
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Alhamdulillah, Ramadhan sudah ke penghujung. Berhempas pulas kita melakukan ibadah dan amal kebajikan semata-mata mahu mendapat redha dari Allah. Semoga segala usaha kita di’angkat oleh Allah dan meletakkan kita ke tempat yang tinggi lagi mulia.
Raya tahun ini seperti tahun yang lalu, tiada baju melayu baru. Apa yang ada dalam almari, itu’lah baju melayu yang akan dipakai pada 1 Syawal nanti. Dan aku hanya beli sehelai baju raya untuk dibawa berjalan ke rumah saudara-mara. Hari raya kali ini agak sederhana macam tahun lalu.
Hari raya kali ini seperti hari raya yang lalu. 1 Syawal beraya di rumah sendiri. Menanti saudara-mara sebelah ayah aku datang. Petang raya baru pulang ke Seremban. 2 Syawal pula ziarah saudara-mara di Melaka. Dan 3 Syawal pulang semula ke Kuala Lumpur untuk ziarah sanak saudara di sini.
Dan akhir sekali, aku ingin mengucapkan selamat pulang kembali kepada fitrah, selamat menyambut eidul fitri, selamat menyambut kemenangan kita menempuh ujian Ramadhan. Agar tarbiyah Ramadhan menjadi pemangkin kepada kita untuk menempuh bulan-bulan berikut’nya. Jangan berhenti bersabar, berhenti penat dalam meraih redha Allah, moga kita mendapat rahmat Allah sentiasa.
Aku ingin memohon maaf kepada ayah, emak, kakak-kakak, abang-abang, keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan seluruh muslimin muslimat, mukminin dan mukminat seluruhnya serta kepada pembaca blog ini. Andai pernah terkasar bahasa, terlajak bicara, tersimpul kata, terguris rasa, harap di’maafkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Mari’lah kita bersihkan diri.
Semoga selamat kembali kepada Ramadhan 1431 nanti.
Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah Bin Abdul Rahman @ Fahmishah.com
salam aidilfitri bro. maaf zahir batin =D
Salam Eidul Fitri, maaf zahir dan batin juga~