Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran Ke SMKPI
Tuesday June 17th 2008, 12:45 am
Kategori : Al Kisah, Fhotografi

Mega Biru di SMKPI

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 18-55mm @ 18mm
Exposure : 1/1000 sec at f/5.6
Editor : Adobe Photoshop CS3
Location : Sek.Men.Keb Pandan Indah

Akhirnya, fhoto yang aku shoot pagi tadi bersempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B Dato’ Ismail Bin Razali telah selamat di upload di akaun FlickR aku.Sebanyak 423 gambar berjaya dirakam dan apabila aku tapis, sebanyak 66 gambar saja yang berjaya mendapat pengesahan untuk dikongsi. - Fhoto Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran

Oh ya! Kamu semua boleh melihat video sidang media yang diadakan di sekolah aku.Aku dan kawan aku, Rabani juga ada dalam video itu.Jika mahu lihat aku, cari seorang lelaki berseluar putih, berbaju biru pada awal video - www.eduwebtv.com

*Keputusan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) tahun ini akan menjadi penentu bagi Kementerian Pelajaran untuk menetapkan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.



Customer Enquiry/Feedback @ fahmishah
Sunday May 18th 2008, 1:48 am
Kategori : Al Kisah
Dear Sir,

First of all, we would like to express our sincere appreciation for your patronage in Canon products and regret for any inconvenience caused to you.

With regards to your inquiry, we advise you to send the digital camera to our Customer Care Centre in Shah Alam for further checking. Upon receivable of your camera, please allow approximately 1 week for us to revert to you on the status of repair and charges (if any) and we could only quote you on the actual cost of repair after our technician has checked the camera. Our address as stated below.

Please be informed our EOS Pro Center at Berjaya Times Square do not service or repair DSLR models.

Canon Marketing (M) Sdn Bhd
Block D,Peremba Square
Saujana Resort
Sec U2,40150
Shah Alam.
Tel: 603-7844-6000 / 603-7844-8333
Time:8.30am-5.30pm(Monday-Friday)
Counter open for collection and registration at 5.30pm to 8.00pm.

or alternatively, you may also send to our KLCC Concept Store, Canon Lifestyle Concept Store at Midvalley or Canon Brand Store at Curve ( address as stated below). Then they will then make the necessary arrangement to send your camera to our office in Shah Alam for service.

CANON LIFESTYLE CONCEPT STORE
KLCC, Kuala Lumpur
L329, Level 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Center,
50088 Kuala Lumpur.
Tel: 603-21662382, 603-21666813
Fax: 603-21711763, 603-21712631
(Business Hours: 10am to 10pm)

Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
Lot S051, 2nd Floor, Mid Valley Megamall,
Lingkaran Syed Putra, 50088 Kuala Lumpur.
Tel : 603-22827037
(Business Hours: 10am to 10pm)

The Curve, Kuala Lumpur
G59, The Curve,
No 6 Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya
Tel: 603-77107112
Fax: 603-77272540
(Business Hours: 11am to 10pm)

Should you require further clarification, please do not hesitate to contact the undersigned.
Have a nice day ahead.

“Delighting You Always”

Best Regards,
Ms Shanty
Canon Marketing (M) SB
Market Engineering Division
DID: 603 7844 8333
Fax: 603 7844 8222
E-mail: shanty@cmm.canon.com.my

350D kini dalam wad ICU.Harap-harap cepat sembuh.



Pergi Basah, Balik Pun Basah
Wednesday April 02nd 2008, 8:11 pm
Kategori : Al Kisah

Safari

Hanya semata-mata mahu pergi ke tempat yang belum pernah kami jejak, jadi kami terus menghala dari stesen minyak Petronas menuju ke Damansara.Destinasi utama kami pada petang itu hanya tertumpu pada Ikano Power Centre yang di dalamnya terletak Safari.Tempat haiwan perliharaan.

Sampai separuh jalan lagi untuk tiba di Ikano, hujan turun dengan lebat.Sempat juga berhenti di bahu jalan untuk mengenakan pakaian kalis air masing-masing.Air hujan bertubi-tubi menghujani muka aku kerana aku hanya ber’helmet’kan tanpa viser.Ya! Tanpa viser.Tajam sungguh air hujan.Rabani dan Azwan sudah kusup bahagian bawah.Aku tak sangat kerana aku memakai baju hujan yang menutup peha aku.Rabani dan Azwan basah kuyup bahagian bawah.

