
Selalunya aku tak nak berapa into dengan permainan-permainan ‘papan’ seperti chess, dam haji, dam ular dan Scrabble. Tapi entah kenapa, hantu mana yang sampuk aku, sejak hari Isnin lepas terbit rasa nak bermain Scrabble dengan kawan-kawan di kolej. Kalau tak silap, permainan papan yang melibatkan kosa kata ini kali terakhir aku main ialah pada zaman kegemilangan aku di sekolah rendah dulu. Itu pun versi bahasa Melayu yakni Sahiba. Scrabble ini pun kali pertama aku main.
Kalau ada masa terluang di kolej, kami akan menggunakan masa untuk aktiviti berfaedah seperti bermain Scrabble. Disebabkan perbendaharaan kata aku masih cetek, jadi aku tak pernah menang. Mungkin suatu hari nanti, suatu hari nanti.
Bagus gak main scrabble ni, cuma aku biasa problem, sbb aku tatau perkataan yang kawan aku guna tu bebetul wujud ke tak, tapi sebabkan dorang lagi pandai english, aku ikut jer aa… huhuhu…