Monthly Archives: November 2009

Jom Membaca

Demi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan rakyat, maka beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir aku, aku sudah pun hadiah’kan diri aku dua buah buku untuk aku baca untuk cuti semester kali ini. Dan dua buku tersebut ialah 1515 oleh Faisal Tehrani dan Pengembaraan Ibnu Battuta oleh Rose E. Dunn. Terima kasih UjanaIlmu [...]

Salam Eidul Adha 1430H/2009M

Seperti yang di’nyatakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia minggu lepas, 10 Zulhijjah 1430H jatuh pada hari Jumaat ini, 27 November 2009. Oleh yang demikian, aku , Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha, selamat menjalankan ibadah korban, dan sama-sama kita do’akan agar jemaah haji pada tahun ini, haji mereka diterima Allah.
p/s: [...]

Kehidupan Aku #14

Alhamdulillah, baru usai segala peperiksaan yang melebamkan mata. Mengharapkan keputusan yang baik itu sudah pasti. 23 haribulan nanti, ada presentation untuk subjek MNGT 170 : Introduction to Business & Management. Aku ditugaskan menjawat jawatan Pengarah Pemasaran (Marketing Manager) Masih pening menyusun produk dan cara pengiklanan yang efektif lagi efisyen. Insya Allah lepas prensentation nanti aru [...]

Pandang Pertama Google Wave

Terima kasih kepada Marvin Lee kerana sudi menjemput aku untuk menjadi salah seorang pengguna Google Wave. Disebabkan aku baru saja menggunakan Google Wave, jadi pengetahuan aku tentang Google Wave memang kosong. Terpaksa meriki-riki blog-blog yang menawarkan informasi tentang Google Wave. Alhamdulillah, dapat Tweet buat pertama kali dari Google Wave.
Kepada yang masih menunggu untuk dapatkan jemputan [...]

Ólafur Arnalds – Ljósið (Official Music Video)

Ólafur Arnalds – Ljósið (Official Music Video) from Erased Tapes on Vimeo.
Video yang menarik. Grafik mengikut alunan instrumen. Sangat menenangkan dan aku sangat suka dengan irama muzik macam ini. Memberi inspirasi.