Suara Peduli Palestin

Archive

Main Lif

“Treeet! Treeet!”. Bunyi itu memang akan selalu menceriakan hati pengguna lif. Apabila lif berbunyi sedemikian, maka salah seorang terpaksa dikorbankan demi meringankan muatan lif tersebut. Satu tarikan di institut pertapaan aku.

Inkris Yor Skil

Sony Alpha 200 milik Abang Farez

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 18-55mm @ 50mm
Exposure : 1/25 sec at f/5.6 Flash Fired
Editor : Adobe Photoshop CS3
Location : Dewan Pernikahan, Masjid Wilayah

Yuhu~ Petang tadi aku ke Masjid Wilayah, ehmm aku sendiri tak tahu nama rasmi untuk masjid tersebut. Aku ke sana untuk satu majlis pernikahan kakak kepada abang ipar aku bersama pasangan hidupnya. Seramai empat orang fhoutografer telah beraksi dengan DSLR masing-masing. Dua daripadanya empat tersebut ialah fhoutografer berbayar manakala dua lagi hanya freelance yang masih terlompat-lompat dalam dunia DSLR. Aku dan Abang Farez merangkap abang ipar baru aku.

Aku sudah mula gunakan mode Manual untuk speedlite aku semasa majlis tadi, memang sudah dapat agak berapakah guide number yang aku aku gunakan untuk sekian sekian. Dengan keadaan siling yang tidak terlalu tinggi, memudahkan aku untuk beraksi dengan lebih meyakinkan. Aku masih terlompat-lompat untuk beraksi di dalam dewan besar seperti mana majlis persandingan kakak aku Ahad lepas. Memang failed!

Esok, majlis persandingan untuk pihak lelaki berserta dengan kakak abang ipar aku dengan pasangannya. Mean, ada dua pasang pengantin akan beraksi esok. Fhoutografer untuk pengantin baru sudah ada cuma fhoutografer untuk kakak aku belum ada. Mungkin aku akan ada on call esok. All right! aku mahu cas itu bateri.

Oh ya! Akaun flickR aku hanya tinggal baki 26mb saja untuk bulan ini. Tunggu bulan depan untuk dapatkan saiz yang sedikit besar. Aku sudah berhenti dalam dunia pembikinan duit secara dalam talian. Jadi tunggu aku tukar kad ATM aku kepada kad debit.

Bersemaraklah Semangat Blogging!

18 dan 19 Julai merupakan hari yang boleh dikatakan penuh dengan keceriaan di rumah aku. Boleh aku katakan seumur hidup mungkin dua tiga kali berlaku acara sebegini. Saudara belah ayah dan saudara belah emak aku bertandang di rumah aku demi memeriahkan majlis perkahwinan kakak aku.

Sedang-sedang kepoh di dapur dan di hadapan rumah, aku sibuk melakukan aktiviti sampai aku tak fikir satu pun apa topik yang ingin aku kongsikan untuk para pembaca semua. Disebabkan hampir 4 hari tidak menjeguk blog sendiri jadi secara automatik hilang sudah semangat aku untuk blogging. Apa barang ! Done

Ini Baru ‘Real’ Datuk K

Datuk K

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 55-250mm @ 123mm
Exposure : 1/200 sec at f/5.0
Editor : Adobe Photoshop CS3
Location : Rumah

Ini datuk saya belah mak. Akan menetap di rumah aku sehingga hari berlangsungnya perkahwinan kakak aku. Cucu nombor tiga beliau mahu kahwin. Aku sudah terjebak dengan black & white. Gambar yang lain sudah aku upload di FlickR

WordPress Dua Perpuluhan Enam (2.6)

WordPress 2.6

WordPress 2.6

Ya! Aku sudah naik taraf blog ini kepada versi 2.6 yakni versi terbaru WordPress yang juga diberi nama WordPress 2.6 “Tyner”. Pelik aku, kenapa WordPress suka memberi nama kepada versi-versi yang dikeluarkan. Apa pun, aku harap selepas ini perjalanan sistem blogging aku akan lebih mantap dan super demi menjaga kepentingan para pembaca. Sudah upgrade belum WordPress anda ? Jom download Wordpress 2.6 “Tyner”.

