
Tan Sri Dr Khoo Kay Kim : “Saya tidak nampak cara lain lagi untuk membuatkan mereka bersemangat, ini kerana mereka bersifat materialistik,” katanya kepada Malaysiakini
Sekali lagi kerajaan (KERAJAAN UMNO-BN*) Malaysia akan memberi habuan RM1,000,000.00 (satu juta ringgit malaysia) yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik nanti.Aku akan katakan ini merupakan satu tindakan bodoh membazir kerajaan.Mungkin.
Timbalan Perdana Menteri kita, Najib juga bersetuju memberi RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.Wow! Balik Malaysia terus jadi kaya.Boleh beli kereta, boleh tengok wayang, boleh pakai lebih banyak dadah.Wow!
Nampaknya kerajaan sudah tahu yang atlet Malaysia hanya mementingkan habuan RM 1 juta berbanding kesungguhnya mengharumkan nama negara.Kerajaan Malaysia sekarang berjaya menubuhkan satu skim cepat kaya yang baru.Satu skim maha besar dalam sejarah aku rasa.Syabas Kerajaan Malaysia.Maju selangkah memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang cintakan harta dari negara walhal rakyat yang miskin dari dulu menunggu bantuan dari kerajaan.Tah Neh Ah!
Aku rasa, ini mungkin konspirasi yang dijalankan oleh kerajaan sekarang untuk membuang semua duit-duit rasuah yang yang tak terkira banyaknya sebelum di soal siasat oleh Badan Pencegah Rahsuah *walaupun mereka semestinya selamat dari kes rasuah.Mungkin juga ini merupakan satu langkah baru kerajaan untuk menghabiskan semua wang rakyat kerana mereka tahu kerajaan Pakatan Rakyat yang baru akan mengambil alih dan mereka mahu kerajaan Pakatan Rakyat mengumpul semula duit.Mungkin.
Berapa emas kamu semua jangka’kan yang Malaysia akan dapat pada Sukan Olimpik nanti?Aku bukan pandang rendah pada atlet Malaysia, tapi jangan terlalu manja’kan mereka dengan wang ringgit.










