iklan malaysia ber'VARIASI

Kuala Lumpur: Blog tempatan iaitu Fahmishah.com yang dikendalikan oleh pemuda yang bernama Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah atau Fahmishah kini sedang lebat dihujani asakan spam lucah ekoran sebab-sebab yang belum ditemui. - Utusan Harian Metro Kosmopolitan
Melayu bogel, video lucah, video porno, porn video, animal sex.Yang disenaraikan itu hanya sebahagian dari keywords yang aku jumpa pada bahagian Defensio aku.Aku mula pelik, sejak bila pula laman web ini menjadi laman web yang membenarkan unsur-unsur lapan belas tahun ke atas (18SX) menceroboh dan melakukan zina kekacauan pada blog ini.Semua ini hanya membuang masa aku.Sudahlah minyak naik harga.Lagi mahu buang masa aku.Mungkin ini konspirasi kerajaan untuk melemahkan pertahanan blogger lantas memalaskan blogger untuk blogging lagi.Mungkin.Hahaha
Walaupun serangan yang aku terima dari pihak lawan tidak begitu agresif seperti yang aku terima di blog Tebaboom.Org suatu ketika dahulu.Tetapi ini sudah cukup untuk aku melakukan siasatan khas ke atas keywords berunsur lapan belas tahun ke atas (18SX) atau porno.Aku akan tubuhkan satu unit khas yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi seperti Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat.Aku akan namakan unit itu sebagai Unit Pencegah Spam Lucah.
Mana-mana blogger yang mahu turut serta dalam unit baru ini sila lapor diri untuk menjalankan tugas.Tiada gaji atau elaun diberikan walaupun kos hidup melambung tinggi.Welcome to the brotherhood.
Komentar
aku pon terkejut tgk google analytics aku sejak bulan lepas.. byk sgt keyword2 berunsur 18SX yg masuk ke blog aku.. aku masih blom jalankan siasatan lagi.. Ko nak tolong siasat utk blog aku skali? hahaha
ada gak kes mcm ni ye..
tak tahu lak aku laman fahmishah ni ada wat entri lucah. punya baik budak ni takkan la support porno kot…
bila pikirkan spam nih, rasa nak bagi je spam dua pada rakan sekeliling tanda protes tidak puas hati..mari membanteras spam..spam musuh negara. Antara spam-spam lain yg tidak elokialah:
Spam 1 : woiit mat, sekali lagi aku nmpak kau lalu kat sini aku bagi SPAM sebijik.
Spam 2 : woii Mat, bagi la gua SPAM, gua dah tak tahan ni..(sambil menggeletar)
Hari hari ade spam lucah lah. Semua orang dapat. Bile click link, tak ke mane pon.. baik tak payah buat spam.
Hahaha, pelik dapat benda2 camni. Aku tak pernah kena pun. Tak pakai Akismet ke?
aku nyer dah lame dah..wakakaka….
Aku nak tukar plugin anti spam kat blog ini.
Dunia blogging ini apa yang tak ada?
Sebelum ni tak ada pula spam2 lucah begini.akhir-akhir ni la pulak dia nak timbul.
Aku pakai Defensio, nanti nak tukar balik Akismet balik.
Blog ko lebih popular dari blog aku mungkin*
spammer memang menyusahkan… blog pakcik pon dah diserang
Janganlah blog aku kena cam ko ni…
Eh tak perasan blog aku ada dlm blogroll ko..
Tq….
aku akan letak blog ko kat blog aku le plak
aku rasa tiap2 hari ada bende nih kat blog aku. Padam ajela..nasib sikit aje.
Aku semakin hari semakin banyak.Dogil betoi






