



Lagi foto di Flickr : [A visit to Zoo Negara II]
Sabtu lalu aku dan dua orang kawan aku, Nazmi dan Syafick ke Zoo Negara. Untuk rekod dalam hidup, ini merupakan kali ke empat aku ke sana. Kali pertama ketika di bangku tadika, kedua dengan saudara mara dari kampung, ketiga tahun lepas dan kali ini yang ke empat.
Aku ke sana sebab mahu bawa si Nazmi yang baru beli digital SLR dengan lensa Tamron 70-300mm’nya sebagai permulaan bagi beliau untuk berkecimpung dalam dunia fotografi. Alhamdulillah, foto yang dirakam oleh Nazmi bagi aku memuaskan walaupun kali pertama memiliki digital SLR sendiri. Tak macam poseur-poseur yang lepak di jalanan Bukit Bintang yang menggantung digital SLR di leher dengan seluar ketat bawah.
Seriously, aku sangat benci kalau poseur-poseur ini ber’gambar. Aku rasa digital SLR yang mereka bawa tak lebih hanya sekadar aksesori macam bling-bling. Manusia seperti ini hanya fanatik kepada trend. Kalau ada trend baru, mereka akan ikut trend yang baru itu.
Bulan Februari ini, genap dua tahun aku memiliki digital SLR bermakna Canon EOS 350D aku juga berusia dua tahun bersama aku. Pernah terdetik di hati untuk upgrade ke model yang baru, tapi apabila melihat foto magik hasil dari Canon EOS 350D dari fotografer lain, aku batalkan niat itu. Kadang-kadang perasaan nak tukar model baru itu hadir kalau aku dapati terdapat kekurangan pada features digital SLR aku. Tetapi kalau aku lihat semula hasil dari digital SLR aku, aku tersenyum seorang diri macam orang gila. Canon EOS 350D masih kamera terbaik untuk aku. Aku tidak pernah hadir seminar, TT, kelas fotografi, tapi aku hanya self-taught fotografer. Belajar dengan melihat foto-foto dari fotografer tempatan dan luar negara.
Apa pun, banyak lagi yang perlu aku belajar dan explore tentang fotografi. Terima kasih kepada yang menyokong, terima kasih yang memberi tunjuk ajar, terima kasih Canon EOS 350D, 18-55mm, 55-250mm, 50mm.
Terima kaseeeeyy! :D
“Canon EOS 350D, 18-55mm, 55-250mm, 50mm.”
Canon Speedlight 580EX II takde ke?
:P
Terlupa bai. Wakakaka
Batalkan niat anda….tambah aja satu lagi.
.-= Entri terakhir blog : Vintage. =-.
Canon EOS 7D? Fuh! Bila-bila?