Fahmishah.com Sebuah Blog Porno
Tuesday June 24th 2008, 9:07 pm
Kategori : Blogging, Macam-macam

SPAM boleh jadi\'kan aku gila

Kuala Lumpur: Blog tempatan iaitu Fahmishah.com yang dikendalikan oleh pemuda yang bernama Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah atau Fahmishah kini sedang lebat dihujani asakan spam lucah ekoran sebab-sebab yang belum ditemui. - Utusan Harian Metro Kosmopolitan

Melayu bogel, video lucah, video porno, porn video, animal sex.Yang disenaraikan itu hanya sebahagian dari keywords yang aku jumpa pada bahagian Defensio aku.Aku mula pelik, sejak bila pula laman web ini menjadi laman web yang membenarkan unsur-unsur lapan belas tahun ke atas (18SX) menceroboh dan melakukan zina kekacauan pada blog ini.Semua ini hanya membuang masa aku.Sudahlah minyak naik harga.Lagi mahu buang masa aku.Mungkin ini konspirasi kerajaan untuk melemahkan pertahanan blogger lantas memalaskan blogger untuk blogging lagi.Mungkin.Hahaha

Walaupun serangan yang aku terima dari pihak lawan tidak begitu agresif seperti yang aku terima di blog Tebaboom.Org suatu ketika dahulu.Tetapi ini sudah cukup untuk aku melakukan siasatan khas ke atas keywords berunsur lapan belas tahun ke atas (18SX) atau porno.Aku akan tubuhkan satu unit khas yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi seperti Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat.Aku akan namakan unit itu sebagai Unit Pencegah Spam Lucah.

Mana-mana blogger yang mahu turut serta dalam unit baru ini sila lapor diri untuk menjalankan tugas.Tiada gaji atau elaun diberikan walaupun kos hidup melambung tinggi.Welcome to the brotherhood.



Oh! Oh! Aku kena warning
Saturday May 03rd 2008, 9:47 pm
Kategori : Aku, Blogging

Posted: 30/04/2008 17:02
Dear Customer,

This is the first warning of illegal use of DataKL Hosting.
Please remove copyrighted materials / illegal scripts in 12 hours or your account will be terminated.
Please read our TOS and banned scripts at :

Terms of services
Banned Scripts

Files :-

/home/tebaboom/public_html/fahmishah.com/**
/home/tebaboom/public_html/**
 /home/tebaboom/public_html/tebaboom.org/**
/home/tebaboom/public_html/tebaboom.org/**

Regards,

Khairul
DataKL Network Support

Maafnya tuan rumah.Aku janji tak buat lagi.Hmmm.Tengok keadaanlah.Tak jadi janji.



Kembali Seperti Biasa
Tuesday April 22nd 2008, 10:56 pm
Kategori : Aku, Blogging

Longkah Di Hadapan Makmal STIC

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 194mm
Exposure : 0.8 sec at f/32
Editor : Adobe Lightroom & Adobe Photoshop CS3
Location : Hadapan Makmal STIC SMKPI

Alhamdulillah.Semuanya jadi seperti sedia kala.Blog bahasa inggeris aku kini akan berkhidmat untuk pembaca seperti dahulu.Blog bahasa inggeris aku akan terus memberikan aku pendapatan sampingan untuk aku.Mungkin dua tiga bulan lagi aku dapat satu Canon 580EX II atau Canon EF 50mm f/1.4 USM atau mungkin benda-benda yang menguntungkan aku dan orang lain.

Sebenarnya, aku terkejut juga masalah yang aku hadapi.Pelik juga masalah itu.Entah macam mana boleh timbul.Gara-gara aku tidak online hampir seminggu, masalah itu timbul dan menjatuhkan semangat aku untuk terus blogging.Sehinggakan aku mengambil keputusan untuk melepaskan tanggungjawab aku dari terus menyebarkan informasi teknologi dan web kepada pembaca setia.

Gara-gara akal yang dikurniakan Allah.Aku cuba untuk kali terakhir.Aku terus upload database yang bertarikhkan 9 April.Poooh! Menjadi.Semangat blogging kembali mekar.Duit sampingan akan terus-menerus dikira, dianalisi dan dibayar kepada aku.Gembira betul aku.

