Kisah ini kisah benar yang terjadi pada diri aku.Aku tidak peduli sekiranya kejadian ringkas ini satu kebetulan kerana seperti yang kita ketahui putaran hidup dan setiap yang berlaku atas kehendak Allah.Jika itu kehendak Allah maka pastilah ada sebab dan pengajaran yang ingin diberikan kepada hamba yang dikasihi.
Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat.Sudah menjadi rutin harian warga SMK Pandan Indah yang beragama Islam untuk membaca Surah Yasin pada awal pagi sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran.Ketika menunggu pelajar lain masuk ke dalam surau, aku sempat berbual mesra dengan rakan sebelah sebelum zikir dialunkan oleh wakil pelajar.
Satu per satu naskah Surah Yasin diedarkan dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri termasuk dari hadapan ke belakang.Aku dapat satu, kawan sebelah dapat satu, kawan depan ada satu, kawan belakang masih menunggu untuk mendapatkan senaskah Surah Yasin.Selang beberapa minit, aku lihat ada dua orang pelajar yang masih tidak mempunyai naskah Surah Yasin.
Kisah bermula di sini.Aku tunggu dan lihat sekiranya masih ada naskah-naskah Surah Yasin yang diedar-edarkan tetapi malang untuk pelajar itu.Aku pun tanpa berfikir panjang terus memberikan naskah Surah Yasin yang aku ada dengan harapan kedua-dua pelajar dapat berkongsi dan aku dapat berkongsi dengan rakan sebelah.Rakan di sebelah aku faham dengan tindakan aku dan dia segera memberikan ruang untuk aku berkongsi.
Dalam beberapa saat selepas itu, datang tiga naskah Surah Yasin yang baru diedarkan.Aku terus mengambil satu untuk kegunaan diri sendiri dan selebihnya untuk pelajar yang tadi.Rakan di sebelah tadi terus memberikan satu ayat yang penuh hikmat “Kau bagi satu, Allah bagi kau tiga”.Aku terus berfikir pantas dan meng’iya’kan apa yang dikatakan.
Walaupun ini perkara ringkas tetapi pada aku ini satu hikmah yang begitu bernilai.Jika kita menolong orang, Allah akan melipat gandakan rezeki kita.Jika kita membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kita.Insha Allah
Tajuk : Tala’a Al-Badru ‘Alayna
Artis : Faeeza Malinga
Tala’al-Badru ‘alayna,
min thaniyyatil-Wada’
wajaba al-shukru ‘alayna,
ma da’a lillahi da’
ma da’a lillahi da’
O’ the White Moon rose over us
From the Valley of Wada’
And we owe it to show gratefulness
Where the call is to Allah
Where the call is to Allah
Ayyuha al-mab’uthu fina
ji’ta bi-al-amri al-muta’
Ji’ta sharrafta al-Madinah
marhaban ya khayra da’
marhaban ya khayra da’
O’ you who were raised amongst us
coming with a word to be obeyed
You have brought to this city nobleness
Welcome! best call to God’s way
Welcome! best call to God’s way
Tala’al-Badru ‘alayna,
min thaniyyatil-Wada’
wajaba al-shukru ‘alayna,
ma da’a lillahi da’
ma da’a lillahi da’
Tahun 1428 Hijrah telah menjadi sejarah sekarang tugas kita untuk memikul cabaran pada 1429 Hijrah.Semoga Allah membantu kita menempuh ujian yang diturunkan dan semoga kita mendapat rahmat daripada Allah.
Akhirnya, sistem operasi terbaru yang dipanggil gOS telah siap sedia digunakan oleh ribuan peminat yang menunggu kemunculannya termasuk aku sendiri.gOS merupakan satu sistem operasi mantap berplatformkan Ubuntu yang dilengkapi dengan aplikasi-aplikasi dari Google seperti Google Mail, Google News, Google Maps dan pelbagai lagi termasuk Meebo, Facebook dan Box.net.
Kepada pengguna tegar Ubuntu, tiada masalah aku rasa untuk menggunakan gOS jadi kepada mereka yang ingin mencuba, silalah ke blog Ubuntu Newbie Malaysia yang baru dilancarkan oleh Cypherhackz untuk mendapatkan beberapa tips untuk menggunakan Ubuntu.Sistem operasi gOS boleh dimuat turun secara percuma di laman web rasmi kemudian ‘bakar’kannya ke dalam cakera padat.Jika kamu semua sekadar ingin mencuba, bolehlah muat turun gOS Virtual Appliance dan komputer mesti dilengkapi dengan VMware Player (Virtual Machine)
Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita terjauh dari sifat sombong dan melatih diri supaya bersifat tawaduk.
Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka bersih dari dosa.
Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.
Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripadanya kerena mungkin satu hari dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya lalu menjadi lebih baik daripada kita.
Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.
Hooray! Aku boleh mulakan blogging dengan LCD Monitor terbaru aku keluaran Samsung model SyncMaster 740BF dengan saiz 17 inci.Memang sudah lama aku berhajat ingin merasa LCD Monitor cuma tiada rezeki untuk masa lampau dan sekarang sudah pun merasai betapa best‘nya blogging dengan semangat yang baru.
