Di’Tag Oleh Nazri (Lagi)
Saturday July 05th 2008, 1:41 am
Kategori : Aku

Di\'tag oleh Nazri

Aku di’tag sekali lagi oleh Nazri.

What is the most important thing in your life?
Agama, Keluarga, Sahabat, Masyarakat dan Ilmu

What is the last thing that you bought with your own money?
Air Limau berharga RM1.Beli selepas solat jumaat semalam.

Where do you wish to get married?
Semestinya dalam Malaysia, tak mahu di’luar Malaysia.

How old do you think you will be permanently owned by your love?
Insha allah, sampai akhirat.Aku serahkan kepada Allah

Are you in love?
Ya! Aku jatuh cinta pada fhotografi dan coding

Where was the last restaurant you had dinner?
Al-Rawsha, restoran makanan Lubnan.

Name the latest book that you bought?
Reader’s Digest keluaran Januari.Hahaha

What is your full name?
Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah

Do you prefer your mother or father?
Soalan apakah ini? Aku pilih dua-dua.

Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Hmmm, tiada lagi rasanya.

Christina or Britney?
Definitely YUI.

Do you do your own laundry?
Tak!

The most exciting place you want to go?
Madinah.

Hugs or kisses?
I choose nothing.

Point out 5 things about the person who tagged you. Ikhwan Nazri

Fresh graduate from Multimedia University
Project Director of Flavert Media.
Tembam.
Ada PSP.
Ada MACBOOKPRO.

8 things I am passionate about.

technology.
gadgets.
design.
photo.
people.
being a useful human.
sharing.

8 things I say too often

Hee Hee!
Ek Eley!
Hey!
Tak tahu!
Okey!
Habislah!
Oh! Yeke?
Are you sure?

8 books I’ve read recently:

Buku manual Ultra aku.

8 songs I could listen to over and over again

YUI - Summer Song.
YUI - Oh My God.
YUI - Laugh Away, versi akustik.
Beach Boys - Don’t Worry Baby.
Jack Johnson - Better Together.
Jack Johnson - Better Together, versi Hawai.
Itu saja buat masa ini.

8 things I learned last year: 2007

Jangan buat kerja separuh jalan.
Jangan suka gurau.
Jangan suka buat kerja akhir waktu.
Jangan bising dalam dewan peperiksaan.
Jangan meniru semasa periksa.
Sila beratur untuk dapatkan angka giliran.
Sila jawab soalan dengan teliti.
Jawab tag yang telah diberi.

8 people to tag
Tak mahu tag siapa-siapa.Aku sudah mengantuk.

“PEMBOHONGAN DASYAT.” kata Najib kepada media.

“HE IS A BIG LIAR.” kata Fahmi kepada media.



Yui’s New Single - Summer Song
Thursday July 03rd 2008, 12:01 pm
Kategori : Aku, Layan

YUI\'s Summer Song Single

Semalam, album YUI yang terbaru iaitu Summer Song telah pun dilancarkan.Misi sekarang adalah untuk memgumpul duit untuk beli yang asli.Aku kureng layan lagu-lagu ber’arena’kan barat.Aku lebih terjerumus dengan lagu-lagu arah pandang ke timur.Kalau diperhatikan lirik-liriknya, memang tak faham tapi kenapa masih ada yang berminat? Melodi’nya mungkin.

*Aku dah kata dah, mesti ada orang luar yang akan campur tangan dalam kes politik Malaysia.Tengok! Washington sudah mula menunjukkan minat terhadap Malaysia.Mahu salahkan siapa? Malam tadi aku bermimpi yang aku menghadiri ceramah Anwar Ibrahim di Masjid Negara.Huhu



Kronologi “Berubah Kepada Yang Lebih Mantap”
Monday June 30th 2008, 1:44 pm
Kategori : Aku, Fhotografi

Kronologi \" Berubah kepada yang lebih mantap ! \"

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meng’reveal apa yang aku begitu rahsiakan pada entri lepas.Bukan D3 yang aku beli, tetapi sebuah pacuan cahaya yang aku namakan Ultra. *gara-gara mengikut gaya hidup Nazri yang menamakan gajet-gajet beliau.

Aku minta maaf’lah kepada sesiapa yang assume aku lompat parti jenama dari Canon ke Nikon dan juga mereka yang assume aku beli D3, ini gara-gara komen Wan Fauzan.Aku tak niat langsung mahu beli D3, walaupun orang paksa aku beli, aku tetap takkan beli.Har Har Har.

