Dunia ini ada kepentingan’nya sendiri untuk mereka yang mahu mengawal dan me’monopoli semua. Laman web enjin carian sangat simple. Hanya kotak carian dan yang penting logo Google. Sangat minimal tetapi kita tak tahu apa yang sedang mereka lakukan. Seolah-olah mahu menyembunyikan operasi dan matlamat mereka untuk mempunyai semua maklumat tentang setiap manusia di atas muka bumi. Maka setiap manusia itu sudah tidak punya privasi lagi. Siapa tahu bukan ?There are trying very hard not to be evil.
Camera: Canon EOS 350D Digital
Exposure: 2.5 seconds
Aperture: f/8.0
Focal Length: 38 mm
ISO Speed: 400
The Palace of Justice or Istana Kehakiman in Malay houses the Malaysian Court of Appeal and Federal Court, which moved to Putrajaya from the Sultan Abdul Samad Building in Kuala Lumpur in the early 2000s.
Siang Jumaat yang lepas aku ke Putrajaya atas urusan dengan kerajaan Barisan Nasional bertempat di Perbadanan Putrajaya bahagian Infrastuctur ICT. Malam’nya pula aku ke Putrajaya lagi untuk night photography. Tak banyak gambar yang aku rakam’kan. Banyak membantu abang ipar untuk bermain dengan strobist.
Pagi esok’nya pula (Sabtu), aku ke sana lagi untuk merakamkan suasana Le Tour de Langkawi. Tak banyak juga foto di’rakam kerana perlumbaan basikal bukan macam perlumbaan MotoGP yang menggunakan trek yang pelumba-pelumba akan membuat pusingan.
Camera: Canon EOS 350D Digital
Exposure: 0.003 sec (1/400)
Aperture: f/5.6
Focal Length: 250mm
ISO Speed: 400
Dulu-dulu, ada dua perkara yang sentiasa bermain dalam fikiran dan menjadi persoalan hidup. Bagaimana barang berat seperti kapal boleh terapung di lautan dan kapal terbang boleh terapung di udara. Waktu itu belum pernah tahu apa itu ilmu sains. Tak tahu lagi hukum fizik seperti prinsip Archimedes dan prinsip Bernoulli. Yang pelik, tak pernah pula aku fikir dan persoalkan bagaimana basikal yang beroda dua tak jatuh apabila dikayuh. Ketika itu aku kecil lagi. Seluar dalam macam makhluk asing. Tiap-tiap petang akan tonton cerita Flashman (Super Sentai) dari Jepun. Itu dulu.
Setelah dicurahkan ilmu sedikit demi sedikit, satu per satu, peringkat demi peringkat. Segala puji bagi Allah, aku dapat jawapan yang aku fikirkan ketika aku kecil dahulu. Persoalan bagaimana kapal terbang boleh merentas benua melalui langit dan kapal besar boleh meredah lautan luas akhirnya terjawab. Ilmu fizik memberikan jawapan kepada aku.
Jadi. mengenai kenapa aku tak berfikir tentang kenderaan beroda dua seimbang ketika sedang bergerak, aku sendiri tiada alasan untuk itu. Mungkin lumrah manusia memandang serius dahulu tentang perkara yang lebih jauh dan lebih besar berbanding perkara lebih dekat atau di hadapan mata dan remeh temeh itu.
Berfikiran hadapan dan mencari jawapan tentang perkara besar itu bagus, sangat bagus. Tapi jangan lupa untuk berfikir dan mencari jawapan bagi barang yang kecil dan di depan mata. Kerana nyawa boleh melayang bila-bila masa. Malaikat maut hanya menunggu daun gugur dari pohon.
Oh ya, aku cuti satu minggu. Banyak tugasan perlu di’langsaikan. Rasa macam tak cukup satu minggu yang kolej aku beri. Banyak hal-hal sampingan perlu di’selesaikan juga. Kucar-kacir jadi’nya nak menguruskan masa dengan bijak. Tapi Allah itu Maha Bijaksana, dua puluh empat jam itu sebenarnya cukup untuk hamba’nya. Asal’kan hamba-hamba’nya mengguna’kan akal untuk mengurus, bukan dengan nafsu.
Dan Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lalu aku berada di Desaru, Johor. Menghabiskan masa hujung minggu dengan saudara-mara. Desaru tempat yang tenang dan nyaman, tapi jenuh nak pergi. Banyak juga gambar di’rakam di sana. Belum ada masa untuk foto-foto di’edit dan di’upload. Utama’kan tugasan yang penting dahulu.
The Annexe Gallery. Kuala Lumpur Dreaming & Beyond Our City : Lights & Myths Exhibition.