Aku beli monitor terbaru ini pada 31 Disember 2007 di Imbi Plaza.Ramai memang tak ramai tapi darah membeku sekejap apabila jalan ditutup untuk parking kereta gara-gara sambutan ambang 2008 yang kononnya dilakukan secara sederhana sedangkan menyusahkan orang ramai untuk berurusan.Macam aku.
LCD Monitor sudah aku dapat.Selepas ini misi aku yang seterusnya ialah untuk menukar processor aku kepada yang lebih canggih, grafik kad yang lebih mantap, RAM yang lebih cun tak lupa juga menyumbat satu DVD Burner.Aku harap aku dapat pendapatan yang lumayan dari Advertlets, Nuffnang dan Nufflets pada tahun ini untuk aku memenuhi impian waja itu.Har Har Har.
Mula-mula Nuffnang, diikuti Advertlets.Beberapa bulan kemudian muncul pula GrabMyAds dan selang beberapa minggu wujud pula Nufflets.Bayangkan empat buah syarikan pengiklanan berasaskan web wujud dalam masa satu tahun.Aku begitu kagum dengan perkembangan dan pembangunan web terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan pengiklanan bagi para usahawan dan menyediakan bayaran kepada mereka yang mengiklankan khususnya para blogger.
Jika sebelum ini blog-blog dipenuhi dengan iklan dari luar negara melalui perkhidmatan Google Adsense tetapi kini rata-rata blog di Malaysia sudah dipenuhi dengan iklan-iklan tempatan.Sudah ramai blogger yang berjaya membuat duit secara online khususnya blog-blog berbahasa melayu dan blog-blog yang berbahasa inggeris juga mendapat pendapatan berlipat kali ganda.
Aku sendiri sudah pening.Manakah yang perlu aku pilih untuk diletakkkan dalam Tebaboom.Org.Jika aku sumbat keempat-tempat iklan yang ditawarkan sudah tentu kelajuan loading akan berkurangan dan mengurangkan mood pembaca.Merasakan diri tamak juga aku dapat rasa sekiranya aku letak keempat-empat tapi aku rasa tak salah kalau mahukan pendapatan yang lebih..
Satu kajian perlu dilakukan untuk menentukan yang manakah yang paling bagus dan memberikan pulangan yang lebih besar.
Kehidupan aku sejak meninggalkan alam persekolahan begitu membosankan.Ada rakan yang sudah bekerja, ada yang hanya melepak di rumah sendiri seperti aku dan ada pula mahu kerja tapi tak kerja-kerja.Kehidupan selepas sekolah tak seindah yang disangka.Jika di bangku sekolah, aku dan rakan yang lain sibuk menunggu masa begini tapi kini aku sedar alam persekolahan lebih indah dan lebih manis.Hoho~ Ayat bujang.
Aku bangun pagi seperti biasa.Selepas menunaikan kewajipan maka aku segera menghadap komputer kesayangan aku.Perkara pertama yang akan aku lakukan adalah membuka aplikasi Mozilla Thunderbird kalau-kalau ada tawaran bekerja atau pun emel dari gadis-gadis.Taklah! Aku buka kalau-kalau ada emel berkaitan blog aku.Tak lupa juga aku akan dapatkan berita terbaru atau pun entri-entru yang menarik yang aku langgan.
Kemudian aku turun ke dapur, membuka tudung saji.Jika makanan tampak sedap, makan aku akan terus makan tanpa membazirkan masa.Jika makanan biasa-biasa saja maka petang nanti aku akan makan.Lepas selesai semua, aku akan teruskan menghadap komputer sehingga ke larut malam.Banyak perkara aku lakukan, blogging, main games, belajar coding dan lakukan sedikit rekaan dengan menggunakan Adobe Photoshop CS3.Pukul 12 lebih begitu baru aku rehatkan mata dengan menonton Astro saluran 411, 412 dan 413.
Tebaboom Directory yang merupakan projek terbaru aku kini siap sedia sepenuhnya untuk disumbat dengan pelbagai pautan web.Aku menggunakan skrip PHP Link Directory yang aku beli beberapa minggu yang lalu.Sepatutnya aku akan lancarkan projek ini lebih awal tetapi disebabkan beberapa masalah untuk memahami sistem yang digunakan maka aku lambatkan sedikit tarikh pelancaran.
Web direktori seperti yang diketahui digunakan untuk menyenaraikan segala macam laman web atau blog untuk meningkatkan jumlah backlinks dan Google Pagerank.Disebabkan direktori web ini baru saja aku lancarkan jadi direktori ini akan mengambil masa yang lama sedikit untuk mendapatkan Google Pagerank dan trafik.
Pautan atau link yang disenaraikan adalah percuma.Sudahlah percuma, free pula.Tiada bayaran yang dikenakan sama sekali kecuali kepada mereka yang ingin mendapatkan status “Featured”.Bayaran akan dikenakan sebanyak RM28.00.Bayaran boleh dibuat melalui Paypal atau pun kepada mereka yang tidak mempunyai akaun Paypal, bolehlah hubungi aku untuk mendapatkan nombor akaun bank tempatan aku.