Left4Dead

Left4Dead

Sebelum cerita panjang, aku awal-awal bagi kredit untuk permainan Left4Dead yang berjaya menempa sejarah sebagai permainan pertama yang berjaya buat aku terlompat dari cangkungan aku. Gila betul!

Left4Dead, keluaran kompeni Valve merupakan game tembak-menembak antara 4 orang survivor di mana semua orang ketika itu telah menghidap virus anjing gila. Bahasa keras dia zombi. Bila dan kata ada zombi, jadi 4 orang ini tadi perlu’lah menghadapi zombi-zombi terbabit demi menyelamatkan diri. Zombi dia pula bukan sebarangan punya zombi, ada 4 zombi yang extraordinary kelebihan dia.

Baru berapa hari main Left4Dead, aku rasa addict tapi kecewa. PC aku game paling canggih boleh main pun Counter-Strike ini’kan lagi game yang the super-duper bestestest. Kalau nak main, terpaksa buat muka sedih dengan nada yang agak perlahan untuk pinjam laptop kawan kolej demi Left4Dead. Nak upgrade PC, kesian kat 350D aku ni ha!.

Dan setiap kali dengar berita kawan kolej main Left4Dead beramai-ramai, aku akan down (baca: touching, kecewa) kerana tak dapat tunjukkan kehebatan aku tembak tak kena zombi.

5 Comments

  1. Posted 8 February 2009 at 8:32 PM | Permalink

    Wahahaha. Aku dah lama tak main game. Wahahaha.

  2. Naz
    Posted 8 February 2009 at 8:35 PM | Permalink

    wakaka. Asal touching lak. lek la. aku lagi tension laptop aku nye grafik card problem x dpt men.

  3. susu
    Posted 8 February 2009 at 8:54 PM | Permalink

    gile best game neh.
    tp pendrive aku xmuat nak msuk

  4. Posted 11 February 2009 at 8:44 AM | Permalink

    Aku pun dah lama tak main game. Hu3. Last main pun Red Alert 3.

  5. Posted 11 February 2009 at 11:57 PM | Permalink

    #AzharAhmad, baru perasan kau dah blogging semula.

    #Naz, sekurang-kurang laptop kau canggih manggih dari aku.

    #Susu, 4 GB kot!

    #Cypherhackz, sejak ada DSLR memang tak terlayan game

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

*
*