Petang tadi, aku dapat tahu dari TV3 (terima kasih TV3) yang kerajaan negeri Perak di’bubarkan dan Menteri Besar Perak di’jangka menghadap Sultan Perak pada jam 5.00 petang. Aku tak terkejut perkara ini berlaku malah aku teruskan niat untuk tidur pada waktu itu.
Memang sudah di’ramal oleh aku yang kerajaan negeri Perak dan Selangor tak boleh lari dengan isu-isu politik. Kalau tak isu politik pun, mesti ada satu dua isu yang berbangkit dan orang ramai yang kontra dengan kerajaan tersebut akan menunding jari ke kerajaan negeri.
Dan pasti, bila satu isu dah kecoh, maka kerajaan persekutuan pun tumpang kecoh. Kalau isu itu berpihak kepada kerajaan persekutuan, nescaya pihak kerajaan akan senyum lebar. Kalau isu itu berpihak kepada pembangkang, kerajaan memulakan syarahan, paling koman pun susun strategi untuk menafikan sesuatu. Sumpah mungkin ?
Ini kes lompat parti memang bahaya. Hanya kerana mahu bentuk kerajaan, rakyat jadi boneka. Proses mahu rampas semula status berkuasa memang sesuatu yang susah jika di’lakukan dengan bersih tapi akan menjadi mudah jika ada syaitan di sebalik orang itu. Mungkin bagi orang-orang ini, semua itu halaal.
Apa pun, syabas kepada Kerajaan BN yang bakal membentuk kerajaan semula di Perak. Apa taktik orang BN pakai itu memang aku langsung tak tahu. Siapa yang menyumbang idea itu lagi aku tak tahu. Ini kes memang tak boleh lari dari kuasa dan wang.
Cuba tengok Kedah, senyap saja. Apa rahsia ?
Kadang-kadang stesen televisyen kerajaan dan stesen televisyen swasta nombor satu ini pengampu. Jom baca Malaysiakin.
tengok kelantan? lagi senyap..hehe
#MuhdZahari, aman pula tu!