Kalau tak silap. Sudah dua tahun aku menjadikan fotografi sebagai hobi aku. Alhamdulillah, hobi ini masih terus berjalan dan giat berusaha untuk mencuba pelbagai bidang fotografi walaupun kelengkapan aku sangat minimal. DSLR jenis beginner, lensa asas dan dua lensa tambahan serta speedlite belum puas aku kerjakan. DSLR aku sudah menunjukkan tanda-tanda nazak. Tidak boleh lagi berfungsi dengan baik kalau aku attach‘kan dengan lensa asas (18-55mm). Aku tidak tahu sudah berapa bilangan shutter aku kerana DSLR aku tidak mempunyai features untuk melihat bilangan shutter.
Sabtu lepas, aku temankan sepupu aku dan suami beliau ke Pudu Plaza untuk membelanja’kan wang untuk hobi terbaru mereka, fotografi. Penat juga aku memerah otak untuk aku cadangkan beberapa lensa dan DSLR yang perlu dan patut dibeli sebelum itu. Kerap kali aku di’tanya lensa mana’kah yang bagus dan berpatutan . Soalan itu susah untuk aku menjawab, sebab masing-masing punya citarasa terhadap fotografi berbeda dari yang lain. Aku tanya’kan kembali kepada beliau apakah jenis foto yang ingin dirakam. Landscape, potrait, macro, atau candid ? Kalau aku memberi cadangan aku, nescaya aku akan senaraikan lensa-lensa yang aku idamkan.
Alhamdulillah, proses transaksi berjalan lancar. Terlebih bajet itu satu kepastian. Selesai semua, aku diperanan’kan untuk mencuba DSLR baru beliau. Ter’nyata aku kekok dengan Nikon. Dan di’sebabkan istilah fotografi tidak jauh berbeza, aku dapat menggunakan Nikon beliau seperti aku menggunakan DSLR aku. Cuma ada beberapa istilah pada Nikon tersebut yang aku gagal rungkaikan. Aku pesan kepada beliau agar khatam buku manual. Itu yang aku laku’kan untuk mengenal 100% DSLR aku.
Dan sepanjang dua tahun aku menggelar diri aku sebagai hobbyist photograher, ternyata aku masih dahaga’kan ilmu fotografi. Banyak lagi juzuk-juzuk fotografi yang belum aku khatam. Ilmu fotografi juga aku kongsi’kan dengan teman-teman aku di kolej. Mujur mereka pun punya minat. Sekurang-kurang ada topik yang ingin di’bualkan. Takkan hari-hari mahu bercerita tentang manifesto kerajaan yang tak pernah dipenuhi. Tak begitu?
Camera: Canon EOS 350D Digital
Exposure: 0.013 sec (1/80)
Aperture: f/2.8
Focal Length: 50mm
ISO Speed: 800
Jonker Street, today called Jalan Hang Jebat, was the name street through Malacca town, in what is today the core zone of the Malacca Unesco World Heritage Site. The name jonker is said to mean “junk”, referring to the Chinese vessals. Jonker Street was where the different Chinese clans had their clan associations. Among them, the Hokkiens established theirs in 1837, along with the clan associations of the Tan, Lee, and other clans. Most of the shophouses along Jonker Street date to the early part of the 20th century, although some goes back to the 19th century. Today Jonker Street is the venue of the weekly Jonker Walk Night Market.
First attempt to night street shooting in Malacca. Wonderful experience for me as hobbyist photographer. More on Flickr.
Quite busy this week. Lot of things need to be done and submit to lecturers. Need to prepare myself for interview session, making report, study and bla bla bla. O God, please give me strength.
Hari ini 31 Januari bermakna kita telah pun melepasi bulan pertama pada tahun 2010. Ini bermakna ada lagi 334 hari untuk menutup tirai 2010. Satu jangka masa yang agak lama kalau difikirkan logik akal, hakikat’nya 334 hari itu sangat singkat.
Alhamdulillah, bulan pertama 2010 ini aku tempuhi dengan hati yang terbuka, fikiran yang bebas. Tanpa anasir-anasir negatif yang merasuk pemikiran aku. Halangan’nya sekarang, bolehkah aku bertahan untuk kekal positif sehingga hari yang ke-365 nanti? Aku harap aku mampu lakukan’nya.
Aku memohon kepada Allah agar dikuatkan kudrat diri ini untuk terus berkhidmat untuk diri sendiri dan orang lain. Aku juga memohon agar dada ini dilapangkan, hati diberi petunjuk, akal boleh berfikir secara waras dan rasional sejajar kehendak Islam.
Tapi itulah, apa yang diharapkan menjadi kadang-kadang tidak menjadi. Apa yang diminta agar dijauhkan kadang-kadang terjadi pula depan mata. Kita hanya sekadar perancang maha kecil berbanding Dia yang merupakan perancang maha agung dan maha bijaksana di atas sana. Apa yang terjadi ada baik untuk diri sendiri. Itu yang penting. Tidak’lah Dia menjadikan sesuatu itu melainkan untuk kita berfikir dan kembali kepada Dia.
p/s: Fahmishah.com kini boleh dibaca dengan mobile mode. Sila ke bahagian footer untuk mencuba. Pengguna telefon bimbit akan automatik ke mobile mode jika membuka blog ini.