Suara Peduli Palestin

Archive

Raihan - Salamunalaik

Raihan - Salamunalaik

Penasyid - Raihan
Tajuk - Salamunalaik

Lirik

Ya Rasulolloh salamun’alaik
ya rofi’asy-syani wad-daroji

Ya Rasulolloh salamun’alaik
ya rofi’asy-syani wad-daroji

‘athfatan ya jirotal’alami
ya uhailal judi wal karomi

‘athfatan ya jirotal’alami
ya uhailal judi wal karomi

ya uhailal judi wal karomi

nahnujiiranum bizal harami
haramul ihsaani wal hasani

nahnu min qaumiim bihi sakanu
wabihi min khaufihim aaminu

wabiayatil qur’ani ‘unu
wabiayatil qur’ani ‘unu

ya rofi’asy-syani wad-daroji

Ya Rasulolloh salamun’alaik
ya rofi’asy-syani wad-daroji

‘athfatan ya jirotal’alami
ya uhailal judi wal karomi

‘athfatan ya jirotal’alami
ya uhailal judi wal karomi

ya uhailal judi wal karomi

Iktibar Dari Semalu

Anakku…

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Dipetik dari Randomness

Back To School For Vroooom!

Vrooooooooooooooooooooooooom!

Artis: Peterpan
Tajuk : Di Atas Normal

Aku kini dalam proses kembali ke sekolah setelah berbuang masa hampir 7 minggu tanpa melakukan perkara-pekara yang berfaedah.Bodoh betul aku ini.Sudah diberi peluang bercuti hampir 5 bulan setelah berpenat lelah menjalani zaman persekolahan selama 12 tahun (termasuk tadika).Memang betul aku ke sekolah tetapi bukan sekolah berunsur akademi dan kokurikulum tetapi sekolah memandu.

Cepat betul masa berlalu.Dahulu aku melihat kakak aku belajar memandu diikuti kakak aku yang kedua dan abang aku dan kini aku bakal menjalani proses yang sama.Gemuruh memang ada tapi sampai bila tak tahu nak memandu dan menunggang.Kalau dahulu aku sering mengayuh basikal dengan slumber tetapi kini aku lebih kool jika aku diberi iktiraf untuk memandu kereta dan menunggang motosikal.

Ahad ini aku diwajibkan hadir ke kursus JPJ di Segambut.Masya Allah! 5 Jam kursus.Tapi bila difikirkan memang berbaloi kerana hanya dengan 5 jam kau boleh memandu dan menunggang selagi kau mampu berbuat demikian.Aku terpaksa hadir ke kursus sebanyak dua kali kerana aku memohon lesen L untuk motosikal dan kereta.Cuak pun ada sebab aku seorang saja yang memohon.Rakan-rakan lelaki yang lain aku tak tahu cerita.Ada yang ’semangat’ mahu memohon kemudian membawa girlfriend bersiar-siar tetapi sampai sekarang tak jejakkan kaki untuk mendaftar.Ceh!

Lagu di atas nyanyian kumpulan Peterpan dari Indonesia.Layankan saja.

Fakta menarik : Imej di atas merupakan imej kereta kegemaran aku iaitu Subaru Impreza.

Sabtu Dan Ahad Punya Cerita

Lompat

Akhirnya pada hari Selasa ini baru aku dapat menulis entri untuk kali pertama dalam bulan Disember ini.Akibat kesibukan melanda dan kerosakan pada komputer Pentium 4 kesayangan aku membuatkan aku peluang aku tipis untuk menjenguk blog sendiri dan rakan-rakan lain.Alhamdulillah, pada hari ini nampaknya tiada halangan untuk aku teruskan blogging seperti pada hari-hari yang lepas.

