Expressi, Fhotografi, Jurnal

Saya Generalist Photographer

Top of Flower

Camera: Canon EOS 350D Digital
Exposure: 0.033 sec (1/30)
Aperture: f/4.0
Focal Length: 50mm + Raynox DC-250
ISO Speed: 100

Aku bukan’lah fotografer yang menjadikan fotografi sebagai punca rezeki dan bukan pula fotografer sebagai profesion aku. Tapi aku fotografer picisan yang masih belajar yang mahu menjadi generalist photographer. Bukan seperti Saiful Nang, yang menjadikan perkahwinan sebagai kepakaran beliau. Dan bukan juga menjadi’kan kandid jalanan sebagai kepakaran aku seperti Chot. Aku hanya’lah hobbyist photographer yang mahu mencuba semua cabang seni dalam fotografi. Dari pekahwinan, makro, kandid jalanan, komersial, hidupan liar dan sebagai’nya.

Tiga minggu lepas, aku teman si Nazmi kawan aku membeli digital SLR baru. Dia sudah lama mengidam menggantung digital SLR di leher. Sempat juga aku mengeluarkan dana untuk membeli macro adapter keluaran Raynox. Raynox DC-250 menjadi pilihan hati untuk menangkap gambar objek-objek kecil. Dua tiga kali juga fikir nak melayangkan duit untuk mendapatkan Raynox DC-250. Dari tahun lepas lagi sudah mengidam, cuma tidak punya masa untuk ke Pudu Plaza.

Dan petang tadi, sempat aku ke luar rumah untuk mencari bunga-bunga sebagai permulaan aku menceburi bab makro dalam fotografi. Setelah beberapa petikan shutter, boleh tahan lenguh juga tangan, tengkuk dan kaki. Baru aku tahu yang fotografi makro ini sungguh mencabar. Aku memang salute fotografer-fotografer yang sudah lama ber’makro dengan Raynox DC-250 sebab mampu memasang kuda-kuda dan punyai tangan yang mampu menahan agar tidak bergegar kamera. Lebih-lebih lagi kepada yang menggunakan macro adapter seperti aku yang terpaksa mendekatkan diri dengan subjek.

Apa pun, macro photography ini sangat menarik dan mencabar. Sebelum masa untuk kesibukan datang melanda untuk semester kali ini, lebih baik aku cepat-cepat keluar ke tempat-tempat yang menarik untuk ber’makro.

some posts that may be related

7 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash