Jurnal

Masalah tikus datang lagi

Waktu malam, kalau aku tak online memang hukum’nya tak sah. Mana tak’nya, waktu itu diluangkan khas untuk aku baca berita, cari jodoh di laman web sosial, baca emel, baca komentar, balas komentar. Waktu itu semua orang sudah tidur.

Jam di posisi bawah sudut kanan skrin laptop sudah menunjukkan jam pukul 3.00 pagi. Aku pun ke dapur, tanda mahu menyejukkan tekak. Cukup dua tiga teguk, aku tutup suis lampur dapur dan kembali menghadap laptop kepunyaan ayah. Tidak lama kemudia;

Ting ting.
Ketong ketong.
Sreet sreet.

Aku dah agak, mana ada lipas mampu menghasilkan bunyi-bunyian sebegitu. Ini tak lain tak bukan tikus. Kemudian, aku ke dapur semula niat mahu periksa perangkap tikus yang dihidangkan di dalam’nya belacan. Tahun yang lalu tak ingat tahun berapa, belacan memang mujarab kalau nak perangkap tikus. Kali ini keputusan menunjukkan vice versa.

Selepas hampa perangkap tidak mengena, aku lantas mahu kembali menghadap laptop kepunyaan ayah. Tapi tak menjadi kerana aku teringat mimpi aku yang seram kelmarin. Aku mimpi terserempak hantu tinggi. Aku cepat-cepat log keluar apa yang aku log masuk dan tutup laptop kepunyaan ayah. Tidur.

some posts that may be related

12 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash