Suara Peduli Palestin

Archive

Why do we read Quran, even if we can’t understand it ?

Al Quranul Karim

I got this interesting stroy from Ahmad Fadzli Mohamad Yusof via emai.This story will answer the question about why do we read Al Quran even if we cannot understand a single Arabic word.Just read and you will find the answer.

This is a beautiful story of an Old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur’an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Qur’an just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Ta ke this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”
“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

“Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be Changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.” Why do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word????

Salam Eidul Adha

Salam Eidul Adha

Untuk Hari Raya Eidul Adha ini aku beraya di Cheras saja.Tidak tahu lagi sempat atau tidak untuk pulang ke kampung.Lembu di Surau Al-Huda di taman rumah aku bakal menumbangkan dua ekor lembu berbanding dengan tahun sebelum ini empat ekor lembu berjaya ditumbangkan dan selamat disembelih untuk ibadah korban.

Walau berapa pun unta, kambing, lembu dan kibas ditumbangkan aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Adha.Semoga lebaran ini dapat mengingatkan kita kembali pengorbanan terbesar seorang nabi yang diwahyukan untuk menyembelih anaknya sendiri.Jika lupa siapakah nabi yang diceritakan sila buka buku kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Aku dan Kacang Ngan Yin

Kacang Ngan Yin

Memang seronok menonton cerita Behind Enemy Line lakonan Owen Wilson sambil tangan sibuk mengupas kulit kacang Ngan Yin.Satu demi satu kacang menjadi permainan tangan aku kemudian aku masukkan biji kacang tersebut ke dalam mulut sambil mata melihat babak-babak kagum hasil lakonan Owen Wilson.

Kacang Ngan Yin

Kacang memang sedap dimakan ketika sedang melayan sesuatu cerita.Tak kisahlah drama mahu pun filem asalkan.Kadang-kadang iklan pun aku layan sambil kacang berada di sisi.Pantang ada kacang di rumah, aku akan selongkar segala bagai almari dapur aku.

Kacang Ngan Yin

Pastikan habuk kacang tidak bertaburan.Kulit kacang diletakkan dalam satu bekas khas plastik.Kalau tidak, satu lagi kerja untuk aku mengeluarkan vacuum machine untuk menyedut segala macam 1001 habuk di permaidani di ruang tamu aku.

Kebosanan Tahap Dewa

Kebosanan Tahap Dewa

Bosan.Itulah perasaan yang dapat aku rasakan ketika ini.Jika pada zaman persekolahan, detik inilah yang dinanti-nanti tapi semua bertukar menjadi bosan.Rasa ingin kembali ke sekolah membuak-buak.Lebih bagus jika aku pergi ke sekolah setiap hari dan berbual-bual dengan rakan-rakan yang semestinya berasa bosan jika berada di rumah.

Lain lain bekerja manakala yang lain berada di rumah sepanjang masa seperti aku.Kadang-kadang orang kata bagus jika mereka bekerja dan sekurang-kurangnya ada wang makan minum.Apa tak bagus jika duduk di rumah? Bagi aku itu masing-masing punya perspektif yang penting mereka tahu apa kebaikan yang boleh mereka ambil.

Sabtu ini, jika diberi rezeki aku akan ke Cosmopoint bersama rakan aku.Belajar grafik dan aplikasi Flash.Aku sudah cuba untuk belajar sendiri tapi tidak membuahkan hasil.Aku perlukan pengajar supaya aku lebih faham dan lebih berkeyakinan.Memang cita-cita aku untuk menguasai bidang seni bina grafik tapi aku kurang bakat.Minat sudah ada tapi bakat perlu ditajamkan lagi seperti tajamnya anak panah.

Walaupun kadang-kadang mereka mengatakan diri aku begitu mahir tapi aku tolak seratus peratus.

Kehidupan Aku #1

Apabila timbul sesuatu yang menarik dalam hidup aku, yang aku rasakan perlu aku kongsi dengan kamu semua maka aku akan tulis entri “Kehidupan Aku” yang merupakan entri bersiri dan akan bertambah dari masa ke semasa.Sebagai pembukaan aku akan kongsi bersama kamu semua tiga perkara.

Blogging Station

Aku merasakan sudah tiba masa untuk aku membuat revolusi terhadap Blogging Station aku.Aku perlukan ruang yang luas supaya fikiran dapat berfungsi lebih lama dan mantap.Aku rasa sudah hampir satu tahun lebih aku tidak mengubah kedudukan komputer aku mahu pun barang-barang yang berkaitan.

Bulan 4

Gambar di atas merupakan gambar yang aku sekitar bulan April.Tempat yang sempit membuatkan aku mudah rasa tertekan lebih-lebih lagi apabila status “Not Responding”.

Bulan 12

Gambar di atas aku tembak pada 11 Disember 2007.Tiada apa yang berubah kecuali warna lampu florescent dari Day Light ke Warm Light.Oh! Lagi satu yang berubah ialah speaker Altec Lansing aku.

Kalendar Exabytes

Exabytes 2008

Aku menerima sepucuk surat daripada Exabytes.Pelik aku.Setahu aku, kontrak aku sudah pun tamat dengan Exabytes.Aku buka dengan penuh debaran dan wow! Kalendar 2008 Exabytes.Rupa-rupanya semua pelanggan mereka yang pernah berdaftar dengan Exabytes akan mendapat Kalender 2008 Exabytes.Sungguh istimewa.

Cek Advertlets

Cek Advertlets

Aku menerima sepucuk surat juga tetapi yang ini bukan dari Exabytes tetapi dari HSBC Bank.Aku buka dengan penuh berhati-hati dan wow! Aku menerima cek kedua dalam hidup aku.Cek pertama dari luar negara iaitu daripada Text Link Ads.Advertlets mencipta sejarah sebagai cek kedua.

Kehidupan siri pertama tamat di sini.

Projek Pertama Dari Fahmishah

Tebaboom Directory

Projek Tebaboom Directory terbaru dan pertama dari aku.Projek ini akan dilancarkan sebaik sahaja segala proses pelaksaan lengkap dengan sebaik mungkin.Insha allah.Jika pelaksaannya seperti yang dirancang maka aku akan terus melancarkannya secara besar-besaran.Aik? direktori web pun mahukan besar-besaran? Tak salah bukan?

Sebenarnya sudah lama projek aku ini terbengkalai.Terbengkalai projek ini bukan kerana aku suka tangguh-tangguh tapi biarlah masalah yang utama diselesaikan dahulu.Aku bukannya cukup kudrat mahu lakukan 10 perkara dalam satu masa.Jika aku mampu lakukan sedemikian nescaya pasti sudah lama aku lancarkan projek ini.

Aku berharap projek pertama ini akan mendapat sambutan dan aku berharap anda, anda dan anda dapat menyebarkan perkara ini.Kalau produk lain boleh diiklankan takkan produk anak melayu sendiri tidak mahu dibantu.Fikir!

Masa Untuk Happy!

Masa Untuk Happy!

Desas-desus dari laman blog yang lain membuatkan aku berasa teruja kembali untuk mencipta satu lagi entri pada Fahmishah.Com.Kali ini aku memerihalkan mengenai Happy yang merupakan prabayar terbaru dari Malaysia sendiri.Aku pasti salah satu syarikat telekomunikasi lain akan tertelan air liur buat jangka masa tertentu sambil memikirkan strategi pemasaran terbaru mereka

Masa Untuk Happy!

0.99 sen untuk satu panggilan.1 sen untuk sesaat anda bercakap.10 sen untuk SMS ke rakan-rakan.60 hari kesahihah atau pun valid.Jika sebelum ini RM10 untuk seminggu, RM30 untuk sebulan dan sebagainya tetapi dengan mana-mana nilai anda akan mendapat 60 hari atau 2 bulan.

Masa Untuk Happy!

Salah satu yang buat aku berasa kagum adalah laman web Happy yang begitu kool!.Penampilan warna yang bertukar-tukar apabila bertukar halaman membuatkan mood untuk terus melayari dan mengetahui secara mendalam tentang Happy.Sudah tiba masa untuk aku dapatkan satu Happy untuk memberikan keseronokan dalam hidup aku sepanjang masa walau di mana jua.

Layarilah laman web Happy

Obsesi Tema

Obsesi Tema

Jika dikira dari awal bulan sehingga ke hari ini, sudah berapa tema yang aku gunakan sekali gus mencipta rekod bulan paling banyak aku lakukan perubahan.Entah mengapa aku suka benar menukar wajah blog aku yang sunyi ini.Pantang melihat tema yang baru dan istimewa serta simple terus aku tanpa berfikir dua kali menukar dengan serta-merta.Mungkin kerana aku begitu cerewet? Mungkin juga.Aku begitu mengambil berat terhadap tamparan pertama apabila pelawat melawat blog aku.

Suka hati akulah.Inikan blog aku.Blog aku ini khas untuk penulisan kehidupan aku serta resolusi sekeliling aku.Apa yang aku dengar aku tulis, apa yang aku tahu aku kongsi, apa yang aku lihat aku paparkan di sini.Jadi, untuk menaikkan mood para pembaca yang budiman serta memberikan rasa ketenangan aku lebih sukakan nilai clean and simple diterapkan dalam tema blog ini.Kadang-kadang aku sendiri bosan dengan blog aku sendiri sehinggakan aku berasa malas untuk berkongsi kisah dengan para pembaca.

Insya Allah.Aku akan terus menukar tema dari satu ke satu yang lain untuk memberikan mood yang berbeza-beza setiap kali para pembaca membawa apa yang aku tulis di sini.