Kisah Sabtu

Aku bangun awal pagi itu.Seperti biasa pada cuti-cuti sebelum ini, aku dan rakan-rakan yang lain mengatur masa masing-masing untuk permainan badminton yang menjadi rutin kami.Kami menempah dua gelanggang iaitu A dan C di Dewan MPAJ Dato’ Ahmad Razali, Ampang.Tiba di dewan tersebut ada orang yang lebih awal bermain di gelanggang A kami.Kami pelik dan hairan sedangkan kami telah menempah.Orang yang sedang berlatih itu menyatakan dia juga menempah gelanggang A sambil menunjukkan resit pembayaran.Jadi kami mengambil keputusan menggunakan gelanggang C dan D memandangkan ada kekosongan.Sedang seronok bermain ada pula kumpulan lain datang dan menyatakan gelanggang D kepunyaan mereka sekarang.

Pokoknya di sini salah siapa? Siapa tempah awal dia dapat? Masih mengamalkan siapa cepat dia dapat? Orang A mengatakan dia tempah lagi awal pada 29 November manakala aku menempah gelanggang A pada 29 haribulan dan gelanggang C pada 30 haribulan.Ok! Gelanggang C memang milik kami tetapi gelanggang A masih ragu-ragu.Seboleh-boleh aku ingin mengatakan gelanggan A milik kami kerana pada hari penempahan aku menurunkan tandatangan pada ruangan tempah sedangkan semasa aku tempah aku tidak nampak sebarang tandatangan.Mesti turunkan tandatangan supaya tidak diambil orang.Sedangkan dia mengatakan dia hanya membayar duit dan menyuruh pegawai itu lakukan semua.Apa kau fikir kau boleh menyerahkan tanggungjawab kau kat orang lain? Tutup cerita.Banyak lagi nak membebel tapi malas.

Pada malamnya, aku dan rakan-rakan yang sama menuju ke Eye On Malaysia.Pertama kali dalam hidup aku melihat ciptaan gah Malaysia yang selalu dibangga-bangga.Memang ramai manusia di sana lebih-lebih lagi ketika membeli tiket.Hampir 40 minit berdiri menunggu giliran untuk berdiri di hadapan gerabak.Berbaloilkah? Satu perkara yang aku begitu tertarik adalah cahaya laser yang mengikut rentak muzik pada malam itu.Aku dan rakan-rakan yang lain berada dalam gerabak ketika jam menunjukkan pukul 10.40 lebih kurang.Cis! Membuang masa hanya untuk berputar-putar.Tapi bila difikirkan berbaloi untuk dijadikan pengalaman.Aku pulang ke rumah pada jam 1 pagi setelah berbincang untuk projek yang berikutnya di medan makan Taman Maluri.

Kisah Ahad

Pukul 10.36 pagi aku tiba di steten LRT Cempaka bersama-sama rakan aku.Destinasi kami adalah Plaza Low Yat.Rakan aku ke Low Yat untuk membeli barang manakala aku datang semata-mata untuk cuci mata melihat gajet-gajet canggih penuh teknologi.Mula-mula kami menuju ke Berjaya Times Square untuk menukar mata wang Singapore ke mata wang Malaysia.Bukan aku punya tetapi rakan aku.Kemudian kami ke Borders untuk melihat manga dari Jepun.Aku terserempak dengan datuk aku, mak long aku, mak su aku dan mak cik aku serta sepupu-sepupu yang lain.Salam-salam kemudian bye bye.Hampir 10 ke 15 minit kami meneliti manga.Aku berminat nak beli satu tapi aku tidak cukup duit.

Di Low Yat kami berpusing-pusing sebelum ke Sri Computer.Di Sri Computer si rakan aku mencari headphone dan earphone untuk dan abang dia manakala aku mula hanya untuk melihat harga LCD Monitor yang sudah lama aku idamkan.Dalam masa terdekat ini bakal aku dapatkan satu.Insha Allah.Destinasi terakhir di Low Yat adalah Mac Studio untuk melihat Mac Os X terbaru keluaran Apple.Setelah puas men’cuci mata’ maka kami pun menuju ke Times Square semula untuk makan tengah hari.

