Suara Peduli Palestin

Monthly Archive for July, 2008

Cenderamata Untuk Amerika dan Israel

IRAN NUCLEAR POLITICS MILITARY SHAHAB-3

Tatkala Malaysia dilanda masalah politik yang kelakar, negara Islam paling aku respek iaitu Iran maju setapak lagi dengan memiliki satu lagi kekuatan pertahanan negara dan ini boleh dibukti kan dengan negara itu melakukan ujian ke atas peluru berpandu Shahab-3 yang mempunyai jarak kemampuan sejauh 2,000 kilometer. Ini baru boleh dibanggakan. Bukan bangga dengan membeli jet pejuang berteknologikan negara orang dan membeli kapal selam. Serius aku katakan yang aku langsung tidak bangga. Malaysia masih lagi mengharapkan teknologi luar. Patutlah duit negara cepat habis.

Mana pergi hasil kajian angkasawan di luar bumi ? Apakah kepentingan terhadap rakyat ? Daripada menghantar angkasawan, aku rasa lebih elok jika Malaysia tubuhkan satu pusat penyelidikan untuk mengkaji bagaimana mahu mencipta senjata dan jet pejuang sendiri. Ini tidak, masih lagi mencari lubang untuk menjaja nama.

Aku memang respek dengan Iran. Aku tidak respek sama negara yang perkenalkan Islam Hadhari. Aku malu. Sibuk dengan pangkat dan nama, keselamatan rakyat belum terjamin. Kenapa aku kata belum terjamin ? Mari aku kongsikan satu cerita yang kakak aku ceritakan kepada aku.

Kakak aku pernah bekerja dengan TLDM. Ketika berada di tempat TLDM, kakak aku mengharapkan dapat melihat para parajurit negara berlatih dengan menggunakan jet pejuang. Tapi malang, majikan kakak aku memberitahu yang mereka berlatih pada waktu pagi saja, waktu petang tidak. Alasan’nya cukup mudah iaitu PANAS!.

Woi! Perang tak kenal waktu. Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak! Bila-bila boleh berlaku. Aku tak yakin dengan tahap pertahanan negara sekarang. Salahkan Najib ? Mungkin kot.

Ini Tak Boleh Jadi

Arghhhh! Tak Boleh Jadi!

“Tolong pass ke belakang.” perintah seorang fasilitator. Maka, kertas itu pun satu per satu diambil dan dihulur ke belakang.Aku sekarang sedang memegang Borang Daftar Kelab dan Persatuan. Ya! Inilah saat yang aku nanti-nantikan. Dari atas ke bawah, kiri ke kanan mata aku mencari-cari apa yang aku cari.Damn! Aku fikirkan kelab fotografi ada di tempat aku menuntut sekarang, malang sekali.

Apa barang kelab fotografi tidak ada di tempat aku menuntut sekarang. Siapakah yang menggerakkan nadi profesyen sebagai fhoutografer seperti aku ? Aku lihat ada dua orang abang fasilitator memegang DSLR jenis Canon dan Nikon, tapi di bawah mana dia bertapak ? Ini tak boleh jadi! Mungkin mereka mereka bertapak di bahagian penerbitan.Mungkin.

Kini, aku terpaksa memilih kelab dan persatuan manakah yang perlu aku daftar. Situasi begini sememangnya paling aku benci apabila pilihan utama aku langsung tidak disenaraikan.Jiwa semakin memberontak. Jadi aku tick untuk sertai Silat Cekak Hanafi, Majlis Pelajar Islam dan Junior Programmers League.

Ini tak boleh jadi.

Blogger, Penyebar Fitnah. Betulkah ?

 Pengendali blog turut sebar fitnah

YA! Sekali lagi.
Walaupun aku bukan di kalangan seperti yang disebut-sebutkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-5, tetapi sedikit sebanyak aku sendiri terkena tempiasnya. Kenapa aku sendiri terkena tempias ? Cuba kamu semua bayangkan situasi global dengan situasi sekarang. Contohnya, Amerika Syarikat dan konco-konconya termasuk Israel melabelkan orang Islam di Iraq, Palestin, Lubnan sebagai pengganas dan perkara ini membuatkan umat Islam terasa. Sama juga dengan kes blogger sebagai penyebar fitnah.

Ini menjadikan profession sebagai blogger tidak begitu dihargai sedangkan bloggerlah yang memeriahkan dunia internet Malaysia.Mahu salahkan siapa? Paklah yang membuat kenyataan? Aku pasti, mereka-mereka yang membuat fitnah ini merupakan ahli fanatik yang berfikiran bebas tanpa memikirkan akal fikiran orang lain.

Oh Ya! Mulai dari minggu depan, mungkin kekurangan sedikit entri yang akan di’publish‘. Sudah sibuk mengejar masa depan.

Duduk Diam Jadi Pemerhati Lebih Baik

Image by Deviantart

Di’sebabkan isu politik di Malaysia ini semakin chaos dengan orang itu tunding jari sini, dan orang ini tunding jari sana, di situ dan di sini. Jadi aku ada satu pengumuman khas, pastikan pengumuman ini disebarkan kepada sahabat handai sama ada mereka di pihak berhaluan kanan atau kiri.

“Dengan ini, aku jadi salah satu antara mereka yang menggelar diri mereka sebagai pemerhati bebas. Penglibatan semula saya dalam arena ini akan diberitahu kelak.”

Penat betul aku baca satu-satu kenyataan dari kedua-dua belah pihak. Kadang-kadang sokong kanan dan kadang-kadang sokong kiri. Ini tak boleh jadi, aku tak mahu menjadi seperti layang di tiup hembusan nafas yang apabila di hembus dari arah selatan akan rukuk ke arah utara. Aku harus elak perkara itu dari berlaku ke atas diri aku. Mari tunggu dan lihat apa akan jadi antara Najib VS Anwar. Ya! Perlawanan mereka sudah bermula. Paklah sudah lama menarik diri.

Walaubagaimacam mana sekali pun, err? Bagaimana pun, aku akan tetap mengikuti isu perkembangan ini tapi hanya sekadar membaca bukan membuat kritikan dan kesimpulan.

APA BARANG MINGGU ADAPTASI 12-20 JULAI ? Cis, macam mana sekarang? Aku sepatutnya jadi backup fhotografer untuk perkahwinan kakak aku pada 20 Julai, sempatkah aku?

Next entry, I’ll send my address. Hint*

Di’Tag Oleh Nazri (Lagi)

Di\'tag oleh Nazri

Aku di’tag sekali lagi oleh Nazri.

What is the most important thing in your life?
Agama, Keluarga, Sahabat, Masyarakat dan Ilmu

What is the last thing that you bought with your own money?
Air Limau berharga RM1.Beli selepas solat jumaat semalam.

Where do you wish to get married?
Semestinya dalam Malaysia, tak mahu di’luar Malaysia.

How old do you think you will be permanently owned by your love?
Insha allah, sampai akhirat.Aku serahkan kepada Allah

Are you in love?
Ya! Aku jatuh cinta pada fhotografi dan coding

Where was the last restaurant you had dinner?
Al-Rawsha, restoran makanan Lubnan.

Name the latest book that you bought?
Reader’s Digest keluaran Januari.Hahaha

What is your full name?
Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah

Do you prefer your mother or father?
Soalan apakah ini? Aku pilih dua-dua.

Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Hmmm, tiada lagi rasanya.

Christina or Britney?
Definitely YUI.

Do you do your own laundry?
Tak!

The most exciting place you want to go?
Madinah.

Hugs or kisses?
I choose nothing.

Point out 5 things about the person who tagged you. Ikhwan Nazri
Fresh graduate from Multimedia University
Project Director of Flavert Media.
Tembam.
Ada PSP.
Ada MACBOOKPRO.

8 things I am passionate about.
technology.
gadgets.
design.
photo.
people.
being a useful human.
sharing.

8 things I say too often
Hee Hee!
Ek Eley!
Hey!
Tak tahu!
Okey!
Habislah!
Oh! Yeke?
Are you sure?

8 books I’ve read recently:

Buku manual Ultra aku.

8 songs I could listen to over and over again
YUI - Summer Song.
YUI - Oh My God.
YUI - Laugh Away, versi akustik.
Beach Boys - Don’t Worry Baby.
Jack Johnson - Better Together.
Jack Johnson - Better Together, versi Hawai.
Itu saja buat masa ini.

8 things I learned last year: 2007
Jangan buat kerja separuh jalan.
Jangan suka gurau.
Jangan suka buat kerja akhir waktu.
Jangan bising dalam dewan peperiksaan.
Jangan meniru semasa periksa.
Sila beratur untuk dapatkan angka giliran.
Sila jawab soalan dengan teliti.
Jawab tag yang telah diberi.

8 people to tag
Tak mahu tag siapa-siapa.Aku sudah mengantuk.

“PEMBOHONGAN DASYAT.” kata Najib kepada media.

“HE IS A BIG LIAR.” kata Fahmi kepada media.

Yui’s New Single - Summer Song

YUI\'s Summer Song Single

Semalam, album YUI yang terbaru iaitu Summer Song telah pun dilancarkan.Misi sekarang adalah untuk memgumpul duit untuk beli yang asli.Aku kureng layan lagu-lagu ber’arena’kan barat.Aku lebih terjerumus dengan lagu-lagu arah pandang ke timur.Kalau diperhatikan lirik-liriknya, memang tak faham tapi kenapa masih ada yang berminat? Melodi’nya mungkin.

*Aku dah kata dah, mesti ada orang luar yang akan campur tangan dalam kes politik Malaysia.Tengok! Washington sudah mula menunjukkan minat terhadap Malaysia.Mahu salahkan siapa? Malam tadi aku bermimpi yang aku menghadiri ceramah Anwar Ibrahim di Masjid Negara.Huhu