Expressi, Islamik, Negaraku

Kalimah Suci Tertinggi Islam

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

Say: He is Allah, the One and Only!(1)
Allah, the Eternal, Absolute;(2)
He begetteth not nor is He begotten.(3)
And there is none like unto Him.(4)

Al-Ikhlâs – Al-Quranul Karim

Sekarang heboh satu Malaysia, semua rangkaian televisyen tempatan, ceramah masjid bercerita tentang isu penggunaan kalimah suci tertinggi Islam bagi akhbar Katholik Herald The Catholic Weekly , iaitu Allah. Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Tuhan yang kita panjatkan segala puji untuk Nya. Tuhan yang di’sembah oleh kita lima kali sehari semalam. Ini tuhan kita sampai bila-bila.

Entri kali ini aku tidak mahu bicara soal aqidah dan soal hukum kerana aku sendiri bukan pelajar aliran agama. Pengalaman ber’agama aku berdasarkan pengalaman menghadiri ceramah di masjid, menuntut ilmu fardhu ain di sekolah rendah agama dan self-taught semata-mata. Tidak setinggi taraf diploma dan ijazah. Dalam soalan mata pelajaran Pendidikan Islam SPM pun tidak ada hukum seperti ini.

Apa yang aku ingin bicara’kan di sini ialah siapa yang akan menjadi hero yang bakal di’julang ketika isu ini selesai nanti? Ketika isu ini baru bangkit dalam televisyen, aku melihat parti A tertanya-tanya mana pendirian parti B. Jika sebelum ini parti B sibuk dengan slogan memperjuangkan Islam mengapa isu ini tidak diperjuangkan. Itu kata parti A.

Mereka (rujuk: Parti A) buta dan buat-buat tidak tahu aku rasa. Media di Malaysia berat sebelah. Mesti’lah fokus kepada perjuangan parti A. Apa yang baik, mesti Parti A. Parti B haram nak keluar dalam media. Kalau ada pun isu Ketua Parti B yang mengeluarkan kenyataan kontroversi. Itu politik Malaysia. Tak sudah-sudah.

Dan akhir sekali, aku pasti yang musuh Islam di luar sana sedang mentertawakan kita yang Islam ini berhadapan isu penggunaan nama Tuhan kita ini. Dan adakah kita benar-benar Islam untuk mempertahankan kalimah suci tertinggi Islam?

Sila baca, Allah(Lagi).

p/s: Allah itu suci, Islam itu juga suci. Mari bersama memurnikan dan menjaga kesucian dua-dua ini.

some posts that may be related

9 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash