Fahmishah.com

Signifikan Kehidupan

5 Laman Web dan Blog Selalu Fahmishah Layari

March 3rd, 2008 · 15 Comments · Blogging

Aku telah di’tag’ lagi oleh blogger tempatan.Selepas Izzudin melengkapkan tag entri “apakah laman web yang selalu aku lawati?”, beliau menge’pass’kan tag tersebut kepada 5 blogger tempatan yang lain.Aku adalah salah satu dari mereka.Bertuah juga aku ya! Jadi, mari mulakan dengan lima laman web yang selalu aku kunjungi.

mail.yahoo.com
Ini wajib! Disebabkan kebanyakan emel yang aku terima tersimpan di Yahoo! Mail jadi aku selalu melayari laman web itu untuk mendapatkan emel terkini.Kalau-kalau ada “lobang-lobang” perkerjaan yang ditawarkan, entri berbayar ditolak, ada info terkini dari web yang aku daftar dan macam-macam lagi.Yahoo! Mail juga tempat nombor satu untuk para “menyepam” spam emel aku.

www.gmail.com
Gmail merupakan satu lagi laman web yang selalu aku kunjungi.Gmail merupakan satu lagi tapak di mana aku menerima emel rasmi dan peribadi.Aku tak selalu gunakan akaun Gmail semasa berdaftar di satu-satu laman web kerana aku gunakan Gmail hanya untuk tujuan blogging *buat backup daa , family, dan hosting.

www.google.com/adsense
Ini mesti! Aku pengguna Google Adsense.Taip-taip hari dan sehari sekali, aku memaksa diri aku untuk melihat berapakah pendapatan yang aku dapat melalui blogging.Kadang-kadang nilai yang diterima menggembirakan dan kadang-kadang sebaliknya.Aku bukannya pro Adsense untuk mendapat beribu-ribu ringgit dalam sebulan.

www.nuffnang.com.my
Nuffnang.Disebabkan aku merupakan pengguna atau Nuffnanger yang mendapat status Glitterati, jadi aku terpaksa untuk melihat berapakah nilai yang dijana oleh blog aku.Aku juga kadang-kadang bereksperimentasi dengan Nuffnang kerana Nuffnang menyediakan statistik ringkas dan mudah difahami.

www.advertlets.com
Aku juga pengguna Advertlets.Aku juga mahu tahu berapa ringgit atau sen aku aku dapat dalam sehari.Kadang-kadang menggembirakan dan kadang-kadang menhampakan juga.Aku sudah lama daftar dengan Advertlets.Aku sukakan iklan yang dipaparkan.

Ini pula lima blog yang selau aku kunjungi.

www.hongkiat.com
www.justkhai.com
www.azharahmad.com/blog
www.mohdismail.com
dan yang terakhir? Jeng jeng jeng…
www.irfankhairi.com

Aku akan lontarkan tag berbisa ini kepada lima blogger yang bertuah.Kepada yang tak disenaraikan, jangan merasakan diri anda tak bertuah.Cuma belum tiba masa.

ena-fuzz.blogspot.com
www.kasyah.com
www.eizil.com
www.catzer.com
www.syamsulariff.com

Selamat menjawab tag!


iklan malaysia ber'VARIASI

Tags:

15 Comments so far ↓

Leave a Comment