Pada mulanya, aku tidak begitu mengambil tahu apakah itu Hindraf.Sehinggakan aku sendiri terpaksa melawat satu blog ke satu blog yang lain.Akhirnya, Alhamdulillah.Aku berjaya mendapat informasi yang perlu aku lekatkan dalam kotak pemikiran aku.Isu kaum India yang tidak berpuas hati dan ingin menyaman pihak British dan menunding kepada pihak tersebut tentang kemunduran kaum mereka.Kalau salah fakta tolong Buzz! aku.
Berpuluh-puluh maklum balas mengenai isu Hindraf ini aku baca baris demi baris pada entri-entri dalam setiap blog yang aku baca.Ada orang melayu kata itu, orang india pula serang dan salahkan melayu tak lupa menunding jari kepada Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi serta dikuti serangan balas oleh pihak melayu sendiri.Kata-kata yang begitu tidak menyenangkan memang tidak sah kalau tidak disertakan.
Itu pokok iaitu kemunduran kaum minoriti di negara ini menjadi penyebab berlakunya permasalahan ini.Bagi akulah, sebelum nak menunding jari kepada orang lain lebih baik dan bijaksana jika kita cermin diri kita.Sebelum mahu menyabitkan sesuatu perkara melibatkan orang lain sila perhatiankan diri.Kaum minoriti mengatakan mereka tertindas hidup di Tanah Melayu (Malaysia).Kita yakni kaum bumiputra diberi layanan istimewa dan mereka mengatakan “Ini Tidak Adil!” (dengan gaya Abdul Wahub, Tiga Abdul).Eh Hello! Jangan nak salahkan orang melayu.Kalau betul-betul kaum minoriti ditindas dari mana datangnya peguam-peguam ? doktor-doktor ? cikgu-cikgu ? polis-polis ? dan yang penting siapakah Menteri Pengangkutan Malaysia sekarang?
Kesimpulan aku yang mudah aku sertakan di sini untuk Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain.Kita tidak akan ditindas sekiranya kita berusaha mengeluarkan diri kita dari belenggu masalah.Kita tidak akan menyalahkan orang lain sekiranya kita sendiri mencari kekurangan diri sendiri.Sekian.
* Cis! Aku benci betul isu-isu ini.
ermm…ni sbb silap perancangan DEB…spatutnya DEB tak hanya menumpukan terhadap org melayu…pada idea aku ialah,DEB harus tolong golongan yg ssh xkira bangsa…
tapi…kita xleh panaskan sgt isu ni…
hahaha…wow…ini tempat baru aku x perasan sudah lama wujud….hindraf tu bukan “hingus datuk rafique” ke? hahaha
Melayubuntu: Aku tak begitu arif tentang Dasar Ekonomi Baru tapi kalau betul DEB membantu golongan melayu mengapa masih ramai melayu yang miskin ?
Hariz: Baru saja wujud dua bulan yang lepas.