Jam 3.30 aku tiba di rumah dan saudara-mara yang aku jumpa di Times Square berada di rumah aku.Tamat

Isu Hindraf Di Fahmishah.Com

Kesalahan Tatabahasa Tidak Menjadi Isu.

Pada mulanya, aku tidak begitu mengambil tahu apakah itu Hindraf.Sehinggakan aku sendiri terpaksa melawat satu blog ke satu blog yang lain.Akhirnya, Alhamdulillah.Aku berjaya mendapat informasi yang perlu aku lekatkan dalam kotak pemikiran aku.Isu kaum India yang tidak berpuas hati dan ingin menyaman pihak British dan menunding kepada pihak tersebut tentang kemunduran kaum mereka.Kalau salah fakta tolong Buzz! aku.

Berpuluh-puluh maklum balas mengenai isu Hindraf ini aku baca baris demi baris pada entri-entri dalam setiap blog yang aku baca.Ada orang melayu kata itu, orang india pula serang dan salahkan melayu tak lupa menunding jari kepada Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi serta dikuti serangan balas oleh pihak melayu sendiri.Kata-kata yang begitu tidak menyenangkan memang tidak sah kalau tidak disertakan.

Itu pokok iaitu kemunduran kaum minoriti di negara ini menjadi penyebab berlakunya permasalahan ini.Bagi akulah, sebelum nak menunding jari kepada orang lain lebih baik dan bijaksana jika kita cermin diri kita.Sebelum mahu menyabitkan sesuatu perkara melibatkan orang lain sila perhatiankan diri.Kaum minoriti mengatakan mereka tertindas hidup di Tanah Melayu (Malaysia).Kita yakni kaum bumiputra diberi layanan istimewa dan mereka mengatakan “Ini Tidak Adil!” (dengan gaya Abdul Wahub, Tiga Abdul).Eh Hello! Jangan nak salahkan orang melayu.Kalau betul-betul kaum minoriti ditindas dari mana datangnya peguam-peguam ? doktor-doktor ? cikgu-cikgu ? polis-polis ? dan yang penting siapakah Menteri Pengangkutan Malaysia sekarang?

Kesimpulan aku yang mudah aku sertakan di sini untuk Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain.Kita tidak akan ditindas sekiranya kita berusaha mengeluarkan diri kita dari belenggu masalah.Kita tidak akan menyalahkan orang lain sekiranya kita sendiri mencari kekurangan diri sendiri.Sekian.

* Cis! Aku benci betul isu-isu ini.

Sami Yusuf - Ya Mustafa

Sami Yusuf - Ya Mustafa

Artis : Sami Yusuf
Tajuk : Ya Mustafa

Mustafa, Mustafa, Mustafa.
Ya Mustafa ya Mustafa ya Mustafa
Allahumma salli ‘alal Mustafa
(O Allah send your blessings on the Chosen One)
Mustafa Mustafa Mustafa

Solo
You’re our prophet,
Our beloved,
Truly you are,
Most just and kind (3)

Chorus
Allahumma salli ‘alal Mustafa
Mustafa Mustafa Mustafa
Ya Mustafa ya Mustafa ya Mustafa
You’re the Guide
Sent by Allah
To lead us
Towards the light (3)

Chorus
In your manners
And in your deeds
All the Prophets
You did exceed (3)

Sami Yusuf merupakan salah satu penasyid yang aku gemari selain Yusuf Islam.Irama nasyid sungguh lain dari yang lain.Unik.

Fahmishah.com Dengan Imej Baru

Belon terlepas mak!

