Expressi, Jurnal

Kehidupan Aku #15

Kemaskini kehidupan. Entah kenapa tiba-tiba semangat untuk aku blogging datang semula. Kalau dulu, liat betul nak blogging. Petang tadi, sempat melepak dengan tiga orang rakan kolej. Berbincang untuk ke Kuala Kangsar, melawat kawan kolej yang satu lagi. Semester dua dulu sudah rancang nak ke rumah dia tetapi tak jadi disebabkan percutian ke Langkawi. Malam tadi, aku terima info dari dua orang kawan aku yang sama-sama melepak, mereka tak dapat pergi. Hasrat ke Kuala Kangsar lebur kembali.

Untuk meratah hari-hari mendatang, aku masih lagi merancang beberapa program untuk diri aku. Tak boleh mengadap internet selalu. Nanti ketagih macam pensyarah aku dan Amanz. Walaupun aku sudah penagih internet sekarang, terutama Facebook. Sial betul, apa jin dan syaitan yang Mark Zuckerberg pakai. Aku ada beberapa jam sebelum harvest tanaman di Farmville.

Sebelum peperiksaan akhir, ada seorang kawan lama ajak street shooting di Kuala Lumpur, tapi sekarang dia senyap saja. Buku yang aku beli konon nak baca sewaktu cuti semester pun belum habis lagi.

Dan semalam, aku keluar bersama rakan sekolah. Menuju ke Sunway Piramid dan ber’ice-skating‘. Walaupun kali kedua aku bermain, tetapi kaki masih terkangkang. Mungkin kali terakhir aku main. Selepas ini main benda lain pula.

Sabtu ini, aku dapat jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan cikgu aku sewaktu sekolah rendah. Alhamdulillah, kahwin juga dia dan aku mendo’a kan supaya dikarunia’kan zuriat yang soleh dan solehah. Amiin.

Trivia : Mark Zuckerberg merupakan seorang Atheist dan dilahirkan daripada keluarga Yahudi. Menurut info, Facebook merupakan salah satu alat CIA. Sila baca. Wallahu ‘alam

some posts that may be related

5 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash