
Kuala Lumpur: Blog tempatan iaitu Fahmishah.com yang dikendalikan oleh pemuda yang bernama Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah atau Fahmishah kini sedang lebat dihujani asakan spam lucah ekoran sebab-sebab yang belum ditemui. - Utusan Harian Metro Kosmopolitan
Melayu bogel, video lucah, video porno, porn video, animal sex.Yang disenaraikan itu hanya sebahagian dari keywords yang aku jumpa pada bahagian Defensio aku.Aku mula pelik, sejak bila pula laman web ini menjadi laman web yang membenarkan unsur-unsur lapan belas tahun ke atas (18SX) menceroboh dan melakukan zina kekacauan pada blog ini.Semua ini hanya membuang masa aku.Sudahlah minyak naik harga.Lagi mahu buang masa aku.Mungkin ini konspirasi kerajaan untuk melemahkan pertahanan blogger lantas memalaskan blogger untuk blogging lagi.Mungkin.Hahaha
Walaupun serangan yang aku terima dari pihak lawan tidak begitu agresif seperti yang aku terima di blog Tebaboom.Org suatu ketika dahulu.Tetapi ini sudah cukup untuk aku melakukan siasatan khas ke atas keywords berunsur lapan belas tahun ke atas (18SX) atau porno.Aku akan tubuhkan satu unit khas yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi seperti Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat.Aku akan namakan unit itu sebagai Unit Pencegah Spam Lucah.
Mana-mana blogger yang mahu turut serta dalam unit baru ini sila lapor diri untuk menjalankan tugas.Tiada gaji atau elaun diberikan walaupun kos hidup melambung tinggi.Welcome to the brotherhood.