Tiba di Ikano, kami menapak menuju ke tingkat paling atas.Kami sempat menjamah mata kami dengan ikan-ikan yang belum pernah di lihat, haiwan-haiwan yang comel seperti arnab dan hamster.Sempat melihat ular, katak, labah-labah, burung.Boleh tahan juga tempat seperti ini.Semua haiwan dijaga dengan baik lebih-lebih lagi ikan yang berstatus ikan laut.Memang aku minat ikan, tapi hanya sekadar minat.Aku lebih suka haiwan yang berbulu.Kucing dan Hamster.Nanti mahu beli satu.

Hampir 30 minit di Safari, kami pun menapak ke Popular.Kedai buku yang tak asing lagi.Sempat melihat beberapa buah buku.Mahu beli, tapi tak berduit.Hanya sempat membelek tajuk dan isi kandungan sepintas langsung.Asar sudah masuk.Jadi kami pun ke IKEA untuk menunaikan solat Asar.Sejuk suarau IKEA.

Usai solat, kami menuju ke Dunkin’s Donut.Azwan dan Rabani beli, aku tak beli.Tiada selera untuk makan .Nasi dirumah pun belum dijamah tengah hari tadi.*Sebenarnya mahu jaga badan.

Jam menunjukkan lebih kurang pukul lima setengah petang, terus mengenakan pakaian hujan.Mula-mula pakai sebab sejuk tapi memang patut kami pakai sebab hujan lebat di luar.Sekali lagi kami terpaksa meredah hujan yang lebat di lebuhraya semata-mata mahu sampai di rumah.Tersilap masuk jalan, jadi terpaksa meredah kesesakan trafik.

Aku sampai di rumah pukul enam lebih.Dari rumah aku ke Ikano, satu jam diperuntukkan kerana sesat untuk mencari jalan masuk ke Ikano.Dari Ikano ke rumah aku pun mangambil masa yang sama.Pergi hujan, balik pun hujan.Kaki dan lenguh.Nak tonton I Am Legend.Jom!

Lain kali’lah yek..!



Pesan Seorang Pengetua
Thursday March 20th 2008, 3:29 pm
Kategori : Aku, Al Kisah

Pesan Seorang Pengetua

Semalam petang, aku, Rabani dan Azwan melakukan rutin seperti biasa.Pergi ke sekolah lama dan mencari guru untuk menemu duga beberapa orang guru.Menemu duga beberapa orang guru “veteran” yang telah lama berkhidmat bersama pengetua untuk sekolah merupakan salah satu agenda yang akan dimuatkan dalam dokumentari sempena persaraan pengetua pada bulan Julai-Ogos nanti.Penat juga bila difikirkan apabila menjalankan projek ini tetapi bagi aku inilah usaha kecil aku yang dapat aku berikan untuk Pn Hjh Zakiah Bt Md Lassim.

Dipendekkan cerita, selepas keluar dari pejabat sekolah, aku, Rabani dan Azwan terserempak dengan pengetua dan beliau berkata lebih kurang begini “Cikgu ada air sembahyang, cikgu nak sembahyang, lepas ni jumpa cikgu ya”.Aku, Rabani dan Azwan terus ke pondok untuk memberi masa kepada pengetua.Kami sempat berbual mengenai pelbagai topik dan kami sempat melihat beberapa ekor ayam disembelih di sebelah sekolah.Kemudian, perut memberi isyarat supaya kami bergerak ke kantin.Aku sempat menjamah sandwich berserta air kacang soya, Rabani makan roti sosej, Azwan tak makan apa-apa.Sedang leka berbual, tiba-tiba Rabani terus berkata “Pengetua!”.Sah! Kami memang lupa dengan pesanan pengetua.Berapa lama agaknya pengetua tunggu kami.Aduh

Tiba di bilik pengetua, pengetua mengajukan satu soalan “Mengapa lambat?” Rabani yang mendahului jalan memberikan jawapan sambil tersenyum.Pengetua ketika itu telah siap sedia untuk pulang.Jam lebih kurang pukul 5 begitu.Pengetua menyuruh kami bertiga duduk sambil pengetua menarik kerusi untuk duduk sekali.Maka, bermulalah cerita dari mulut pengetua sendiri.

