Jurnal

Pengalaman sesat di kolej sendiri

SESAT

Kolej aku bukanlah sebesar Universiti Putra Malaysia. Walaupun kolej aku satu bangunan saja, tapi boleh buat orang sesat. Ada sekali, masa zaman dulu-dulu ketika darah panas masih mengalir kencang dalam tubuh ini, aku bersama Pak Nazmi dengan Pak Nazrin sedang mencari kelas. Waktu itu semester satu, nak independent punya hal, aku tak mahu tanya senior. Tak kool.

Kami bertiga menyusuri tangga di belakang kolej menuju ke tingkat satu. Rombongan mencari kelas ini diketuai oleh Nazmi, dia jalan depan sekali, Nazrin di tengah dan aku di belakang sekali. Kalau apa-apa hal, orang paling belakang senang nak lari dulu.

Sampai tingkat satu, ada satu laluan di sebelah kiri. Disebabkan kami dahagakan ilmu dan pentingkan masa, kami tak buang masa terus lalu jalan yang ada di situ. Harapan untuk jumpa kelas persis cahaya di hujung jalan. Memang hati tak sabar nak menerima curahan ilmu.

Hati aku masa lalu kat situ dah tak sedap. Bukan sebab jalan gelap tak berlampu, tapi aku tengok ramai perempuan di situ. Ada yang bukak kasut, ada yang pakai kasut, ada yang duduk-duduk dan ada yang berdiri, ada yang lawa dan ada yang manis. Kami pelik tetapi demi ilmu, kami tak endahkan semua itu. Itu semua duniawi. Kami teruskan perjalanan sampai hujung. Tiba-tiba jalan mati dan kebuntuan menyelubungi diri kami.

Tanpa berfikir kami pun patah balik. Sekali lagi kami mengharungi perempuan-perempuan di situ. Ada yang bukak kasut, ada yang pakai kasut, ada yang duduk-duduk dan ada yang berdiri, ada yang lawa dan ada yang manis. Kali ini aku jalan menundukkan muka aku. Ada rasa sedikit malu. Langkah kami kali ini lebih pantas dari yang tadi.

Bila keluar, aku pandang kat dinding. Ada papan tanda surau perempuan. Damn!

some posts that may be related

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash