Padini Biru

Padini Biru Demi membalas dendam minggu lepas sebab tak kesempatan nak beli baju baru dengan Nazmi di Jusco Taman Maluri (rujuk sini), jadi sekali lagi aku bersama Nazmi pergi ke lokasi yang sama. Dengar khabar Sales di Jusco Taman Maluri dah bermula.

Minggu lepas dah sasar nak beli Seed. Aku minat betul dengan baju putih yang satu tu. Tapi baju tadi tak ada diskaun. Baju lain ada diskaun. Kami hampa.

Jadi aku dengan Nazmi pergi ke Padini. Dari jauh dah nampak dia tulis diskaun 50%. Nazmi dah sasar nak beli dua baju. Aku pilih baju warna ungu, tapi tak ada saiz. Hampa sekali lagi. Aku belek-belek lagi kat Padini, jadi aku pun terus ambil satu Padini biru dan terus cuba dalam fitting room. Posing kiri posing kanan, memuaskan. Tapi baju biru yang ini tak ada diskaun dan nak sedapkan hati punya pasal. Bayar saja’lah. Harga baju aku dengan baju Nazmi tak banyak beza pun.

Selepas Jusco Taman Maluri, aku pecut motorsikal aku ke Lowyat. Jangan beli printer Epson. Banyak cerewet.

Dan, esok aku dengan Nazmi ke kolej dengan nafas baru.

Entri berkaitan? Anda mungkin berminat

Comment (RSS)  |  Trackback

3 Comments

  1. emptyspace says:

    huiyo, aku dah kerja pun tak pakai baju padini

  2. farid says:

    Peh!! Baju baru.

  3. Fahmishah says:

    Er, berkat duit pinjaman.

Leave a Reply