Jurnal

Masalah Internet

Masalah Streamyx

Sejak hari Isnin yang lepas iaitu pada 7 Januari 2008, internet menjadi seperti biskut.Sekejap ada sekejap tiada.Aku tak tahu apa punca berlakunya semua ini.Tetapi yang penting, darah aku naik apabila sambungan ke internet putus ketika aku ingin atau sedang menulis entri pada blog-blog aku dan cek emel.

Hati mana tak panas.Sedang syok-syok cari bahan untuk jadikan tatapan pembaca sekali internet terputus.Aku lihat pada modem aku, tiada pula lampu kelip-kelip tetapi aku terpaksa reset modem aku untuk dapatkan semula sambungan internet.

Masalah seperti ini melanda paling banyak pada waktu pagi dan pada waktu malam kurang terjadi.Aku pelik betul bagaimana nak dapatkan penyelesaian.Aku cuba periksa router aku, semestinya router tiada masalah.Sama ada masalah pada modem atau pun pada Streamyx.Siapa tahu?

some posts that may be related

12 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash