
Imej di’grab dari Deviantart
Pukul 10.00 aku sudah terpacak di hadapan rumah Farhan, siot! belum siap lagi! Janji pukul 10.30 di LRT Pandan Indah. Satu SMS aku terima, “Pami, k0 dan bt0lak meh?“. Aku balas “kat umah Pahan” dan aku diberitahu yang dia berada di rumah lagi seorang kawan dan kawan itu belum siap lagi. Sama perangai seperti Farhan. Adakah aku saja yang berkobar-kobar pagi ini ? Huhu~
Destinasi kami, Mid Valley Megamall. Dari LRT Pandan Indah aku ke Bandar Tasik Selatan dan tukar untuk menggunakan KTM Komuter. Waktu itu, kali pertama aku menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Setelah 18 tahun bernafas dengan udara Kuala Lumpur dan tarikh 20.08.2008 merupakan tarikh pertama aku menjejakkan kaki ke dalam tren KTM Komuter. *terharu aku sambil air mata berlinangan di pipi.
Tiba di Mid Valley, aku pusing-pusing cuci mata. Ramai betul semalam di Mid Valley. Mungkin gara-gara cuti sekolah. Membuang masa dengan meneman Farhan beli headphone dan dua orang lagi syok sendiri jalan-jalan cuci mata. Tiba waktu makan, tiada tempat duduk di medan selera. Jadi kami pun makan McDonald dan masing-masing order menu McValue McChicken bersaiz sederhana.
Selesai makan, kami fikirkan mahu main boling, tapi memandangkan demi menjaga maruah kami tidak bermain sebab tempat boling di Mid Valley agak gelap. Aku tak suka gelap-gelap. Jadi kami pun pusing-pusing MidValley Megamall. Dalam pusing-pusing, kami ke MPH, selepas itu dua orang lagi pergi membeli beg. Siot! Aku mahu beli beg tapi beg di MidValley Megamall agak mahal’lah. Desain pun tak lawa, tak elegan dan tak inovatif sentuhan’nya.
Lebih kurang pukul 4, kami pun pulang. Dalam perjalanan menuju ke stesen KTM Komuter, aku sempat berbicara dengan Farhan berkaitan tarian shuffle yang baru aku kenal. Aku sempat tunjukkan satu skill shuffle yang aku tiru kawan aku di kolej. Agak lawak skill itu dan sebenarnya itu bukan pun skill shuffle cuma untuk dijadikan bahan gelak ketawa.
Hampir-hampir pukul 5, aku tiba di Stesen Pandan Indah. Overall agak enjoy keluar hari ini. Tapi dengan 4 orang aku rasa tak berapa best. Mungkin cuti yang akan datang boleh keluar lagi tapi dengan jumlah yang lebih besar.
Perbelanjaan semalam :
RM1.60 x 2 - Stesen Pandan Indah - Stesen Bandar Tasik Selatan
RM1.00 x 2 - Stesen Bandar Tasik Selatan - Stesen Mid Valley
RM9.90 - McValue McChicken Medium Size
Total : RM15.1