Jurnal

Kehidupan Aku #1

Apabila timbul sesuatu yang menarik dalam hidup aku, yang aku rasakan perlu aku kongsi dengan kamu semua maka aku akan tulis entri “Kehidupan Aku” yang merupakan entri bersiri dan akan bertambah dari masa ke semasa.Sebagai pembukaan aku akan kongsi bersama kamu semua tiga perkara.

Blogging Station

Aku merasakan sudah tiba masa untuk aku membuat revolusi terhadap Blogging Station aku.Aku perlukan ruang yang luas supaya fikiran dapat berfungsi lebih lama dan mantap.Aku rasa sudah hampir satu tahun lebih aku tidak mengubah kedudukan komputer aku mahu pun barang-barang yang berkaitan.

Bulan 4

Gambar di atas merupakan gambar yang aku sekitar bulan April.Tempat yang sempit membuatkan aku mudah rasa tertekan lebih-lebih lagi apabila status “Not Responding”.

Bulan 12

Gambar di atas aku tembak pada 11 Disember 2007.Tiada apa yang berubah kecuali warna lampu florescent dari Day Light ke Warm Light.Oh! Lagi satu yang berubah ialah speaker Altec Lansing aku.

Kalendar Exabytes

Exabytes 2008

Aku menerima sepucuk surat daripada Exabytes.Pelik aku.Setahu aku, kontrak aku sudah pun tamat dengan Exabytes.Aku buka dengan penuh debaran dan wow! Kalendar 2008 Exabytes.Rupa-rupanya semua pelanggan mereka yang pernah berdaftar dengan Exabytes akan mendapat Kalender 2008 Exabytes.Sungguh istimewa.

Cek Advertlets

Cek Advertlets

Aku menerima sepucuk surat juga tetapi yang ini bukan dari Exabytes tetapi dari HSBC Bank.Aku buka dengan penuh berhati-hati dan wow! Aku menerima cek kedua dalam hidup aku.Cek pertama dari luar negara iaitu daripada Text Link Ads.Advertlets mencipta sejarah sebagai cek kedua.

Kehidupan siri pertama tamat di sini.

some posts that may be related

9 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash