Sewaktu aku mula-mula menggunakan internet, Internet Explorer (IE) yang banyak berkhidmat untuk aku. Dengan IE aku melayari dunia tanpa sempadan. Selepas itu aku diperkenalkan dengan Opera. Waktu itu Opera sarat dengan iklan. Waktu itu Opera pelayar paling laju mengalahkan IE. Dan apabila aku mengenal dunia blogging, aku teruja dengan Firefox. Firefox banyak addon sebab itu aku sebagai blogger memilih Firefox. Dan Firefox juga merupakan antara 3 software pertama kalau aku install Windows. Pernah kadang-kadang menggunakan Safari keluaran Apple. Mahu rasa jadi pengguna Mac. Malang sekali, Safari agak berat kalau digunakan pada Windows. Dan sebab itu Firefox tetap di hati.
Kini, Internet Explorer, Opera, Firefox dan Safari sudah diketepikan. Ada pendatang baru dalam laptop aku. Google Chrome dari Google. Pelayar yang ringan dan kool bagi aku. Sebab? Sila tonton video di atas. Terima kasih Google Chrome kerana membuatkan aku lebih teruja melayari internet.
Dah lama aku menggunakan Google Chrome, cuma kini aku baru terjumpa video yang kool di atas. Sebab itu aku buat entri pasal ini.
Cuma nak bertanya soalan lari dari tajuk ini.web saudara ini yang free @ berbayar? saya masih berharap ianya free.boleh reply ke email saya ya.tq