Artis: The Cats
Tajuk : Aku Dan Diriku

Alhamdulillah.Hanya tinggal beberapa lagi tahap yang perlu aku lepasi untuk menyelesaikan projek wajah baru pada blog aku.Projek menukar kepada tema satu kolum ini telah lama aku jalankan secara sulit tanpa pengetahuan mereka-mereka yang jarang melawat blog aku.Kepada mereka yang setia kepada blog ini mungkin telah melihat beberapa kastomasi yang aku lakukan tehadap beberapa tema satu kolum.Aku memilih tiga tema 1 kolum dan aku menjalankan kajian dan cubaan satu persatu supaya tema tidak mengacau isi kandungan blog aku ini.Konsep kali ini ialah lebihkan membaca daripada melihat sidebar.

Manji.Satu tema keluaran Broken Kode telah berjaya dipilih sebagai tema terbaru untuk Fahmishah.com setelah beberapa aku kali aku menekan butang keyboard dan memusing-musing mouse sambil menjulingkan mata aku.Serius aku cakap, aku tiada bakat dalam mereka bentuk lblog.Padahal aku minat gila dengan mereka bentuk blog.Pelik.Tapi tak mengapa, kalau ada minat mesti boleh jalan punya.

Masih tinggal beberapa lagi proses yang belum siap.Aku sedang cuba untuk memasang rotate banner system supaya bertukar-tukar mood setiap kali datang ke blog ini.Nampak canggih sedikit.Bahagian menu masih ada kecacatan dan image shadow effect berjalan dengan lancar dan aku perlu bermain dengan saiz imej supaya nampak lebih baik dan berkualiti.

Imej sekadar perhiasan.
Ehsan Deviantart.
Lagu sebagai penghibur kepada kebosanan

Sudahkan Anak Anda Didaftarkan?

Sudahkan Bayi Anda Didaftarkan?

Baru saja sebentar tadi aku mengaktifkan diri aku di Portal Jiwang semula.Hampir dua tahun aku tidak menjenguk portal itu sejak aku beralih kepada Forum Jiwang.Rupa-rupanya wujud lagi forum di ruangan Portal Jiwang jadi aku pun teruslah menjenguk manalah tahu ada artikel-artikel menarik untuk dijamu.Rakan-rakan di Portal Jiwang semua memang banyak berkongsi artikel menarik sehinggakan aku sendiri menyebarkan artikel-artikel itu kepada rakan sekelas aku.

Tadi aku nampak ada satu topik yang menarik iaitu “Penipuan SPR Terbukti!!!”.Aku yang begitu sangat sensetif dengan isu-isu panas seperti ini teruslah menekan butang tetikus aku untuk mendapat tahu isi kandungan.Dalam minda sudah terbayang-bayang perkara negatif yang aku sendiri tak tahu dari mana datang.Kamu semua nak tahu apakah penipuan yang dilakukan SPR? Bagi aku, apa yang aku akan kongsi di sini bukanlah penipuan yang sebenar tetapi dalam minda aku mungkin kerana data yang bercampur aduk dan mungkin kesalahan teknikal.Mana tidak’nya, cuba kau bayangkan budak setahun jagung pergi mengundi.Pelik bukan? Budak-budak manalah tahu apa itu Pas, Umno, Dap dan segala macam parti.Mereka tahu pangkah saja!

Cuba pergi ke laman web SPR untuk semakan status pemilih.Kemudia cuba taipkan nombor-nombar kad pengenalan seperti berikut

  • 991214740101
  • 981231081137
  • 890520610089
  • 961231742099
  • 910815750017

Sudah? Apa yang kamu semua nampak? Budak-budak sudah distatuskan sebagai pemilih bukan?Ada pula satu budak sudah bergelar Haji.Aku mula rasa was-was dengan sistem SPR.Bukan aku ragu-ragu dengan sistem suruhanjaya tapi sistem aplikasi dalam internet seperti ini.Sebelum apa-apa pihak cuba memanipulasikan SPR aku rasa lebih baik SPR betulkan sistem.Kalau tidak, sila buang perkataan cekap sebagai cogan kata.Sekian.