Untuk Khamis dan Jumaat ini, aku akan sibuk sedikit. Mahu servis WRE4879, mahu kemas-kemas rumah, mahu susun langkah silat. Kakak akan bernikah Sabtu ini dan berlangsung pada hari Ahad. 3 orang fhoutografer dijangka akan beraksi iaitu Don, Safuan dan aku sendiri. Don, seorang fhoutografer upahan, dua orang fhoutografer sampingan iaitu Safuan iaitu sepupu aku dan aku sendiri.

Kehidupan Aku #9

Wordle.com

Kos menggunting rambut aku sudah naik tiga ringgit. Sebelum ini lima ringgit saja, ini tak boleh jadi. Yuran hosting perlu bayar akhir bulan ini. Pinjaman MARA belum masuk lagi. Apa barang semua ini ? Habuan dari Google Adsense dan Nuffnang bulan depan baru dapat.Cis! Bulan depan juga aku dapat merasa 50mm.

Tunang kakak aku sudah angkut satu dslr. Selepas ini makin meningkatlah kiraan shutter aku. Sebab ? Sudah tentu kami akan memburu gambar bersama-sama selepas ini. Taklah aku tunggu lama sangat untuk kawan aku angkut satu dslr. Dari dulu cakap mahu beli tapi tak beli beli. Apa barang! Kejap beli kereta dulu kejap dslr. HarHarHar

Officially 18 Tahun

Kek Coklat

Hihi!

Cenderamata Untuk Amerika dan Israel

IRAN NUCLEAR POLITICS MILITARY SHAHAB-3

Tatkala Malaysia dilanda masalah politik yang kelakar, negara Islam paling aku respek iaitu Iran maju setapak lagi dengan memiliki satu lagi kekuatan pertahanan negara dan ini boleh dibukti kan dengan negara itu melakukan ujian ke atas peluru berpandu Shahab-3 yang mempunyai jarak kemampuan sejauh 2,000 kilometer. Ini baru boleh dibanggakan. Bukan bangga dengan membeli jet pejuang berteknologikan negara orang dan membeli kapal selam. Serius aku katakan yang aku langsung tidak bangga. Malaysia masih lagi mengharapkan teknologi luar. Patutlah duit negara cepat habis.

Mana pergi hasil kajian angkasawan di luar bumi ? Apakah kepentingan terhadap rakyat ? Daripada menghantar angkasawan, aku rasa lebih elok jika Malaysia tubuhkan satu pusat penyelidikan untuk mengkaji bagaimana mahu mencipta senjata dan jet pejuang sendiri. Ini tidak, masih lagi mencari lubang untuk menjaja nama.

Aku memang respek dengan Iran. Aku tidak respek sama negara yang perkenalkan Islam Hadhari. Aku malu. Sibuk dengan pangkat dan nama, keselamatan rakyat belum terjamin. Kenapa aku kata belum terjamin ? Mari aku kongsikan satu cerita yang kakak aku ceritakan kepada aku.

Kakak aku pernah bekerja dengan TLDM. Ketika berada di tempat TLDM, kakak aku mengharapkan dapat melihat para parajurit negara berlatih dengan menggunakan jet pejuang. Tapi malang, majikan kakak aku memberitahu yang mereka berlatih pada waktu pagi saja, waktu petang tidak. Alasan’nya cukup mudah iaitu PANAS!.

Woi! Perang tak kenal waktu. Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak! Bila-bila boleh berlaku. Aku tak yakin dengan tahap pertahanan negara sekarang. Salahkan Najib ? Mungkin kot.