Suara Peduli Palestin

Archive

Photo : Welcome To My Life Nokia 5300

Sedikit sejarah berkaitan jenama handset yang pernah aku genggam. Mula-mula sekali Nokia dan selepas itu NEC kemudian Nokia dan selepas Nokia aku bertukar kepada Sony Ericsson dan selepas itu Nokia semula.Har Har Har!!!

Selamat datang Nokia 5300 dan model ini pernah menjadi model Nokia idaman aku pada mula-mula diperkenalkan. Aku downgrade Sony Ericsson K850i aku kepada Nokia 5300 sebab SE K850i itu aku berikan kepada kakak aku dan kakak aku berikan aku Nokia 5300 yang baru. Sebelum ini dia pakai SE K800i tapi sudah tidak berkenan. Apa barang handset baru pakai satu tahun terus dah give up! Walaupun Nokia 5300 merupakan model yang dah ramai orang pakai dan boleh dikatakan agak basi tapi akhirnya missison accomplished to get it!

Sekarang aku boleh shuffle di tengah jalan sambil tangan menggenggam Nokia 5300.

Imej di’rakam menggunakan 350D kesayangan dengan kitlens 18-55mm f/3.5-5.6

Come Back with Wordpress

DSLR : Canon 350D
Focal length : 55mm
Exposure : 1/15sec at f/5.6

Ya! Tidak sampai beberapa jam pun, aku sudah tukar semula ke Wordpress. Jika sebelum ini aku cuba untuk hidup bersama Tumblr, tetapi jodoh aku masih dengan Wordpress. Apa jampi yang di’pakai aku sendiri tak tahu.

Persoalan yang akan berbangkit pada entri kali ini mungkin seperti ini, kenapa kalau sudah guna Wordpress tak buat sambung saja untuk blog yang lepas? Tak buat backup‘kah? Errr! Sebenarnya aku buat backup dan hari-hari aku lakukan. Cuma aku rasa malas dengan yang lama jadi mahu ada semangat baru untuk yang baru. Macam tahun baru’lah! Semua benda mesti baru. Jadi aku pun tak mahu ketinggalan.

Ada beberapa elemen saja yang aku masih guna pakai iaitu tagline dan konsep. Blog berkisar peribadi, isu semasa dan fhotografi. Aku akan cuba gunakan pendekatan bahasa inggeris untuk entri-entri yang aku rasakan aku boleh menulis dalam bahasa inggeris. Apa lagi ? Itu saja rasa’nya.

Kita bertemu untuk entri yang akan datang.

Terus Menunggu

DSLR : Canon 350D
Focal length : 109mm
Exposure : 1/200 sec at f/5.6

Untuk makluman, gambar di atas kurang sharp’nya.Harap maklum.

Seperti yang dimaklumkan menerusi tajuk yang dipaparkan, aku terus menunggu sebilangan manusia untuk melakukan satu projek gerak gempur yakni projek yang dilakukan bukan dengan rasa tanggungjawab tapi lebih kepada takut kepada seseorang dan demi mengejar masa. Salah siapa yang memilih tajuk projek yang agak sukar walaupun ada orang kata projek itu senang. Projek hendaklah dibentangkan apabila tamat tempohnya.

Satu kumpulan setengah jam diberi, ada sembilan kumpulan dan kumpulan aku kumpulan kelapan yang akan ke hadapan untuk membentangkan hasil. Semua ahli kumpulan ada yang duduk di Pekan, Shah Alam, Kuantan, Alam Damai, Cheras dan ini memaksa semua orang menggunakan teknologi yang hebat untuk berkomunikasi.Apa guna Tun Dr. Mahathir meng’implimentasi’kan teknologi canggih di Malaysia jika tidak digunakan.

Wahai ahli-ahli kumpulan, switch on you PC and please login to your Yahoo! Mesengger so we can finish up our Religious Study Project. Online lah woi! Dah lah tajuk susah lepas tu buat-buat lupa nak buat kerja pulak woi! Krrrhhh! Haktuih!

Photo : Colours Of Penang

Shot with my 350D and all the picture is taken at Penang. For me, picture is just not taking the real picture because picture can be anything and I enjoy it.

Helo Helo! Percubaan 1..2..3 !

DSLR : Canon 350D
Focal length : 18-55mm @ 18mm
Exposure : 1/200 sec at f/3.5

Falsafah hidup aku. Apabila sudah mula rasa bosan, maka cepat-cepatlah berubah angin. Merasakan diri sudah bosan dengan Wordpress, jadi aku beralih arah menggunakan servis percuma untuk terus-menerus menempekkan diri dalam dunia internet.

Babak pertama berlaku apabila servis hosting berbayar aku sudah tamat tempoh. Jadi aku perlu cari dana untuk aktifkan kembali.Aku tanya kepada diri aku sendiri satu soalan. Apa guna aku aktifkan sedangkan ruang yang aku gunakan terlalu sedikit dan bandwith yang dikeluarkan sangat sedikit? Ah! Lebih bagus kalau aku guna perkhidmatan percuma. Manusia sekarang semua baik-baik.

Babak kedua. Bosan dengan Wordpress. Entah kenapa dikala manusia berlumba-lumba dengan Wordpress aku pula mahu lari dari Wordpress. Apa barang semua ini ? Ah! Pergi matilah, Aku kata dah bosan, bosanlah! Aku mahu lakukan sesuatu yang lain dari yang lain tetapi motif asal tetap sama.

Jika sebelum ini aku digelar online money maker, jadi sekarang serta-merta aku drop‘kan status itu. Aku kini hanya menunggu cek pertama dan terakhir dari Nuffnang. Advertlets? Boleh jalan.

Sasaran sekarang? Tingkatkan kebolehan diri dalam programming dan photography.

08.08.08

Kucing yang meminta makanan

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 50mm
Exposure : 1/80 sec at f/1.8
Editor : Adobe Photoshop CS3

Lapan hari bulan lapa tahun dua ribu lapan atau 08.08.08 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang di seluruh dunia, mungkin!. Aku juga tidak mahu ketinggalan mengeluarkan entri pada tarikh 08.08.08 kerana aku terpaksa menunggu satu milenium untuk tarikh 08.08.08 datang semula. Apa berita menarik hari ini ya? Oh ya! Sepupu aku bernikah pada tarikh 08.08.08. Aku tak sempat shoot tadi, sebab aku datang lewat. Cis! Haktuih untuk aku!

Ha! Ha! Ha! Bosan Giler!

Kucing yang manja

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 50mm
Exposure : 1/200 sec at f/1.8
Editor : Adobe Photoshop CS3

Agak bosan untuk mendapatkan input-input semasa sekarang dengan internet. Lebih kepada membaca secara manual. Pergi ke kedai membeli surat khabar. Agak bosan juga untuk mendapatkan input untuk dikongsi untuk dijadikan output di blog aku. Fahmishah.com dan Tebaboom.org sepi sekarang. Ada cadangan untuk dua blog itu kembali meriah seperti dulu ? Nanti ada entri pendek khas berkaitan dengan 350D aku.

Psst! Apa barang wei! Sudah beli D80 tapi tak guna.Cis! Haktuih! Lebih baik bagi aku.

Uji Pandu

EE EF LIMAPULUH EM\'EM EF ONE POINT EIGHT

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 50mm
Exposure : 1/25 sec at f/1.8
Editor : Adobe Photoshop CS3

Agak susah pada mulanya untuk menggunakan lensa baru ini. Mengambil masa untuk dapatkan jarak yang agak ‘cun’. Nilai 1.8 membawa era baru kepada aku.