Fahmishah.com

Signifikan Kehidupan

Pembangkang Perintah Negeri Aku

March 10th, 2008 · 19 Comments · Macam-macam

Goodies PRU12

Usai sudah Pilihanraya Umum Ke-12.Akhirnya parti pembangkang berjaya menawan 4 negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang di samping Kelantan yang masih digenggam PAS.Pihak BN aku rasa pasti terkejut dengan kemenangan mendadak pihak pembangkang dan mereka cuma menyorokkan rasa terkejut mereka.Syabas diucapkan kepada mereka yang mengundi untuk perubahan.

Selangor, tempat aku tinggal *aku tinggal di sempadan Selangor dan Kuala Lumpur, aku menetap di dua tempat dalam satu masa.Kool! kini akan diperintah oleh parti pembangkang.Tiada lagi surau akan dirobohkan oleh penguatkuasa.Selepas ini, boleh panggil lebih ramai ustaz PAS untuk memberikan tazkirah di surau dan masjid.Orang-orang BN kini boleh duduk diam dalam rumah.

Sabtu lepas, aku sempat menjenguk beberapa kawasan untuk mengundi di sekitar Pandan hingga ke Bandar Tun Razak.Aku dapat goodies.Aku sempat untuk me’nembak’ beberapa gambar tapi hasilnya kurang memuaskan kerana hujan yang renyai-renyai dan aku me’nembak’ gambar sambil membonceng motor si Azwan.Aku tidur hampir pukul 4 pagi untuk mendapatkan keputusan akhir sambil makan roti bakar dan segelas Horlicks ais.*mengalahkan orang yang mengundi

Thank you Allah.Samy Velly, Sharizat dan Zainuddin dapat ditundukkan.

Pautan menarik :

Dr M mahu Paklah berundur
Khalid Ibrahim akan lakukan perubahan besar di Selangor Yay!

Baca MalaysiaKini untuk berita sahih *fixed

p/s: bilalah Anwar Ibrahim boleh bertanding..

Lain kali’lah yek..!


iklan malaysia ber'VARIASI

Tags:

19 Comments so far ↓

  • mudin001

    Sheih, kurang tepat tu. Bila dah memerintah, bukan pembangkang lagi namanya. Dah jadi kerajaanlah :)

    Apapun, syukur Alhamdulillah. Rakyat menang kali ini.

  • Din Beramboi

    Tahniah utk kamu dan utk aku jugak..hehe. Negeri gue pun xdpt dikalahkan oleh BN sejak 18 tahun lepas…kami syg Tok Guru dan x rela dirogol oleh Awang Adek Hussin…huhu.

  • ejon

    malaysia kini rasanya bkan berat sblah. mereka tidak menyebelahi mana2 pihak, atau dengan erti kata lain, suara bebas.. :D

  • ahib0205

    din beramboi suka sgt guna perkataan rogol. apa kes seh? hahahha… aku kalo nk baca berita better akan baca harian dgn malaysia kini. harakah jgn lupa seh. er.. ramai gak pro kerajaan baru blogger kat malaysia nih :)

  • Fahmishah

    mudin001, tetapi tetap digelar pembangkang oleh kerajaan pusat

    Din, takbir!

    ejon, aku salah susun ayat.nanti aku betulkan

    ahib0205, kami bukan pembodek kerajaan BN haha

  • Khai

    wahai kaki mabuk, pub, disco, kaki nombo, etc etc.. lepas ni duduk rumah ye… semua tu akan ditutup.. peace!!

  • kita

    bagi ler peluang parti lain merintah…tengok jadi macam mana

  • abrar

    moga-moga dengan perubahan yang berlaku dapat membawa masyarakat kita ke satu tahap yang berbeza

  • syamsulariff.com

    mari kita lihat perubahan yg bakal dilaksanakan :D

  • Wizurai

    Anwar pas bulan 4 ni boleh bertanding balik, so bersiap sedialah dengan pilihan raya kecil pulak…
    sekali sekala tukar kerajaan apa salahnya… kalo Pas yg jadi MB Selangor (sayangnya PKR yg jadi MB), dapatlah tengok billboard kat tepi highway dalam tulisan jawi mcm di Kelantan…

  • Azhar Ahmad

    Huhuhu, suka dengan Datuk Lo’ Lo’ itu….

  • mherizat

    gelombang sudah nyata tersa impaknya.
    jadi ukuran bagi yang tewas..
    tidaklah dia terlalu mendabik dada..
    kekadang…biar mereka rasa

  • titan

    hehe. di selangor sekarang. Bn adalah pembangkang..:D

  • Truckster

    tahniah jugak kepada bloggers2 yang banyak membentuk pemikiran dan motivasi rakyat supaya tidak lagi diperbodohkan oleh kjaan….especially RPK, JeffOoi, dan rakan2 mereka…kudos kepada anda…anda merupakan pejuang sebenar reformasi ini…

    tidak sia2 aku menukar blog kepada mode PRU12….menyebarkan poster propaganda BA…mungkin ada muda-mudi yg terpengaruh dgn ayat2 aku kat blog tu…tahniah kepada anda semua….

    Malaysia tidak seperti dulu lg…kini kita membentuk MALAYSIA Baru….dan masa depan Malaysia mula tercipta…syabas kepada semua bloggers2 aku berbangga dengan khidmat kita mengubah pemikiran rakyat…..

    http://www.apasaje.com

  • Check SERP - Newbie Webmaster

    [...] beberapa minggu ini aku mmg agak busy. Almaklumlah minggu lps begitu busy berkempen PRU 12, memandangkan lokasi aku sekarang di jajahan pimpinan PAS dan PKR aku tak punya komen apa2 sbb aku [...]

  • azwanhadzree

    Kita tunggu dan lihat. aku harap kita akan berubah kepada yang lebih baik untuk semua

  • ahib0205

    menteri besar kedah yang baru dh start jalankan tugas dan akui memang terlalu busy smpai masa utk tido pun jadi kurang.

    yearghhhh memang itulah pengorbanan seorg pemimpin. even sesapa yg make money online pun masa utk tido rasa tak cukup gak. lagi2 u are student + newbie :)

  • Medlineplus drug information carisoprodol.

    Carisoprodol mg….

    Carisoprodol hydrocodone. Carisoprodol abuse. Carisoprodol. Buying carisoprodol….

Leave a Comment