Beliau menceritakan bagaimana suaminya bekerja, dia memberi sokongan kepada suaminya, menceritakan pengalaman beliau, menceritakan kawan beliau yang murah rezeki.Semua diceritakan kepada kami.Suasana pejabat ketika itu sudah sunyi kerana semua staf sokongan sudah pulang.Cuma kami berempat ketika itu di pejabat.Kami memang begitu rapat juga dengan pengetua kerana pernah menemu duga beliau dalam dokumentari sekolah dengan dokumentari ICT peringkat negeri Selangor.Kami juga turut ke hulur ke hilir mengambil gambar beliau sekiranya ada aktiviti yang melibatkan beliau.

Kemudian, beliau sempat memberi satu pesanan kepada kami.Pesanan’nya lebih kurang begini,

“Biar pun kamu ini selekeh *sambil tangan menunjuk ke arah kami tetapi kamu disayangi di semua tempat”

Memang aku, Rabani dan Azwan akui yang pakaian kami selekeh ketika menjalankan projek di sekolah.Tapi kami tetap slumber.Selepas itu, beliau sambung cerita sedikit.Kami khusyuk mendengar.Beberapa minit selepas itu “Okay” beliau memberi isyarat yang beliau sudah mahu pulang.Kami faham dan terus keluar dari bilik beliau sambil beliau jalan di belakang.Semasa turun tangga, beliau sempat berkata lebih kurang begini “Tapi satu, kamu bertiga badan tetap sama.Makan tidur”.Kami gelak bersama.

Aku, Rabani dan Azwan terus ke surau dan menunaikan solat Asar.Pukul 6.40 lebih kurang, kami pulang dengan semangat baru dan kata-kata seorang pengetua tetap aku ingat.Terima kasih kerana sudi membaca.

Lain kali’lah yek..!



Mahu Jalan-Jalan
Friday March 14th 2008, 8:29 am
Kategori : Al Kisah

Mahu Jalan-Jalan

Sudah beberapa kali projek “Jalan-jalan” tidak menjadi.Ada yang kerja, ada yang menghadiri kursus.Kalau tidak semalam sudah ke KLCC tetapi ada pula yang malas mahu pergi padahal dia yang mencadangkan tempat.Ada yang mahu ke Aquaria, ada yang mahu ke Petrosains.Kalau aku, aku lebih suka Aquaria kerana aku lebih suka melihat ikan-ikan yang comel.Comel ke?Ada pula yang mahu ke Petrosains sebab ada yang tak pernah pergi dan dia kata boleh main-main di sana.Kali terakhir aku ke Petrosains pada tahun 2002 dan tak tahulah kalau-kalau ada perubahan dan penambahan di Petrosains.

Aku sudah muak ke Times Square apatah lagi Pavillion yang “kosong”.Times Square boleh dikatakan sudah biasa dan Pavillion, tempat terlalu ekskusif bagi aku.Aku lebih sukakan aktiviti santai berbanding aktiviti semata-mata untuk menontong wayang.Hmmm, aku kebuntuan idea untuk pergi ke mana.Boleh bantu aku? DSLR aku sudah lapar!

Lain kali’lah yek..!

p/s: gambar di atas ditembak di Times Square.Bulan lalu.



Hujan dan Pancit
Saturday March 01st 2008, 11:40 pm
Kategori : Al Kisah

Petang tadi, aku ke Lowyat.Aku dan Rabani siap-siap memakai baju hujan.Aku tidak ada baju hujan, jadi aku “bedal” sweater yang memang tergantung dalam almari aku.Aku tak tahu siapa punya.Rembat sajalah.Memang ketika itu, hujan tak selebat mana kerana sudah setengah jam hujan.Tapi tiba-tiba hujan boleh jadi lebat sedikit ketika kami bertolak.Alhamdulillah baju aku tak basah mana cuma seluar aku yang menjadi mangsa.Depan seluar basah, belakang seluar tak basah.

Dipendekkan cerita, di hadapan Jusco Taman Maluri, motor Yamaha Lagenda milik Rabani mengalami kepancitan tayar.Aku terpaksa turun, dan Rabani terpaksa menunggang perlahan-lahan menuju ke stesen minyak Caltex.Seperti biasa, di tempat mengisi angin memang terpampang beberapa nombor telefon mudah alih yang semestinya memberikan khidmat tukar tiub.Aku dan Rabani terpaksa memilih beberapa nombor.Mahu jimat kos! Ada pakai Digi, Hotlink dan Celcom.Rabani cuba satu-satu.Kata Rabani, itu pengalaman pertama beliau kepancitan tayar dan berhenti di stesen minyak.

