Hari ini 31 Januari bermakna kita telah pun melepasi bulan pertama pada tahun 2010. Ini bermakna ada lagi 334 hari untuk menutup tirai 2010. Satu jangka masa yang agak lama kalau difikirkan logik akal, hakikat’nya 334 hari itu sangat singkat.
Alhamdulillah, bulan pertama 2010 ini aku tempuhi dengan hati yang terbuka, fikiran yang bebas. Tanpa anasir-anasir negatif yang merasuk pemikiran aku. Halangan’nya sekarang, bolehkah aku bertahan untuk kekal positif sehingga hari yang ke-365 nanti? Aku harap aku mampu lakukan’nya.
Aku memohon kepada Allah agar dikuatkan kudrat diri ini untuk terus berkhidmat untuk diri sendiri dan orang lain. Aku juga memohon agar dada ini dilapangkan, hati diberi petunjuk, akal boleh berfikir secara waras dan rasional sejajar kehendak Islam.
Tapi itulah, apa yang diharapkan menjadi kadang-kadang tidak menjadi. Apa yang diminta agar dijauhkan kadang-kadang terjadi pula depan mata. Kita hanya sekadar perancang maha kecil berbanding Dia yang merupakan perancang maha agung dan maha bijaksana di atas sana. Apa yang terjadi ada baik untuk diri sendiri. Itu yang penting. Tidak’lah Dia menjadikan sesuatu itu melainkan untuk kita berfikir dan kembali kepada Dia.
p/s: Fahmishah.com kini boleh dibaca dengan mobile mode. Sila ke bahagian footer untuk mencuba. Pengguna telefon bimbit akan automatik ke mobile mode jika membuka blog ini.