Apabila membaca buku manual Ultra aku, rasa macam aku beli 350D aku masa mula-mula.Buat masa ini, aku cuma menggunakan mode automatik kerana kompeliketed’nya Ultra aku ini.Tapi jangan risau, sejatuh-jatuh kanak-kanak naik basikal, lama-lama jadi pelumba basikal akhirnya.

Mr.A : Bolehlah kurang lagi.
Mr.B: Tak bolehlah, nanti bos potong gaji saya.
Mr.A : Biarlah dia potong.Takda rugi maa.Pleezz lah, best price.
Mr.B : Ok’lah, last price ha!
Mr.A : Tak mahu’lah plastik Canon, saya sudah ada.Kasi Nikon punya.Haaa!
M.B : Okeh2..



Berubah Kepada Yang Lebih Mantap
Saturday June 28th 2008, 10:49 pm
Kategori : Aku

Nikon ?

Imej di atas di’capture menggunakan kamera SLR jenis digital.Mahu liputan yang lebih lanjut? Sila pastikan kamu semua sentiasa ke blog ini untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.Sila jangan marah aku wahai geng Canon, semua orang ada citarasa masing-masing.Stay tuned guys!

Antara perbualan semasa di salah sebuah kedai fhotografi.

Mr.A : Bolehlah kurang lagi.
Mr.B: Tak bolehlah, nanti bos potong gaji saya.
Mr.A : Biarlah dia potong.Takda rugi maa.Pleezz lah, best price.
Mr.B : Ok’lah, last price ha!

Done!



Kehidupan Aku #8
Friday June 20th 2008, 9:03 pm
Kategori : Aku

Dua orang khusyuk mendengar ucapan Timbalan Menteri Pelajaran

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 55-250mm @ 208mm
Exposure : 1/100 sec at f/5.6
Editor : Adobe Photoshop CS3
Location : Sek.Men.Keb Pandan Indah

Gambar yang aku shoot untuk Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran ke SMKPI belum aku serah kepada guru aku.Mungkin dia sudah membebel macam-macam.Yelah! Servis dah dibayar tapi bahan tak dapat lagi.Apa barang aku nih! Nak kata sibuk, tak juga dan nak kata senang, tak juga.

Dana Google Adsense aku saban hari semakin meningkat.Cuma, sejak tragedi “crashing of database” yang memaksa aku shutdown blog bahasa inggeris aku - www.tebaboom.org lantas melumpuhkan ekonomi aku.Cis! Semakin lambatlah masa untuk aku grab 430EX *430EX II dah keluar dan BG-E3.Gie of Silentblog telah pun mencipta satu photolog untuk tatapan umum - silentgraphy.com *domain khas tuuuu!

Sabtu lepas, padang MPAJ hampir dipenuhi oleh umat manusia tak kira Cina, India, Melayu ketika mana Tuan Guru Nik Abdul Aziz turun menyampaikan ceramah agama dan ceramah politik.Aku tak sangka junior aku yang berbangsa India pun turut ada bersama keluarga.Hidup Bangsa Malaysia! Maaflah, tiada fhoto untuk dikongsi sebab hasilnya semuanya melebihi tahap suck! dan hampir-hampir mencecah paras tahi lembut (bullshit)

Pada 23 Jun 2008 hari Isnin nanti, sekali lagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan turun ke Pandan Indah tetapi bukan di padang tapi di Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk menyampaikan ceramah.Allahu Akhbar! Pemimpin ini yang kita mahu.Pemimpin yang tahu selok-belok agama dan memberi ceramah.Bukannya berdiri di pentas dan hanya bercakap soal keduniaan.Paling cikai pun kaitkan ucapan itu dengan soal agama.Ini tidak.Cis! Mana agama kamu!

Thema Wordpress kini agak ringkas dan bersih lagi-lagi ringan *mungkin.Jika berminat untuk turut serta disenaraikan pada bahagian sidebar untuk “Blogger Malaysia” sila berikan komentar berserta alamat blog atau laman web.



Jika Aku Seorang NC University Malaya
Monday June 16th 2008, 7:29 pm
Kategori : Aku, Macam-macam

Dewan Tunku Canselor - Universiti Malaya

Ini merupakan hasil tulisan abang aku.Aku grab dari Bulletin di Friendster.

Jika aku seorang NC:

  • aku turunkan harga bayaran yuran kolej.
  • aku turunkan harga bayaran yuran pengajian.
  • aku tak akan menCATU air kepada kolej-kolej kediaman.
  • aku akan buang guard-guard yang makan gaji buta.