Tebaboom.org kini sudah menjadi salah satu hotspot untuk mendapatkan Y! Points yang dikendalikan oleh YouthMalaysia.Com.Jadi aku mengajak para pembaca sekalian ke blog aku untuk mengumpul Y! Points dengan menjawab soalan yang disediakan oleh YouthMalaysia.Semoga Berjaya



Selamat Tinggal Tebaboom.Org
Saturday April 19th 2008, 5:27 pm
Kategori : Aku, Blogging

Bata

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 250mm
Exposure : 1/80 sec at f/5.6
Editor : Adobe Lightroom

Aku sudah mula rasa malas dan bosan untuk melayari internet mencari maklumat untuk dikongsi.Aku sudah mula rasa bosan untuk membuat duit online melalui Google Adsense.Kesimpulannya, aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada blog kesayangan aku iaitu Tebaboom.org.Jika ada orang yang sudi menjaga blog aku, sila hubungi aku dan jika ada sesiapa yang mahu beli blog aku, sila hubungi aku.

Ilustrasi di atas hanya untuk tatapan umum.



5 Laman Web dan Blog Selalu Fahmishah Layari
Monday March 03rd 2008, 8:01 am
Kategori : Blogging

Aku telah di’tag’ lagi oleh blogger tempatan.Selepas Izzudin melengkapkan tag entri “apakah laman web yang selalu aku lawati?”, beliau menge’pass’kan tag tersebut kepada 5 blogger tempatan yang lain.Aku adalah salah satu dari mereka.Bertuah juga aku ya! Jadi, mari mulakan dengan lima laman web yang selalu aku kunjungi.

mail.yahoo.com
Ini wajib! Disebabkan kebanyakan emel yang aku terima tersimpan di Yahoo! Mail jadi aku selalu melayari laman web itu untuk mendapatkan emel terkini.Kalau-kalau ada “lobang-lobang” perkerjaan yang ditawarkan, entri berbayar ditolak, ada info terkini dari web yang aku daftar dan macam-macam lagi.Yahoo! Mail juga tempat nombor satu untuk para “menyepam” spam emel aku.

www.gmail.com
Gmail merupakan satu lagi laman web yang selalu aku kunjungi.Gmail merupakan satu lagi tapak di mana aku menerima emel rasmi dan peribadi.Aku tak selalu gunakan akaun Gmail semasa berdaftar di satu-satu laman web kerana aku gunakan Gmail hanya untuk tujuan blogging *buat backup daa , family, dan hosting.

www.google.com/adsense
Ini mesti! Aku pengguna Google Adsense.Taip-taip hari dan sehari sekali, aku memaksa diri aku untuk melihat berapakah pendapatan yang aku dapat melalui blogging.Kadang-kadang nilai yang diterima menggembirakan dan kadang-kadang sebaliknya.Aku bukannya pro Adsense untuk mendapat beribu-ribu ringgit dalam sebulan.

www.nuffnang.com.my
Nuffnang.Disebabkan aku merupakan pengguna atau Nuffnanger yang mendapat status Glitterati, jadi aku terpaksa untuk melihat berapakah nilai yang dijana oleh blog aku.Aku juga kadang-kadang bereksperimentasi dengan Nuffnang kerana Nuffnang menyediakan statistik ringkas dan mudah difahami.

www.advertlets.com
Aku juga pengguna Advertlets.Aku juga mahu tahu berapa ringgit atau sen aku aku dapat dalam sehari.Kadang-kadang menggembirakan dan kadang-kadang menhampakan juga.Aku sudah lama daftar dengan Advertlets.Aku sukakan iklan yang dipaparkan.

Ini pula lima blog yang selau aku kunjungi.

www.hongkiat.com
www.justkhai.com
www.azharahmad.com/blog
www.mohdismail.com
dan yang terakhir? Jeng jeng jeng…
www.irfankhairi.com

Aku akan lontarkan tag berbisa ini kepada lima blogger yang bertuah.Kepada yang tak disenaraikan, jangan merasakan diri anda tak bertuah.Cuma belum tiba masa.

ena-fuzz.blogspot.com
www.kasyah.com
www.eizil.com
www.catzer.com
www.syamsulariff.com

Selamat menjawab tag!



5 Link Kegemaran Fahmishah
Sunday March 02nd 2008, 12:01 pm
Kategori : Blogging

Semakin ramai blogger yang sudah menjawab tag 5 link kegemaran dan kini tiba masanya untuk aku menyahut tag yang dilontarkan oleh Kasyah kepada aku.Jom mulakan

www.bharian.com.my

Janganlah jadi seperti aku.Aku memang malas ke kedai untuk membeli surat khabar.Jadi aku mengambil jalan mudah untuk membaca secara online.Internet sudah ada.Tak perlu lagi pergi kedai.Oh ya! aku lebih suka membaca Berita Harian daripada membaca Utusan.Sebab? Aku sendiri tak tahu.

