Entri tidak berfoto.Haha
Pagi tadi aku nekadkan diri aku.Jogging di Taman Shamelin.Keluar jam 8.00 dan 40 minit kemudian.Sampai saja rumah, cek emel, salin baju, terus baringkan diri dan tertidur.Aku bangkit pukul 12 tak silap.Sambung ber’internet.
Lepas Asar tadi, aku ke Tesco Ampang.Mahu ke Popular untuk mencari perkakasan sedikit gara-gara bakal bergelar budak “U”.Lain yang dicari, lain yang dijumpa.Aku sekadar membeli gel & minyak rambut.Damn! dan gula-gula getah berharga RM1.
Di Pandan Indah, dalam perjalanan pulang ke rumah aku telah disuruh ke tepi pihak berkuasa.Ini semua-gara-gara roadblock.Aku dan penunggang-penunggang lain meraba-raba punggung mengeluarkan dompet masing-masing.Lain yang diminta, lain yang aku beri.Aku menghulurkan lesen P kereta walhal aku sedang menunggang WRE4879.Lebih kurang begini.
“Lesen.” titah pegawai itu.
“Nah.” aku menghulurkan lesen aku bagaikan aku ingin ‘cucuk’ kad Maybank aku di mesin ATM.
“Lesen P ke L ni?” tanya pegawai itu sambil mencari sticker yang ditampal.
“Oh sorry.” sambil tangan di mulut dan terus memberikan lesen L aku.
“Mintak yang ada gambar.” cis! dah beri betis mahu peha.
“Nah!.” sekali lagi seperti men’cucuk’ kad Maybank ke dalam mesin ATM.
“Ok Jalan.” kata pegawai itu.
Preeenggg! Haha.Sebelum menuju ke rumah.Aku singgah sebentar di beberapa buah kedai alat tulis untuk meneruskan misi mencari barang yang dikehendaki.Hampa, tiada satu kedai pun yang ditemui ada barang itu.
Dalam perjalanan pulang ke rumah.Ada seekor anjing putih hitam yang rendah dari segi ketinggian dan panjang jika diukur dari kepala hingga ke ekor.Macam tak betul aku lihat.Dia menuju ke arah bertentangan dengan aku.Shit! anjing itu mahu menerkam aku dan aku melakukan aksi ‘kona’ 45 darjah ke kiri dan kanan semula sebab ada lubang.Semoga berjumpa lagi anjing.Aku pulang dengan selamat.Sekian
ambil gambar anjng tu jika berpeluang..aku mahu lihat :P
haha..bkan senang nk jadi kapten bro..
jadinya, anjing yg seekor itu pendek atau panjang? :-P
Syam, tatkala aku mahu shoot gambar anjing, barangkali anjing sudah menerkam aku.
Afham, senang-senangkan lah
Shutterspeaks, haha sorry! salah istilah dah betulkan
terasa macam dalam alam mimpi.. huhu.. kena kejar anjing semua.. nape tak baling guna batu?
Ikoko, aduhai, macam mana mahu baling batu.sedang tunggang motor
Standard kalau moto dorang selalu tahan bro. Lagi2 kalau dekat tol. Aku selalu gak kene tahan dulu. Susah2, kau sebat je kereta. Dorang jarang tahan kereta. Hu3.
CypherHackz, itu memang aku tahu dude.cuma, tak cukup anggota ke nak bawak turun sampaikan ada juga motor lain terlepas.