Sebab:

Aku akan mintak peruntukan mengikut kadar yg sesuai daripad kerajaan.Sebenarnya mereka (pemerintah) pandai membuat bisnes.Mereka tak perlu menabung.Merek hanya perlukan bisnes kotor dengan menaikkan minyak dan kelabukan kami dengan berbagai subsidi yg sebenarnya kurang enak bagi kami.Apa mereka alpa.Kami di sini ada ramai pelajar matematik tulen, statistik, komputer dan aktuari.Kami boleh mengira dengan otak, dengan jari, dengan sempoa, dengan mesin pengira, dengan komputer.Apa kamu (pemerintah) ingat kami tidak tahu membezakan atau mengintegrasikan nilai minyak yg naik VS subsidi yg kamu berikan.Jangkaan kamu meleset.Kami boleh gunakan taburan chi-square.

Subsidi yg kamu berikan tetap membawa kerugian yg besar keppda rakyat.Itu lah,siapa suruh perkenalkan matematik di Malaysia.Kan dah kena ludah oleh rakyat.Huh! jangan sangka kami sebagai mahasiswa/i subset kpd rakyat subset kepada pemerintahan kamu ini jahil tentang minyak.Kebanyakan daripada kamu-kamu (pemerintah) pun dari UM bukan? Pandai juga kamu membuat bisnes kotor.Kami juga ada rakan-rakan ambil bisnes.Lepas kamu masuk kubur.Kami pula memerintah.Kamu boleh duduk dalam kubur diam-diam.Siapa yg akan menemani keteransingan kamu? Siapa yg akan menemani kesendirian kamu di sana? Tiada siapa.Babai… (^^!) Ada sebarang bantahan? Mari-mari..

Aku penat sekarang.Malam tadi aku tidur pukul 3 pagi lebih gara-gara tak boleh lelapkan mata.Bila sudah lelap, nyamuk pula cuba menagih darah daripada aku.Mentang-mentang darah aku manis.

Pagi tadi pula, pukul 7.15 pagi sudah ke sekolah.Ada lawatan oleh timbalan menteri pelajaran.Nanti aku upload di Flickr.



Lembab’lah Lu Streamyx
Thursday June 12th 2008, 9:57 am
Kategori : Aku

Seraaaaaaangg!

Tatkala kau, kau dan kau *sambung menuding jari baca entri ini, ketahuilah bahawa aku sedang merana akibat ke’slow’an Streamyx yang melemahkan aku untuk duduk di hadapan monitor Samsung untuk melakukan rutin biasa - Internet’ing

Ini bukan kali pertama, kedua atau ketiga tapi dah berkali-kali aku sabar dengan kerenah Streamyx.Aku tahu, Streamyx bukannya manusia tapi Streamyx barang ciptaan manusia.Jadi, manusia yang terlibat silalah dengan hormat’nya meng’upgrade’ segala yang menjadi punca masalah ke’lembab’an ini.

Kepada mereka yang terlibat dalam projek NGN silalah juga percepatkan urusan tender agar pengguna Streamyx dapat melayari internet lebih laju dari yang biasa.

*Advertlets, berikan kepada aku iklan lebih.Minyak dah naik’lah Advertlets.Bolehlah ya?



Lensa Dan Body Baru
Thursday June 05th 2008, 6:49 pm
Kategori : Aku

Lensa Lama (Dua Tahun Usia\'nya)Di’snap menggunakan Sony Ericsson

Satu hadiah untuk diri aku bersempena harga baru petrol.Jika hadiah yang berikan oleh Pak Lah & Kroni Inc. harga baru kepada rakyat Malaysia, maka aku hadiahkan satu lensa baru untuk diri aku.Supaya aku nampak lebih kool supaya awek-awek diluar sana akan memandang aku bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali.Frame di atas sebenarnya frame secondhand yang diperturunkan oleh ayah aku kepada aku pada 2006.Hanya manusia yang berani sahaja yang layak memakai frame seperti itu.Serius! Tak Tipu.

Lensa Baru

Bingkai di atas pula ditempah semalam bersama Aizat.Pulang saja dari Lowyat terus ke kedai cermin mata.Merasakan diri sudah begitu bosan dengan bingkai lama.Hanya tukar lensa sahaja.Alhamdulillah, kuasa (power) mata aku masih sama seperti dulu.Tak naik.Tapi tetap tebal.Ada tak tips untuk memulihkan penglihatan.Salah satu’nya makan lobak merah, lagi?

*Lagi sekali kumpulan wang simpanan aku untuk membeli aksesori tambahan utk D-SLR aku semakin kurang.Maybe next time, tunggu dapat MARA.Akakakaka!