Jurnal

Dia punya Kuey Teow Sup. Peh!

Tepi Pantai Sebelah Airport

Aku rasa, Kuey Teow Sup paling ringkas dan paling sedap memang terletak di sebuah gerai lori sederhana di tepi pantai sebelah lapangan terbang. Aku ingat kalau gerai lori tepi pantai sebelah lapangan terbang sebegini, makanan dia ala kadar. Tapi sangkaan aku terbatal hukum’nya apabila suapan pertama aku membuatkan aku jadi macam orang tak makan seminggu. Betul! bukan bohong.

Selain kuey teow sup, laksa dia memang power. Kepekatan kuah dia memang nombor dua selepas laksa emak aku. Agak pro abang-abang pemilik gerai lori tersebut masak. Sempat’lah juga aku pau sesuap dua laksa si Farid. Siapa suruh makanan dia sampai dulu. Selain kuey teow sup dan laksa, gerai lori tepi pantai sebelah lapangan terbang ini juga turut menyajikan rojak buah. Rojak dia pun boleh tahan. Sampai terlupa nak bayar.

Selain makanan-makanan yang di’sebut, ada juga dihidangkan cendol. Agak tak kena dengan tekak aku cendol dia. Walaupun tak serasi dengan tekak aku, tapi aku yang habiskan cendol si Nazrin. Rasa macam nak pesan satu walaupun rasa cendol dia tak macam cendol kat masjid-masjid selepas solat Jumaat.

Terima kasih kepada Syafick kerana rekemen‘kan gerai lori tersebut kepada kami. Kalau kau orang nak pergi sana, senang saja. Cara paling mudah dengan menempah tiket AirAsia ke Langkawi. Gerai lori tersebut memang betul-betul tepi pantai sebelah lapangan terbang.

p/s: Perasaan gila aku terhadap kuey teow sup memang gila. Pernah aku hirup saki baki sup milik Nazmi, hirupan yang ke berapa entah, baru perasan ada lalat dalam sup tersebut. Nak di’luak memang mustahil sebab sudah ditelan. Mungkin itu punca aku terkentut-kentut dalam hotel. Hantu betul.

some posts that may be related

10 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash