Kategori : Aku

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 55-250mm @ 208mm
Exposure : 1/100 sec at f/5.6
Editor : Adobe Photoshop CS3
Location : Sek.Men.Keb Pandan Indah
Gambar yang aku shoot untuk Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran ke SMKPI belum aku serah kepada guru aku.Mungkin dia sudah membebel macam-macam.Yelah! Servis dah dibayar tapi bahan tak dapat lagi.Apa barang aku nih! Nak kata sibuk, tak juga dan nak kata senang, tak juga.
Dana Google Adsense aku saban hari semakin meningkat.Cuma, sejak tragedi “crashing of database” yang memaksa aku shutdown blog bahasa inggeris aku - www.tebaboom.org lantas melumpuhkan ekonomi aku.Cis! Semakin lambatlah masa untuk aku grab 430EX *430EX II dah keluar dan BG-E3.Gie of Silentblog telah pun mencipta satu photolog untuk tatapan umum - silentgraphy.com *domain khas tuuuu!
Sabtu lepas, padang MPAJ hampir dipenuhi oleh umat manusia tak kira Cina, India, Melayu ketika mana Tuan Guru Nik Abdul Aziz turun menyampaikan ceramah agama dan ceramah politik.Aku tak sangka junior aku yang berbangsa India pun turut ada bersama keluarga.Hidup Bangsa Malaysia! Maaflah, tiada fhoto untuk dikongsi sebab hasilnya semuanya melebihi tahap suck! dan hampir-hampir mencecah paras tahi lembut (bullshit)
Pada 23 Jun 2008 hari Isnin nanti, sekali lagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan turun ke Pandan Indah tetapi bukan di padang tapi di Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk menyampaikan ceramah.Allahu Akhbar! Pemimpin ini yang kita mahu.Pemimpin yang tahu selok-belok agama dan memberi ceramah.Bukannya berdiri di pentas dan hanya bercakap soal keduniaan.Paling cikai pun kaitkan ucapan itu dengan soal agama.Ini tidak.Cis! Mana agama kamu!
Thema Wordpress kini agak ringkas dan bersih lagi-lagi ringan *mungkin.Jika berminat untuk turut serta disenaraikan pada bahagian sidebar untuk “Blogger Malaysia” sila berikan komentar berserta alamat blog atau laman web.








Di’snap menggunakan Sony Ericsson