Alhamdulillah, satu nombor dapat dihubungi dan pemilik nombor itu memberitahu 30 minit untuk sampai ke lokasi.Peh! 30 minit bai! Aku cuba “usha-usha” di sepanjang 500 meter kalau-kalau terjumpa kedai motor.Tapi usaha aku tak mendatangkan hasil.Terpaksa’lah menunggu lebih 30 minit.Aku dan Rabani teka satu-satu motor yang lalu di hadapan stesen mintak Caltex.Hujan semakin reda ketika itu.

Satu motosikal menuju ke Caltex.Aku dan Rabani fikirkan bukan itu orangnya.Sekali, Rabani mencuit bahu aku dan memberikan isyarat.Memang itu orangnya.Dia memandang ke arah kami.Aku rasa memang kerja dia tukar alat ganti motor di jalanan kerana semua alatnya di bawa bersama.Aku dan Rabani hanya melihat dia memberikan khidmat.

Selepas 10 minit lebih kurang, selesai orang itu menggantikan tiub tayar yang ditembusi paku.Cis! Siapakah punya angkara.Aku dan Rabani terus menuju ke Times Square untuk meletakkan motosikal.Pukul 6.20 aku rasa ketika itu.Aku dan Rabani terus ke aras 8 untuk menunaikan solat Asar.

Selesai solat asar, aku menuju ke aras 10 untuk menjamu sedikit perut yang kelaparan.Menu yang aku makan ialah Nasi Ayam Stim dan Rabani pula makan Nasi Ayam Roasted.Memang kenyang.Tanpa berlengah lagi, aku dan Rabani terus ke Lowyat untuk melengkapkan misi utama kami pada hari itu.Sempat juga jalan-jalan mencuci mata melihat gajet-gajet yang hanya mampu dilihat dan tak mampu untuk dimiliki.Aku terjumpa rakan lama aku, Zulhilmi.Tak sempat berbual, dia bekerja di sana.Sibuk melayan customer yang ingin membeli laptop.

Nak mengejar Maghrib punya hal, aku dan Rabani terus bergegas ke motosikal untuk pulang ke rumah.Aku tak boleh nak sembahyang di surau Time Square kerana tak begitu selesa dengan bau.Faham-faham saja sapa yang pernah pergi bersolat di sana.Entri kali ini tiada gambar.Tak sempat.Maaf

Lain kali’lah yel…!



Kambing Senyum Production Kembali !
Tuesday February 19th 2008, 11:34 pm
Kategori : Al Kisah

Kambing Senyum Production Kembali !

Kambing Senyum Production, syarikat tidak rasmi lagi tidak berdaftar dan tidak diiktiraf kini kembali dengan projek terbaru yang bakal diterima.Jika sebelum ini hanya bekerja tanpa elaun dan hanya diberi makan minum tetapi kali ini akan bakal menerima projek berbayar.Maklumlah, kami sudah bergerak sendiri dan bukannya menerima arahan terus dari pihak sekolah kerana produksi ini telah terbatal kontraknya dengan sekolah.

Projek pertama, projek pertunangan kakak aku.Kakak aku mahu bertunang Sabtu ini.Jadi untuk menjimatkan kos, dia mengambil aku dan rakan yang lain untuk bekerja sebagai jurugambar dan juruvideo.Projek kedua pula ialah projek dokumentasi lisan.Disebabkan produksi ini pernah memikul tanggungjawab untuk menghasilkan dokumentasi ICT Peringkat Selangor, jadi guru bahasa melayu mahu mengambil produksi ini untuk menjalankan projek.Projek ketiga, projek Persaraan Pengetua SMKPI.Esok aku akan ke sekolah lama aku untuk menjalankan sesi interview bersama AJK PIBG untuk memberikan sepatah dua kepada Pengetua Pn Hjh. Zakiah Md Lassim sebagai tanda kenang-kenangan.

Aku akan lakukan satu kategori khas iaitu In Action! khas untuk perjalanan projek Kambing Senyum Production.

Bye!~



Perkelahan Orang Bujang Baru
Sunday February 10th 2008, 10:30 pm
Kategori : Al Kisah

Tasik

Entri bergambar.Gambar terpaksa ditapis kerana mempunyai aksi-aksi panas!Gambar kurang ditangkap kerana aku sendiri tiada masa nak ke hulu ke hili untuk tangkap gambar.Banyak masa dibazirkan di dalam sungai.

(more…)