Suara Peduli Palestin

Amaran Pertama Untuk Karpal Singh

Karpal Singh : Bukit Gelugor MP

“Karpal Singh, kau jangan cuba persoalkan keistimewaan orang Melayu, kau jangan cuba mempersoal kuasa raja-raja Melayu, kalau kau tak berhenti, peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau, ingat kau jangan lupa ini adalah amaran pertama!”

Ha! Itu dia petikan dari surat layang berisi peluru hidup yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.Ini semua gara-gara Pengerusi DAP ini yang telah menimbulkan isu kuasa seorang sultan dalam campur tangan kuasa kerajaan negeri.Hanya disebabkan isu ini, rata-rata orang melayu bangkit menyuarakan kemarahan terhadap Karpal Singh kerana menyoalkan ketuanan seorang sultan.

Aku tidak mahu berbicara mengenai isu Karpal Singh menentang kuasa seorang sultan tapi mari aku bentangkan pendapat aku serba sedikit mengenai amaran pertama di diterima oleh Karpal Singh.Memang aku solute rakyat Malaysia yang ada semangat menegakkan keistimewaan orang melayu khususnya kuasa sultan tapi tindakan makhluk asing ini juga memperlihatkan kebodohan diri sendiri khususnya diri makhluk asing itu sendiri.

Macamlah tiada cara penyelesaian yang lain yang boleh dicapai sehinggakan mahu membuat ugutan.Bodoh juga makhluk asing ini, mahu pertahankan hak tapi berselindung di belakang tabir.Kalau betul mahu perjuangkan hak ketuanan dan keistimewaan melayu mengapa tidak mahu berdepan bersua muka dan sama-sama mencari penyelesaian sewajarnya.Ini merupakan tidakan mengikut emosi bukannya menggunakan akal.Menegakkan hak sambil mem’bogel’kan bangsa sendiri.Aku lastik nanti baru tahu.

Foto oleh FatBidin

Psst..Ragam Malaysia sekarang merupakan topik terbaru di Fahmishah.Com.Ragam Malaysia memperlihatkan keadaan semasa yang berlaku di Malaysia.Aku sedang memperbagaikan topik di Fahmishah.Com

2 Responses to “Amaran Pertama Untuk Karpal Singh”


  1. 1 chot

    bagus…pelbagaikan cerita supaya berduyun2 bloggers dtg kesini..hehe

  2. 2 Fahmishah

    Huhu.Bila visitor meningkatkat, duit pun berlambak masuk.Boleh beli L lens

Leave a Reply


Comments links could be nofollow free.