www.smashingmagazine.com

SmashingMagazine merupakan sumber untuk aku mendapatkan sumber informasi.Aku dapat macam-macam di sana.Ulasan, tutorial, font percuma dan banyak lagi.Boleh jadi pro kalau baca semua entri di sana.

www.seomoz.com

SEOmoz menjadi sumber nombor satu aku berkaitan Search Engine Optimization (SEO).Tak perlu bersusah payah membeli e-book yang menjanjikan kedudukan nombor satu di Google, Yahoo dan sebagainya.Pelbagai tips dan trick yang boleh didapati secara percuma yang disediakan oleh pakar-pakar SEO.Jom baca Faktor Kedudukan Enjin Pencarian Versi Ke-2 di Tebaboom.org oleh SEOmoz.

www.digg.com

Digg lagi satu sumber untuk mendapatkan informasi terkini.Digg menyediakan berita khusus berkaitan teknologi, gajet, isu semasa dan sebagainya.Kadang-kadang aku cari idea untuk blogging juga dari sana.

www.youtube.com

Youtube memang menjadi pilihan aku untuk menonton video klip.Tak kira apa pun asalkan namanya video klip.Seram, lawak, sedih semua ada.Aku juga dapat upload video klip aku sendiri.

Aku kebuntuan idea untuk menge’pass’kan tag ini.Jadi bersyukurlah anda.Hehe



Jatuh Cinta Pada K2
Saturday February 09th 2008, 2:39 pm
Kategori : Blogging

Jatuh Cinta Pada K2

Ops! Aku bukan jatuh cinta pada gunung kedua tertinggi di dunia tetapi aku cinta untuk menggunakan tema Wordpress yang diberi nama K2.Sebut saja K2, mesti ramai blogger akan fikirkan betapa hebatnya tema itu sehinggakan dikeluarkan dalam pelbagai versi dan style.Aku lihat ramai blogger yang menggunakan K2 berani mengeluarkan versi K2 tersendiri sehinggakan menjadi satu tema Wordpress terbaru.Pengaruh K2 memang besar.

Aku yang dahulunya begitu benci dengan K2 kini mencari idea untuk mengubah struktur sedikit demi sedikit agar nampak kelainan dari K2 yang asal kerana aku begitu suka menggunakan tema K2 ini.K2 membolehkan kita memilih sama ada kita inginkan satu kolum, dua atau tiga dan disertakan teknologi AJAX yang menjimatkan masa tanpa perlu load halaman berulang kali.

Kini, dua blog aku menggunakan K2 tetapi berlainan versi.Untuk Tebaboom.org, aku menggunakan K2 TechnoBlue keluaran JohnTP dan Fahmishah.com aku menggunakan K2 versi asal dan terkini cuma aku ubah sedikit struktur agar lebih menarik.

Walaupun aku sudah lama menggunakan K2 terutamanya di Tebaboom.org tapi masih belum pro untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan dalam fungsi K2.Kadang-kadang aku hiraukan saja fungsi yang disediakan.Mari ramai-ramai gunakan K2 dan anda akan disukai bagai seekor anak kucing.

K2 Release Candidate 3 Released

p/s: aku baru dapat ank kucing.tapi tak tahu dimana ibunya melahirkan dia.



Blogging Bersama Samsung SyncMaster 740BF
Wednesday January 02nd 2008, 9:52 am
Kategori : Aku, Blogging

Samsung SyncMaster 740BF

Hooray! Aku boleh mulakan blogging dengan LCD Monitor terbaru aku keluaran Samsung model SyncMaster 740BF dengan saiz 17 inci.Memang sudah lama aku berhajat ingin merasa LCD Monitor cuma tiada rezeki untuk masa lampau dan sekarang sudah pun merasai betapa best‘nya blogging dengan semangat yang baru.

Aku beli monitor terbaru ini pada 31 Disember 2007 di Imbi Plaza.Ramai memang tak ramai tapi darah membeku sekejap apabila jalan ditutup untuk parking kereta gara-gara sambutan ambang 2008 yang kononnya dilakukan secara sederhana sedangkan menyusahkan orang ramai untuk berurusan.Macam aku.

LCD Monitor sudah aku dapat.Selepas ini misi aku yang seterusnya ialah untuk menukar processor aku kepada yang lebih canggih, grafik kad yang lebih mantap, RAM yang lebih cun tak lupa juga menyumbat satu DVD Burner.Aku harap aku dapat pendapatan yang lumayan dari Advertlets, Nuffnang dan Nufflets pada tahun ini untuk aku memenuhi impian waja itu.Har Har Har.

Aku sudah ada stesen blogging baru.