Make Money Online Is Back !
Saturday February 16th 2008, 2:23 pm
Kategori : Buat Duit

Kembali Membuat Duit Online

Aku kembali membuat duit secara dalam talian atau make money online.Jentera aku kini dihidupkan kembali tetapi bukan untuk meraih undi tertinggit tetapi untuk men’double’kan pendapatkan aku.Aku mahu lebih! Aku mahu menjadi lebih rakus seperti tahun lepas.Aku mahu shopping online! Aku mahu beli apa yang aku mahu !

Sekian lama aku menyepi membuat duit online kerana aku bosan sebentar melanyak blog aku dengan entri-entri berbayar.Aku mendapat kedudukan yang boleh dibanggakan seperti mereka yang berjaya di PayPerPost.Aku pernah mencapai pendapatan sehingga 4 angka hanya melalui Blogsvertise.Aku pernah dibayar komisyen hanya kerana aku perkenalkan Text Link Ads kepada orang ramai.Aku suka ketika itu.Senarai transaksi aku di Paypal begitu cantik tersusun dengan mata wang U.S Dollar.

Sekarang, aku hanya mengharapkan media pengiklanan tempatan.Aku fikirkan aku mampu mendapat seperti mereka yang berjaya sehinggakan pihak pengiklanan berhutang dengan blogger.Namun, aku tiada rezeki.Aku terpaksa sekali lagi mencalar blog kesayangan aku dengan entri berbayar.Aku terpaksa menggunakan bakat yang aku ada untuk mengarang semula ayat-ayat unik untuk mendapat bayaran lumayan.

Aku baru saja withdraw wang PayPal aku.Aku mahu beli apa ya? Oh! Canon EOS 350D. DSLR’lah!



Buat Duit : Gaji dari PayLoadz
Friday February 01st 2008, 12:10 pm
Kategori : Buat Duit, Wow

Aku bangun awal pagi tadi, kira-kira pukul 3 pagi aku tersedar dari mimpi yang pelik.Tak perlulah aku nak cerita dengan lebih lanjut berkenaan mimpi pelik itu.Sedar-sedar, aku terus ke dapur untuk dapatkan sedikit minuman untuk membasahkan tekak.Aku terus duduk di hadapan LCD Monitor Samsung yang boleh dikatakan baru beli 3-4 minggu yang lepas.Aku bangun awal sebab aku tidur pukul 9.

Perkara pertama, aku periksa siapa yang masih online di awal pagi ini.Kedua, aku login Friendster aku dan seterusnya aku periksa emel dan blog yang aku langgan kalau-kalau ada emel dan entri terbaru.Jangkaan aku tepat, aku terima satu emel yang aku rasa familiar.Aku dapat gaji dari Payloadz

Buat Duit : Gaji dari PayLoadz

Aku menerima gaji sebanyak $1.25 USD atau secara tepatnya RM4.03580.Walaupun nilainya sedikit tetapi kira bagus juga sebab lepas duit teh tarik dengan roti telur aku.Aku pelik, ada orang boleh dapat $5 USD padahal aku sendiri sudah lakukan apa yang mereka lakukan tetap tak mencecah nilai yang aku sasarkan.Biarlah, “pelan-pelan kayuh” dulu.Aku fikirkan mereka sudah berhenti membayar sebab sudah seminggu lebih aku tak menerima bayaran dari Payloadz, aku hampir-hampir hendak lenyapkan iklan Payloadz.Walaupun tak seberapa lumayan, tetapi kalau dikumpul-kumpul, boleh jadi besar nilainya.

Selepas aku dapat gaji dari Payloadz, aku tak tahu apa perlu aku lakukan.Aku terus tidur semula.Nanti-nantilah aku ceritakan apa itu PayLoadz dan bagaimana Payloadz berfungsi.Tunggu