Camera: Canon EOS 350D Digital
Exposure: 0.033 sec (1/30)
Aperture: f/4.0
Focal Length: 50mm + Raynox DC-250
ISO Speed: 100
Aku bukan’lah fotografer yang menjadikan fotografi sebagai punca rezeki dan bukan pula fotografer sebagai profesion aku. Tapi aku fotografer picisan yang masih belajar yang mahu menjadi generalist photographer. Bukan seperti Saiful Nang, yang menjadikan perkahwinan sebagai kepakaran beliau. Dan bukan juga menjadi’kan kandid jalanan sebagai kepakaran aku seperti Chot. Aku hanya’lah hobbyist photographer yang mahu mencuba semua cabang seni dalam fotografi. Dari pekahwinan, makro, kandid jalanan, komersial, hidupan liar dan sebagai’nya.
Tiga minggu lepas, aku teman si Nazmi kawan aku membeli digital SLR baru. Dia sudah lama mengidam menggantung digital SLR di leher. Sempat juga aku mengeluarkan dana untuk membeli macro adapter keluaran Raynox. Raynox DC-250 menjadi pilihan hati untuk menangkap gambar objek-objek kecil. Dua tiga kali juga fikir nak melayangkan duit untuk mendapatkan Raynox DC-250. Dari tahun lepas lagi sudah mengidam, cuma tidak punya masa untuk ke Pudu Plaza.
Dan petang tadi, sempat aku ke luar rumah untuk mencari bunga-bunga sebagai permulaan aku menceburi bab makro dalam fotografi. Setelah beberapa petikan shutter, boleh tahan lenguh juga tangan, tengkuk dan kaki. Baru aku tahu yang fotografi makro ini sungguh mencabar. Aku memang salute fotografer-fotografer yang sudah lama ber’makro dengan Raynox DC-250 sebab mampu memasang kuda-kuda dan punyai tangan yang mampu menahan agar tidak bergegar kamera. Lebih-lebih lagi kepada yang menggunakan macro adapter seperti aku yang terpaksa mendekatkan diri dengan subjek.
Apa pun, macro photography ini sangat menarik dan mencabar. Sebelum masa untuk kesibukan datang melanda untuk semester kali ini, lebih baik aku cepat-cepat keluar ke tempat-tempat yang menarik untuk ber’makro.


7 Comments
erm, ok ke raynox ni? berapa ko angkat? murah tak?
Raynox ni macam close-up filter, kena dekat dengan subjek dan tangan kena steady. tak macam dedicated macro lens yang boleh berdiri jauh dari subjek. aku beli RM280.
hello and salam bro fahminshah! nice macro you have above.. color pun nice! nampak macam abstract art dah!
terima kasih nono, saja-saja. mahu cuba makro.
fahmi, hobi kite same la… haha..
tapi aku xde lagi dslr… amik pic ngn kamera kompak je…
T__T
ade sape2 nk taja 1 dslr untuk pisyek???
hehe…
Aku dulu pun bermula dengan kamera kompak. Bila sudah ada tajaan untuk beli DSLR, aku pun guna DSLR. Sekarang kamera kompak pun seakan-akan DSLR.
pinjam pinjam..