan*
14 Jun, 9.30 malam.Al-Murysidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, ADUN Chempaka, YB Iskandar, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobala Krishnan akan turun ke Padang MPAJ, Pandan Indah.Ayuh ke sana.

Tatkala kau, kau dan kau *sambung menuding jari baca entri ini, ketahuilah bahawa aku sedang merana akibat ke’slow’an Streamyx yang melemahkan aku untuk duduk di hadapan monitor Samsung untuk melakukan rutin biasa - Internet’ing
Ini bukan kali pertama, kedua atau ketiga tapi dah berkali-kali aku sabar dengan kerenah Streamyx.Aku tahu, Streamyx bukannya manusia tapi Streamyx barang ciptaan manusia.Jadi, manusia yang terlibat silalah dengan hormat’nya meng’upgrade’ segala yang menjadi punca masalah ke’lembab’an ini.
Kepada mereka yang terlibat dalam projek NGN silalah juga percepatkan urusan tender agar pengguna Streamyx dapat melayari internet lebih laju dari yang biasa.
*Advertlets, berikan kepada aku iklan lebih.Minyak dah naik’lah Advertlets.Bolehlah ya?

Di’snap menggunakan Sony Ericsson
Satu hadiah untuk diri aku bersempena harga baru petrol.Jika hadiah yang berikan oleh Pak Lah & Kroni Inc. harga baru kepada rakyat Malaysia, maka aku hadiahkan satu lensa baru untuk diri aku.Supaya aku nampak lebih kool supaya awek-awek diluar sana akan memandang aku bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali.Frame di atas sebenarnya frame secondhand yang diperturunkan oleh ayah aku kepada aku pada 2006.Hanya manusia yang berani sahaja yang layak memakai frame seperti itu.Serius! Tak Tipu.

Bingkai di atas pula ditempah semalam bersama Aizat.Pulang saja dari Lowyat terus ke kedai cermin mata.Merasakan diri sudah begitu bosan dengan bingkai lama.Hanya tukar lensa sahaja.Alhamdulillah, kuasa (power) mata aku masih sama seperti dulu.Tak naik.Tapi tetap tebal.Ada tak tips untuk memulihkan penglihatan.Salah satu’nya makan lobak merah, lagi?
*Lagi sekali kumpulan wang simpanan aku untuk membeli aksesori tambahan utk D-SLR aku semakin kurang.Maybe next time, tunggu dapat MARA.Akakakaka!

Dalam perjalanan pulang aku ke rumah dari Bukit Indah, aku pelik kenapa banyak kereta queue panjang di stesen minyak.Mak aku pun hairan kenapa situasi begini berlaku.Kami sudah terbayang-bayang adakah harga petrol akan berubah jam 12 malam ini.Aku menelefon ayah aku dan ayah aku sendiri memberitahu harga petrol naik sebanyak RM0.78 sen.Sampai di rumah, aku terus melayari laman web kegemaran untuk memastikan khabar yang diterima - MalaysiaKini.com
Tipulah kalau aku gembira dengan khabar berita kenaikkan harga minyak.Aku sendiri merungut dengan keputusan kerajaan.Tapi, mahu buat apa lagi? Majoriti penduduk Malaysia sudah mengundi untuk kerajaan sekarang jadi kita harus patuh kepada kerajaan sekarang dan anda-anda (yang mengundi BN) harus berpuas hati dengan tindakan kerajaan pilihan anda.
Selepas ini, aku pasti parti pembangkang akan bersuara.Aku akan tunggu semua itu..Kalau kerajaan membuat pengstrukturan semula berkaitan subsidi minyak, jadi mari kita rancang semula perbelanjaan harian kita.Jom kita praktikkan tips yang telah diberikan oleh Mohd Ismail - Tips Penjimatan Petrol (secara realistik).
Satu tips daripada aku pula, Puasa.

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 18-55mm @ 53mm
Exposure : 1/400 sec at f/5.3
Editor : Adobe Photoshop CS3
Location : Tiara Beach Resort, Port Dickson
Sudah menjadi lumrah untuk diri aku, apabila terdapat sesuatu yang jarang dapat dirasai, maka aku akan serahkan dslr ini kepada ayah aku.Hehe.Imej di atas, aku cucukkan sedikit tutorial untuk lomografi dan ala-ala fisheye.