Oh! Aku sudah 19 rupa’nya

Saya sudah 19 tahun

Ok! Hari ini secara rasmi aku 19 tahun. Alhamdulillah atas karuniaan rezeki, kesihatan tubuh badan, akal yang masih cergas, ilmu yang makin bertambah. Terima kasih juga kepada mereka yang tak lupa nak mengucapkan selamat untuk aku.

Tadi aku ke Jusco Taman Maluri bersama Encik Nazmi. Konon nak beli sehelai dua baju untuk hadiah diri sendiri. Tapi terbantut sebab 17 haribulan nanti baru sale. Jadi kena tunggu 5 hari lagi untuk dapatkan harga murah. Aku cuma beli penimbang berat tadi.

Apa pun, aku sekarang 19 tahun. Lagi setahun aku jadi 20 tahun. Oh! Makin dewasa aku. Semoga diri dapat menjadi yang terbaik dari tahun-tahun sebelum, semoga tercapai apa yang dicita-citakan, semoga bertambah rezeki yang halal, semoga bertambah ilmu di dada, semoga menjadi anak yang soleh, menjadi hamba yang taat dan selamat dunia dan akhirat. Dan dapat membezakan kiri dan kanan. Haha! Aku ada penyakit nak bezakan kiri dengan kanan.

p/s: Nazmi beli dumbell, benci aku. Nanti otot-otot lengan dia timbul.

7 Comments

  1. Posted 12 July 2009 at 3:59 PM | Permalink

    Selamat hari tua… Dah umur 19 tahun belum boleh masuk kelab lagi ni. Tunggu umur 23 tahun baru boleh.

  2. Posted 12 July 2009 at 4:25 PM | Permalink

    fahmi dah nak kahwing!

  3. Posted 12 July 2009 at 8:56 PM | Permalink

    dah buleh kawen dah kawan aku. selamat hari tua. warga tua teras masyarakat. haha ;p

  4. Posted 13 July 2009 at 12:30 AM | Permalink

    nazmi tu bakal body builder nt.

  5. Posted 13 July 2009 at 6:46 PM | Permalink

    selamat hari lahir… bergembiralah semasa umur masih belasan tahun, hehehe… nanti dah masuk angka puluhan… dah tak berapa syiok… semoga panjang usia dan murah rezeki

  6. Posted 14 July 2009 at 3:48 AM | Permalink

    slamat ari lahir.. epy 19th.. smoga panjang umo n dmurahkan rezki.. lama tak lawat blog ko hehehe

  7. Posted 15 July 2009 at 4:38 PM | Permalink

    Terima kasih semua.

One Trackback

  1. By Padini Biru on 19 July 2009 at 3:51 PM

    [...] dendam minggu lepas sebab tak kesempatan nak beli baju baru dengan Nazmi di Jusco Taman Maluri (rujuk sini), jadi sekali lagi aku bersama Nazmi pergi ke lokasi yang sama. Dengar khabar Sales di Jusco Taman [...]

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

*
*