Projek Pertama Selesai
Tuesday May 06th 2008, 7:28 am
Kategori : Aku

Unit Amal Pas

DSLR : Canon EOS 350D
Focal Length : 55-250mm @250 mm
Exposure : 1/100 sec at f/7.1
Editor : Adobe Photoshop CS3
Location : Padang Taman Maju Jaya Fasa 3

Akhirnya, krew Kambing Senyum Production boleh menarik nafas lega untuk seketika.Projek Dokumentari Persaraan Pengetua sudah selesai.Tahniah kepada Azwan yang berjaya sunting video seorang diri pada hari Jumaat lalu.Kasihan betul.

Aku dapat tahu projek sudah selesai pada hari semalam.Aku datang ke sekolah untuk mendapatkan pengesahan dokumen-dokumen sulit untuk aku hantar ke pihak tertentu.Aku saja-saja singgah di Bilik Penerbitan SMKPI kerana aku lihat ada selipar Azwan dan Rabani di sana.Aku fikirkan mereka sedang rehatkan diri rupa-rupa sudah selesai.Habis satu projek.

Ada lagi projek.Projek Dokumentari Penghargaan ICT pula.Dokumentari ini khas untuk guru-guru ICT memberikan ucapan penghargaan mengenai ICT kepada pengetua.Video ini akan disiarkan semasa majlis persaraan pengetua nanti.Aku harap minggu ini dapat selesaikan dan aku harap juga aku dapat hadir ketika majlis persaraan beliau nanti.Hooray!

Oh ya! Riwayat Kambing Senyum Production bakal berakhir.Masing-masing membawa diri ke institusi masing-masing menyambung pelajaran.Azwan akan melangkah dahulu diikuti aku dan seterusnya Rabani.Aku syorkan supaya jangan gunakan nama Kambing Senyum Production sebagai syarikat atau kumpulan produksi kalian kerana tidak akan ada Kambing Senyum Production kedua, ketiga atau seterusnya.Aku tak syorkan.Buruk padahnya.Kalau mahu juga, beri aku, Azwan dan Rabani wang pembelian nama sebanyak RM100 juta untuk setiap seorang.*cukup aku untuk membeli www.mohdismail.net dan akaun-akaun peribadi beliau.HarHarHar

Ops! Fhoto di atas di’shoot ketika Dialog Bersama Pemimpin Bersama Dun Chempaka dan Dun Teratai.


RSS feed | Trackback URI

7 Komenter »

Comment by chot
2008-05-06 12:11:38

lawak la nama ‘Kambing Senyum Production’ tu..xde nama lain nak letak ke? hahahaa

 
Comment by Mohd Ismail
2008-05-06 12:20:12

ha ha ha.. kalo ko serah kat aku 100juta, hari ni jugak aku bagi semua kat ko.. ha ha ha

 
Comment by Fahmishah
2008-05-06 13:00:28

Chot, nama itu pun diberi secara spontan.Tiada hujah yang kukuh kenapa nama itu dipilih.Just for funny-funny.

MohdIsmail, tak nyesal? sila berfikir dua kali

 
Comment by Shila
2008-05-07 05:31:13

Memang kelakar la nama company tu…buat aku tersenyum sorang-sorang!

 
Comment by fadzlina
2008-05-07 10:12:37

itu azwan!:P

 
Comment by hayat
2008-05-07 16:07:24

okay jugak nama kambing senyum tuh. buat orang senyum kambing… suda angkat speedlite ke bro?

 
Comment by titan
2008-05-09 05:36:54

Hehe..baik punye nama. Apapun. Tahniah la!

 
Nama (required)
Emel (required - never shown publicly)
Website
Your Comment (smaller size | larger size)